...sekolah kehidupan..

Thursday, November 14, 2013

ia yang bermakna banyak

hey! iman menulis sesuatu hari ini.. ia sebuah catatan jurnal yang panjang. sangat panjang.  Saya berasa ia tentang saya. tentang pelajar saya. dan tentang cabaran saya.


"Fa Inna ma'al 'usriyusra"
"Inna ma'al 'usriyusra"
Dalam susah Tuhan memberi kesenangan.
Allah humma.
Saya sujud syukur untuk nikmat yang tuhan bagi tidak terhingga hari ini.
......
Intro macam tazkirah. Haha. Tak apa lah sekali sekala.
......
Saya catat jurnal ini supaya saya tidak lupa. Yang tuhan mencurah kesusahan kepada saya dan ada manis di hujung. Dan semoga saya sentiasa bersyukur dan bersangka baik dengan Tuhan.

Saya menulis sambil menyusu si kecil uwais. Saya baru dapat rehat sekejap. Pulun tanda kertas peperiksaan akhir tahun tingkatan empat yang berbaki baki. MasyaaAllah.  Semogavtuhan memberi kekuatan untuk siapkan kerja.
.....
Sibuk dan tekanan.
Lagi empat minggu nak periksa SPM, saya perlu dihantar berkursus. Kursus kenaikan gred dalam perkhidmatan. MasyaaAllah.  Saya sayangkan satu minggu itu berlalu tanpa ulangkaji dan suara anak didik dahaga ilmu. Saya pergi tanpa ada sebarang kelas. Saya berasa rugi. Rela saya bersama anak didik yang tidak ada hubungan saudara, tetapi ada ukhwah kasih yang tidak boleh tidak saya tolak. Kasih pada muka muka lurus air tangan kita.
Kursus wajib itu wajib dihadiri. Ya. Ada perkataan wajib disitu.
Yang empat minggu ulangkaji jadi berbaki tiga.
Masa kian suntuk. Dengan gerak gempur yang masih berbaki mahu di ulangkaji.
......
Naik dan cuti lagi.
Naik berkursus.  Kita beraya haji pada selasa. Kita bercuti lagi. Sabtu. Ahad. Isnin. Selasa. MasyaaAllah.  Saya mahu menangis mengenangkan selasa yang bermakna pada saya. Ia berlalu. Sebenarnya selasa itu kelas saya bersama anak didik kelas hujung saya.
Pembaca diam saya. Kelas ini sangat lemah. Saya risaukan budak budak ini. Saya meninggalkan mereka terlalu lama.
Ulangkaji yang tiga minggu berbaki dua.
Rasa seperti tahun ini, masa ulangkaji bersama pelajar spm saya di curi curi dan di bahagi bahagi.
Debar itu tidak boleh di suara suara.
......
Kursus menjelma lagi.
Dan saya berasa bersalah.
Naik minggu ulangkaji yang berbaki dua. Tiba surat berkursus KBAT. Saya ditugaskan mengikuti kursus ini pada isnin dan SELASA. ia dua hari. Bersama guru kanan saya.
Saya melihat pada tanda hari selasa.  MasyaaAllah,  Allah. Allah maha mengetahui.
Selasa yang saya mahu itu. Saya tidak dapat tidak. Saya merayu pada guru kanan saya. Pohon sedikit pengertian. Keadaan saya.
Saya perlu jumpa pelajar kelas hujung saya. Perlu saya mendedahkan jawapan kertas baharu yang diperkenalkan dalam bidang saya. Ia terlalu baharu. Saya menjadi cuak. Sangat cuak.
....
Berborak.
Bila saya berborak dengan seorang lagi rakan seperjuangan yang sudah siap mendedahkan rangka jawapan kertas bahagian tiga itu kepada anak didiknya yang juga kelas hujung. Saya berasa ketinggalan. Saya belum dedah. Saya belum rangka jawapan. Saya belum bersedia untuk mereka rupanya.  Saya belum buat jawapan molek molek. Saya menjadi takut. Saya takut saya gagal bagi jawapan dan saya sangat takut kerana ini tahun permulaan.
.....
Memohon pengertian.
Saya sekali lagi memohon pengertian guru kanan saya. Supaya memahami saya. Kursus KBAT itu patut jua saya tahu. Ia untuk sesi 2014 kelak. Tapi. Saya......
Saya berasa bersalah sungguh. Saya seolah melanggari tugas. Saya harus bagaimana?
Melepaskan hari selasa lagi. saya terpaksa buat. Saya meminta izin mencari guru ganti kursus itu walaupun saya tahu tindakan saya itu mungkin salah pada mata orang. Ya salah saya.
Dan bermula dari itu saya berasa saya berdosa pada orang. Menjadi saya teruk mungkin. Saya menolak tugas.
Tekanan itu ada. Saya berasa tertekan dengan keadaan. Dengan semua. Dan saya tahu saya dimarahi. Saya harus...saya menahan rasa bersalah yang panjang..
......
Minggu ini dan minggu depan yang tinggal.
Tiga jam.
Selasa itu saya tidak pergi berkursus KBAT. Saya mengajar dalam rasa berbungkal bersalah dan tidak senang. Tiga jam saya mengganti masa dengan kelas hujung itu. Saya mengambil dua masa guru matematik mereka yang berkursus serta satu masa waktu sivik, satu masa pendidikan islam dan dua masa saya yang ada.
Luahkan jawapan. Drafkan. Rangkakan. Huraikan jawapan.  Semata mata untuk kertas tiga yang baharu diperkenalkan itu.

