...sekolah kehidupan..

Wednesday, November 20, 2013

kasih daun betik.

hey! iman menulis sesuatu hari ini..

Hari itu saya denggi.
Tuhan memberi ujian sakit kepada saya. Uh. Saya stress memikir platlet darah yang makin menurun. 
Tidak tahu dah nak buat macamana.
Dalam hati berdoa dan berdoa.

Jangan lah platlet saya menurun dibawah bacaan seratus. Saya takut saya di tahan di wad. Saya risau si kecil uwais bagaimanakah nasib. Saya berasa susah mahu susukan dia di dalam hospital.
Rela saya dipantau hari hari perlu mengadap misi misi yang memanggil nama, mengadap misi misi yang mengambil darah. Cucuk lengan saya sampai tak tahu dah dimana mahu cucuk. Dan mengadap muka muka muram orang demam yang mendapat rawatan demam. Rela juga mengadap sang doktor hari hari yang ada macam macam watak.
......
Hari ini saya baca tulisan seorang doktor. Doktor zubaidi tentang denggi. Denggi berdarah lagi. Ia tentang risiko orang yangvterkena denggi kali pertama dan kedua, cenderung akan mudah kena lagi. 
Ia seolah memanggil saya berkongsi rasa walaupun saya bukan denggi berdarah.

Saya berasa saya tahu erti ketakutan mengadap demam denggi. Ia merimaskan. 
Dan menakutkan secara berkali kali. Bukan sekali.
Dan saya juga menjadi takut akan nyamuk berbelang hitam putih itu. 
Saya berasa menjadi fobia dan takut digigit si aedes pembawa denggi itu. 
Nauzubillah.  Minta dijauhi.
.....
Bukan ini yang saya mahu cerita.
Saya mahu cerita lain. Saya mahu menulis sesuatu yang memberi manfaat pada orang.  Saya mahu ia menjadi rujukan dan petua. Sebab saya juga semasa demam denggi asyik tidak lekang menyoal encik google petua petua meningkatkan platlet darah kembali. Ia mencabar.
.....
Satu. 
Minum hundred plus secara banyak. 
Ya. Perlu. Botol besar itu perlu habiskan satu hari itu. Ia perlu untuk mengekalkan bendalir didalam badan dan tidak dyhadrasi. Ia mencengkam jiwa saya. Saya bukan penggemar air berperisa ini. Bila encik suami beli tiga botol hundred plus. Ia seolah tugasan yang perlu saya habiskan.  Ia mengundang stress. Paksa buat.
Seolah zaman belajar kita tidak ada mood mahu buat esaimen, kemudian kena siapkan juga. Idea tak datang, hasil tak molek. Jenuh paksa hati buat bagi siap. 

Dua.
Sup ketam.
Saya sampai mual. MasyaaAllah.  Mungkin ia tidak serasi dengan saya. Platlet saya naik dua kemudian esoknya turun menjunam teruk. Ia menakutkan. Tapi. Saya tetap mencuba sup ketam.  Kerana ia petua yang sungguh disuruh suruh.

Tiga.
Susu kambing.
Penolong kanan pentadbiran saya menalipon saya meminta saya minum susu kambing. Ia mengembalikan platlet darah yang hilang. Jenuh saya menyuruh encik suami pergi cari. 
Dan seumur hidup saya ini lah kali pertama saya minum susu kambing fresh!
Yakkkk! Yaaaak! Atau tidak. Kena minum juga. Nak sehat punya pasal.
MasyaaAllah.  MasyaaAllah.  MasyaaAllah!  Nak telan tu, terasa ternampak seladang biri biri sedang meragut rumput dan mata memandang saya penuh makna. 
Bagi penggemar susu kambing. Saya tabik spring dengan anda. Ia minuman sunnah yang hebat. Tetapi saya tidak mampu menjamahnya dengan baik. 
Seminggu itu susu kambing penuh peti sejuk. Setiap hari pagi 200ml, malam 200 ml. Dan saya memotivasikan diri tuang empat aun, minum. Tuang lagi empat aun minum. Sikit sikit. Tak boleh tuang habis. Ia mengkusut jiwa terasa banyak mahu diminum. Jadi pujuk hati. 
Uh. 
Dan platlet saya masih tidak apa apa. Ia naik sedikit. Dan esoknya menurun lagi.

Empat. 
Performance Drink shaklee
Untungnya saya pengedar shaklee. Ada ramai kawan sekolah pengedar juga. Rakan saya memberikan saya performance drink shaklee. Untuk elak dyhadrasi saya. Terima kasih. Ia membantu saya tidak bergantung sepenunnya dengan hundred plus. Saya stress tengok botol tinggi yang WAJIB saya habiskan.

