...sekolah kehidupan..

Tuesday, February 4, 2014

itulah kuasa emak.

hey! iman menulis sesuatu hari ini..
Lamanya tidak saya menulis sesuatu.  Terlalu lama. 
Kalau boleh memberi ibarat. 
Sudah berhabuk banyak disini. Jenuh lap dan mop. Uh. 
Sebetulnya saya sibuk. Mengurus banyak perkara. Titik. Tidak mahu menulis tentang sibuk yang tidak pernah habis.
.....

Sebetulnya uwais demam. Libang libu hati saya melihat anak demam. Sepertinya measles naik di badan uwais. Campak sekam mungkin. Ruam merah dibadan, muka, kaki timbul banyak sekali. 
Mungkin hari itu tidak keluar habis.
....
Cuti hari raya cina ini tidak kemana. Semua tergendala. Mengadap ujian Allah bagi. Untungnya saya sedang cuti sekolah.
Itu lah. Dalam kesusahan tuhan memberi kemudahan. Saya sentiasa bersangka baik. 
.....
Begini lah.
Saya memerlukan orangtua dalam hidup saya selamanya.
Sepertinya berkahwin dan punya suami seolahnya kita masih budak. Tidak yakin mengurus soal sakit anak. Saya lemah lesu soal ini.
Seolah kita perlu rujuk orang tua.

Itu lah. Hidup ini tidak semuanya gembira gembira dan sihat sihat. 
....
Anak demam campak. Petua memulihkan ia banyak sekali. Hati kita yang masih budak tahu? Saya tidak banyak tahu. 
Jadi saya perlu orang tua. Tengok anak menangis banyak. Hati kita rasa apa? 
Masa itu macam mahu berlari serah anak kepada orangtua tengok. Dan bertanya, emak. Saya kena buat apa ni mak? 
Duduk jauh jauh dari puan emak dan encik ayah. Berasa awak sudah dewasa sekali?
Sebenarnya tidak. Saya lah orang itu. 
...
Masa ini menggagau selak berita dari internet cari petua. Oh. Mandi kan bayi dengan air kelapa. Minum sedikit air kelapa muda. 
Buat semua ini sendiri. Tidak terjangkau mahu cari daun semambu dan daun cermai di bandar ini.
Seolah reti sangat. Padahal didalam hati meruntun runtun minta perhatian orang tua. Yakin itu ada jika orangtua kita ada di sebelah memantau kita.
Uh. Tidak tahu bila saya mahu dewasa.
....
Berguru di internet tiada orang tunjuk ajar seolahnya belajar tak ada guru. Adakah ia sempurna? Saya bagi jawapan tidak.
Dalam hati berintih rintih doa syifa semoga tuhan memberi kemudahan kesihatan pada kita.
....
Petang itu saya kata pada encik suami.
Saya perlukan orangtua. 
Saya susah hati melihat anak tidak sihat.
Dan saya kata ini. Kita perlu rujuk siapa? Belum dia sempat bagi jawapan, saya terlebih dahulu memberi jawapan. Tanda memohon pengertian tentang susahnya hati saya. Tidak boleh berjiwa cool.

 (Rujuklah siapa yang dulu makan garam dari kita)
Saya katakan padanya mungkin kita tua nanti, anak anak juga pasti merujuk kita. Mahu tanya siapa lagi ya?
....
Bila ujian datang. Saya bertanya pada sendiri.
Adakah saya sudah dewasa? 
Sambil menghadap ujian tuhan. Saya berasa kadangnya saya dewasa. Kadangnya saya tidak.
Selamanya saya mahukan orangtua ada dengan kita sampai bila bila.
Walaupun atau sekalipun dia tidak boleh membantu apa kerana keuzuran atau apa.


Janji dia ada. Sumber kekuatan disitu tuhan bagi. Itu lah kuasa emak. 
Kita pun tua tua nanti mungkin baru benar benar menjadi emak yang sungguh emak emak. 
Memberi kekuatan.
....
Ermmm..
P/s: uwais, cari orang dekat dekat sudah kalau berjodohan nanti. Jangan jauh dari saya. Kihkihkihkiok.

3 comments :

Yuyun said...

:)

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

masa kecik² dolu selalu dok terpikio... kalu la ayah tak de..mcmn la.... mau hilang arah di buatnye... tp bila btl² ayah tak de... baru la tau ape yg kene buat....

ini lah dinamakan sekolah kehidupan.... bila berlaku seesuatu... itu lah pelajaran yg sebenar.....

in sha ALLAH.... ALLAH akan bantu..... istiQamah mengingati ALLAH....

pensil iman said...

ye pokcik...huhu...ini lah sekolah kehidupan..x selamanya orgtua ada dengan kita..=(

dan..kita pun nanti..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?