Hai pembaca diam saya.
Pelajar kelas ini hujung benar. Perlu di suap dan di ajar ajar. Ini sahaja usaha saya.
Apa yang saya khuatir. Usaha saya tidak sekuat guru kanan saya. Tidak sekuat rakan seperjuangan saya. Mereka orang lama yang saya kagumi. Bagaimana saya yang muda ini tidak boleh kuat mencontohi semua yang dipamerkan. Saya takut.
.....
Mesej
Saya terima mesej dari guru kanan saya bahawa hari rabu dan khamis ada sesi ketiga Kursus KBAT. maka saya perlu hadiri. Baik lah, saya akan pergi. Asalkan saya dapat lepaskan selasa yang bermakna itu.
Saya tinggalkan rabu. Saya tinggalkan khamis. Saya tinggalkan anak didik saya. Dan saya pergi berkursus itu dengan rasa bersalah banyak masih bersisa untuk isnin dan selasa yang lalu.
Berasa saya ini teruk mungkin.
....
Denggi.
Satu minggu sahaja masa ulangkaji berbaki.
Naik berkursus. Isnin. Saya berasa seperti kerap sakit kepala.  Selasa saya demam. Suhu mencecah tiga puluh sembilan darjah dan empat puluh darjah.
Semasa pulang dari sekolah mengambil uwais. Saya mengirim mesej pada suami. Mengatakan saya berasa tidak sedap badan. Dan berasa pusing. Membawa kereta dengan anak di belakang. Dan tidak fokus pada pemanduan. Pening. Dan berasa kereta ke kiri kekanan.
Uh,