Lima.
Minum air masak. Lima liter satu hari. Saya habiskan enam liter air sehari. Jenuh. Jenuh pergi buang air kecil. Sikit sikit air kecil. sampai saya bagitahu encik suami.  Saya tak nak tidur. Saya tak nak tidur. encik Suami soal saya kenapa tak jak tidur?
Saya kata kalau saya tidur, saya tak minum air. Kan dalam masa 24 jam ini air perlu diminum. Kalau saya tidur enam jam saya tidak minum air. 

Encik suami paksa saya tidur.
Dan ia menyakitkan badan. Menyakitkan buah pinggang saya yang tak sempat proses air banyak sangat saya minum. Dan ia sebenarnya menggantikan air kembali kerana bila anda denggi,  anda juga akan cirit birit.

Enam.
Kiwi.
Makan kiwi. Makan kiwi. Kiwi uwais saya bedal semua. Asalnya semua kiwi kiwi dalam peti milik uwais. Sekarang saya perlu semuanya. Haha. Apa saja orang suruh, saya makan.

Dan platlet macam menakutkan saya. Uh.

Tujuh.
Kasih anak murid. 
tak sangka kan. allah maha kaya.

Daun betik yang mujarab. Ia serasi dengan saya.
Anak murid saya menghantar pesanan di peti pesanan saya. Pelajar lelaki kelas ketiga hujung saya. 
Cikgu dah baik demam. Saya balas belum. 
Cikgu, ibu saya masakkan cikgu sup betik.
Dalam hati saya..hu, sup betik.
Saya balas dia. Mana nak dapat pucuk pucuk betik hamizan. Susah nak cari di bandar ni.
Tak apa cikgu, dirumah saya ada. Ibu saya berniaga botok botok guna daun betik.
Baik, esok lepas pergi hospital cikgu datang ambil sup betik tu, bagitahu ibu awak, terima kasih ya.
.....
Rupanya ia sayur air daun betik. Oh. Emak pelajar saya suruh saya buatkan air asam. Boleh cicah untuk elak pahit maung daun betik itu jika tak menahan.
Saya balik makan.
Esok pun emak pelajar saya masak lagi.

Saya sudah naik segan.
Jadi saya minta encik suami pergi cari daun betik muda di pasar. Untung ada satu kedai daun daun ulaman ada jual.
Saya buat sendiri. Celur jadikan ulam. Pahit. Pahit. Dan pahit ya rabbi. Dan buat air asam. Cicah. Makan nasi panas. Ikan goreng pun jadi.
Tapi. Bagi penggemar ulam seperti saya, ia masih boleh di kawal. Saya hari itu makan tengahari.  Petang. Malam. Nah kau!
.....
Esok pemeriksaan darah untuk hari yang genap seminggu berseksa.

Uh. Alhamdulillah.  Platlet darah back to normal. Naik. Naik. Dan naik yang sangat banyak. Oh. Baru saya tahu. Daun betik ini serasi pulak.
Kasih daun betik. Anak murid yang penyayang.  Alhamdulillah.  Tuhan hantar seseorang menyembuhkan saya.  Syukur.

Dan untungnya saya denggi tapi masih boleh makan. Saya takut selera itu tiada jenuh nak ubat. Bila denggi, awak kena makan. Makan. Makan. Walaupun tak ada nafsu makan. Minum. Minum. Dan minum lagi. Selagi ada daya. Melawan dan menyedia diri menjadi tahan tahan. 
Tamat kisah. 
Kasih daun betik. Pengubat denggi. 
tuhan mengirim anak didik kita untuk mengubati sakit kita. dan selepas sembuh baik saya dapat buat kelas ulangkaji spm dengan anak didik seperti biasa. alhamdulillah.

P/s: semoga siapa siapa yang terkena denggi, boleh mencuba daun betik sebagai rawatan alternatif. Ada yang buat jus semasa saya google cari rawatan denggi. Saya tidaklah gamak minum jus daun betik.  Saya gemarkan ulam. Jadi saya jadikan ia ulam saya. Ulam kasih sayang anak didik.

2 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

assalamualaikum....

oo cikgu kene denggi rupenye.... sekarang dah sihat?.. alhamdulillah.... itu seme adalah anugerah ALLAH.....

maklumat yang bagus.....

susu kambing.. fabret pakcik... fresh dari ladang kambing.... untuk tenaga.. kalau nak sedap... susu kambing tu blend dgn kurma+kismis... macam rasa ais blended plak.... try la....

pensil iman said...

Ye pokcik..boleh cuba pucuk betik lepas ini..sangat bagus.
Untuk pengidap darah tinggi dan kencing manis juga sangat membantu..selain denggi.


iman dan ulam..begitu dasyat kah?