...sekolah kehidupan..

Thursday, February 20, 2014

dihujungnya

Hey! iman menulis sesuatu hari ini..
Dua hero saya sudah lama tidur.
Satu hero itu tidurnya nyenyak sekali.
Dan satu hero kecil saya tidurnya lasak. Ke sana sini. Uh. Ikut suka dia nak pusing gaya apa. Budak kecik tidur macamana pun nampak comel tapi kalau orang tua tidur menungging sana sini ia satu hodoh yang nyata. Kihkih. 
Titik. Ia bukan tentang tulisan gaya tidur..
Pantang nampak ayah balik kerja. Beginilah.

.....
Bulan februari ni menguji saya. Betul betul menguji saya sebagai emak. Penatnya menjadi emak. Ya. Baru sekarang merasa bagaimana penat menjadi emak. Masa ini teringat emak kita bela kita. Penatnya mungkin lebih dari kita. 
Insaf. Dan. 

Bila penat. Boleh jadi emosi tak berapa bagus kalau anak menangis tak mahu di pujuk.  Budak badan tak sihat macam itu lah memberi lagu.

Pitching  suara masa itu boleh tiba tiba tinggi sikit, lalu encik suami memberi tegur. Jangan. 

Dan kita pun usai solat isyak, mahu sedikit tenang mencapai surah yassin, berteleku dan membaca perlahan.
Meminta tuhan memberi bunga bunga sabar dengan lebih lebih.
Semoga api amarah itu padam. Dan jangan muncul lagi. Dan memberi ketabahan banyak. Jangan marah anak menangis. 
.....
Dua dua gila kerja.
Ia tentang seorang suami. Dan seorang isteri. 
Maka. 
Bila tuhan bagi ujian anak sakit. Masa itu lah kerja datang bertimbun bertimbun dan bertimbun tanpa peduli engkau sedang masalah apa aku tidak mahu ambil tahu. 
Asalkan kerja siap.

Saya terkecahan. Dan cuba melengkapi semuanya dengan perasaan bengkak teringat anak. Teringat kerja. Teringat kesihatan anak. Uh. Mencabar.
Ini lah dia emak moden. Kita lah itu. Emak kita dulu menjadi suri. Dia dirumah dan anak depan mata. Nangis saja, nah bagi nenen.
...
Kita? Kerja.
Anak tidak sehat. Cuma mengharap belas pengasuh yang baik hati dan suci hati menjaga dan merawati sang anak. Hati boleh bila bila masa membaca fatihah mengirim pada anak di rumah orang. Moga baik baik. 

Dan. Usai kerja. Menderu bawak kereta laju laju pergi ambik anak tanda tidak sabar mahu lihat, mahu cium dia dan mahu dia dengan kita.
Berasa kasihan pengasuh kita. Dan berasa terima kasih tidak terhingga kerana berpenat lelah menjaga anak kita. Saat dia tidak sehat yang bermacam ragam.
Sedih kan?
....
Berapa jam saja anak dengan kita? Masa itu lah dia nak menangis atau apa. Masa itu lah dia nak ketawa atau main apa. Budak bukan selamanya gembira dan tak ada air mata. tidak lah dia ibarat anak patung yang tak ada emosi sedih dan tidak selesa. 
Jadi, pesan pada diri saya. Jangan marah anak. 

Marah diri sendiri. Kita yang keletihan. Dan masa rehat kita itu bukan untuk ditidur tidur atau mahu anak memahami kita yang keletihan.
Masa rehat itu lah yang berbaki sayang. Berbaki kasih yang kita korbankan untuk kerja. 

Anak seharian di rumah pengasuh dan pulang merindui kita. Jadi. Layan lah! Walaupun saya sangat PENAT!  dihujungnya pahala.Dihujungnya pahala. Pahala. Pahala.  

MasyaaAllah.  

3 comments :

Unknown said...

Btul la...mlm td sy mrh kt ank bab x nk tido...sbbnye sy dmm n ngantok d tmbh plak penat bkeja...bile ank2 nk main2 sy suh tido...rs bsalah sgt...sharian ank2 tggu sy nk bgurau n manje2 ngn mama die...last2 kne mrh plak...sy rs bsalah sgt....rindunye kt ank2 :(

pensil iman said...

Mama enn..saya pun x terkecuali..dan mula rasa bersalah bila tgk muka ank masa tido..

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

teringat dolu.... sesekali balik kg.. anak sedara selalu ngedeng.. tp kene jerkah... tp g peliknye... walaupun kene jerkah... tp tetap juga nak kat pakcik...... sampai le sekarang... dah besar nih pun masih lagi.... bila tnya .... dia jawab"... rindu kene marah..".. huhuhuhu


iman dan ulam..begitu dasyat kah?