Usai encik suami habis kerja petang, malam itu saya ke klinik. Mengambil rawatan. Dan saya katakan padanya. 
"Sudah dua tahun saya tidak demam begini. Ia sakit. Semua tulang temulang saya berbisa. Ia seperti demam urat"
Saya ingat saya masih boleh ke sekolah.
Saya ingat saya masih kuat. Bila doktor menawarkan sijil cuti sakit sebab suhu saya agak tinggi. Saya mengatakan pada doktor, tidak perlu. Esok saya sekolah.  Pelajar saya tinggal seminggu ini sahaja untuk bersama saya.
Dalam hati saya. Esok selasa. Selasa yang bermakna untuk saya.
.......
Pagi yang teruk.
Bangun pagi,  saya berasa teruk sekali.  Berbisa badan tidak payah cerita. Jadi saya menalipon sekolah mengatakan saya mungkin cuti sakit sahaja.
Ulang pergi klinik semalam tadi. Doktor menyarankan saya membuat ujian darah. Kerana suhu saya tidak turun turun.  Baiklah. Masa itu hati berasa mungkin ia biasa. Tidak terfikirkan akan denggi.
....
Ujian dan denggi
Saya denggi MasyaaAllah.  Saya tidak pernah terfikir saya akan terkena denggi. Sila klik sini.tidak apalah sakit sedikit.
Jadi saya memusing dirumah. Tertekan MasyaaAllah.  Ini sahaja minggu terakhir saya jumpa pelajar saya ya Allah.
Dan saya berdoa saya cepat baik. Semogalah. Rupanya begini rasanya denggi. Nanti saya cerita kemudian.
Saya bercuti satu minggu dek seekor eades.
Rugi. Rugi. Rugi masa.
.....
Berlalu lah emas.
Pelajar menjalani SPM tanpa saya ada untuk berkongsi rasa gemuruh itu.
Jumaat. Cuti peristiwa di sekolah saya.
Sabtu ahad. Cuti umum di johor bahru ini.
Isnin. Cuti berganti deepavali.
Selasa. Cuti awal muharam.
Rabu. SPM bermula.
...... saya tiada. saya tiada. sedih ya rabbi. berbungkal di dalam hati. ingin melihat suasana itu sebenarnya. ingin memeluk anak didik saya memberi tanda sokongan dan kasih sayang saya.
.....
Bertalu.
Bertalu mesej masuk dalam whatsapp dan peti mesej saya dari anak didik, bertanya saya dimana dan kenapa tidak ada terutama pelajar kelas yang saya menjadi ibunya.
"Cikgu tadi susun meja. Semua guru kelas masing masing menyerahkan alat tulis kepada anak didiknya. Cikgu tak ada. Ci, gu lain yang kasi"
"Cikgu kami tak sempat minta maaf. kami nak jumpa cikgu"
"Cikgu kenapa tak masuk kelas kita? Kami tunggu" "Cikgu,  kita buat kelas ya"

Mesej mesej itu saya diamkan. Dalam hati berasa apa?
....
BERASA SAYANG!
saya tinggalkan anak didik disaat memerlukan bimbingan. Rasa bersalah itu banyak sekali. Saya berasa ulangkaji saya tidak cukup. Tidak cukup. Tidak cukup!
.....
Sabtu. Ahad. Isnin. Selasa. Rabu periksa kertas bidang saya.
Sabtu yang sihat. Saya mula menyoal encik google. Menyoal dan meminta soalan percubaan SPM negeri lain. Supaya saya dapat berkongsi dengan anak didik saya tinggalkan.
Ini sahaja usaha terakhir. Usaha untuk buat latihan. Dapat dua negeri sahaja.
Terengganu dan kedah.
Saya selitkan lagi soalan akhir tahun tingkatan empat yang pengukur soalannya  pejabat pelajaran daerah keluarkan. Ia tidak lari jauh dari tundingan.
Tidak tahu kenapa tahun ini susah benar mencari soalan percubaan spm di internet untuk di kongsi kongsi. Sudah lama saya mencari dari usai peperiksaan percubaan dahulu. Tidak ada semuanya.  Saat akhir barU muncul dua.
.....
Isnin yang baik.
Isnin yang sedih.
Isnin kelas bermula pada jam 8. Ulangkaji dan latihan bersama pelajar yang lama saya tinggalkan. Buat latihan berulangkali. Semua tundingan di beri perhatian. Dalam hati saya, ini sahaja yang saya ada anak.
Ini sahaja latihan saya boleh bagi. Kalau saya tidak sakit. Mungkin masa kita lama.
Dan. Soalan percubaan negeri itu tidak lah sempat saya perbanyakkan untuk semua.
Dalam kepala memikirkan anak didik yang lama saya tinggal. Inj sahaja masa yang ada. Saya tidak sempat semuanya.
Masa yang ada cuma dua hari bermakna ini.
.....
Konflik.
Saya disoal tentang penyebaran latihan percubaan spm negeri lain pada tahun ini oleh guru kanan saya untuk semua. Saya mengatakan saya tidak sempat.
Lillahi ta 'a la saya tidak tahu yang itu tugas saya.
Maka saya bertanya guru lain tentang tugas itu. Saya betul betul tidak tahu ia tugas ketua panitia. Saya selama ini berasa ia tugas siapa siapa sahaja yang sudi mencari dan berkongsi. Saya bertanya pada siapa saya sempat bertanya. Meminta agar saya tidak terlepas kerja. Atau saya bersalah banyak kerana tidak buat semua. 

Saya sekali lagi berasa bersalah banyak.
Saya berasa saya mungkin tidak buat kerja saya. Saya bertanya adakah ia tugas saya di setiap tahun. Saya takut saya tidak buat kerja saya.
Dan. Pertanyaan tanpa suara di peti mesej itu di salah erti. Saya bersalah.  Dan ia menjadi pengajaran pada saya supaya jangan menulis. Kena bersuara. Suara lebih lembut menyoal untuk sesuatu yang tidak tahu.
Di dalam mesej ia boleh menjadi bermacam nada mengikut emosi kita membaca. saya berasa ia menjadi sesuatu yang lain.
Saya bukan penting diri. Saya tidak. Saya mula berasa bersalah lagi. Mengecilkan hati orang. berasa hidup saya di akhir akhir ini semakin semua nya tidak kena. saya asyik buat salah.
.....
Guru.
Saya banyak belajar dari guru kanan saya. Terlalu banyak yang tidak boleh berkata ia begini dan begini. Ia tersimpan di hati. Dan akan di ingat sampai saya mati mungkin jika umur panjang. 
Awak tahu apa erti hubungan baik antara guru dan pelajar? Sayang itu boleh ucap kah? Tidak. Cuma boleh rasa dan simpan.
Yang bila orang kita sayang terasa terkecil hati dengan kita. Saya lah pelajar itu. Saya lah pelajar yang belajar banyak cara kerja dari guru kanan saya. Saya sentiasa mahu bersedia sepertinya.

Dan ingin memeluk tapi tak sampai. 
Saya berasa kumpulan ini sangat rapat sekali. Dan hubungan yang erat ini lah membuah kejayaan besar setiap kali peperiksaan berlangsung. 
Saya berasa harus bagaimana mahu? 
Ya lah saya bersalah banyak.
.....
Hari iniSaya bersujud syukur. Soalan tundingan yang diajar. UlangKaji yang dibuat sebelum saya sakit. Dan dua hari yang penuh kelas tambahan itu berhasil banyak.
Semua tundingan ada. Yang di target keluar semua. Alhamdulillah.  Saya gembira.
Andai saya boleh memeluk seseorang.  Ia adalah guru kanan saya. 
Dialah puan sharifah azah. 
Tuhan, saya minta, panjangkan umur nya. 
Saya minta beri kesihatan yang baik padanya,
Amin.
.....
Pelajar. 
Usai menjawab. 12.30 tengahari.  Saya melilas sana sini di dalam bilik guru. Menanda kertas pun tidak dapat fokus. Mahu tahu soalan apa. Soalan apa ni yang keluar. Soalan apa. 
Uh. Terasa dua jam setengah masa menjawab itu terlalu lama. Saya tunggu. 
Terasa hai anak, mudah tak urusan anda semua hari ini? Gementar. 
...
12.30 pm.
12.45 pm. 
12.50 pm. 
Saya jenguk kelas peperiksaan.  Sudah keluar semua! 
Saya tunggu di bilik guru, mata pandang pintu. Mana dia ni.
Toing! Datang dengan muka ceria. Bagi kertas soalan pada saya dan mengucap terima kasihMasyaaAllah!  Semua keluar! Seronok nya!!!!!!!!!
Alhamdulillah. 
....
Tapi orang yang saya nak peluk tidak ada. Dan ada ruang yang memisah seketika.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?