...sekolah kehidupan..

Saturday, March 8, 2014

kita memegang teraju (i)

Saya menulis dengan si uwais di ribaan. Tidaklah dia menyusu. Cuma menempek di riba saya tanda nak tunjuk manja. Dan tak boleh tengok kita bangun mengadap komputer.
Jadi dia menempek atas riba. Duduk atas kerusi dengan sekejap tangan menepis jari kecil yang mengacau nak tekan key board juga.

Terasa lambat sekali boleh siap jurnal ini.
……..
Berhimpun
Saya menulis ia sebagai teknik pengajaran. Ia merupakan salah satu teknik yang telah saya guna di dalam kelas ketika atau sekali sekala saya buat ia. Teknik ini seronok juga. Akan di tulis nanti.

Baik lah. Terlebih dahulu saya ingin menyatakan bahawa karangan ini panjang.
Dan ia merupakan teknik pengajaran bagi kelas anak didik saya yang dihujung hujung. Boleh anda bayangkan kelas hujung itu bagaimana sikap pelajarnya?

Disitu lah berhimpunnya yang malas malas tahap gaban. Berhimpun jua yang suka ponteng sekolah tak muncul muncul. Atau berhimpun si mulut kurang ajar dengan guru. Serta yang mungkin tiada satu buku yang ada untuk ditulis. Hilang atau tidak pernah wujud. Dan masalah disiplin yang lainnya. Jika tidak di situ lah hiperaktif tidak reti diam berjalan sana sini pantang tiada guru atau walaupun ada guru.

Selebihnya kasar dengan kita dan disitu ada pelbagai latar belakang anak didik kita yang berbeza beza. Dan muka pecah rumah juga tidak terkecuali ada. Serta disitu juga lubuk tiada adab bagus yang sedikit sahaja boleh dibangga sesiapa. Dan corotnya keputusan akademik adalah perkara biasa dan tiada peri penting apakah.

Tidak apalah. Siapa pun dia. Dia tetap anak didik kita.  Dan menjadi beban mulia yang patut kita galas. Tidak terkesan pun pada hati kita dia siapa. Yang ada adalah: DIA ANAK DIDIK SAYA.
…….
Melayu
Untungnya sekolah saya 99 peratus adalah melayu. Selebihnya cina dan india. Dan pelajar Melayu itu ada kurang ajarnya juga tetapi masih boleh dilentur lentur kerana dia dengan kita ini satu bangsa.
Mungkin apa yang saya tulis ini sesuainya untuk pelajar Melayu mungkin. Sehebat mana degil dan terjal itu masih ada sedikit ruang hormat pada guru. Yang pada saya nakal, degil dan terjal itu bagi saya. Saya boleh pulas pulas menjadi lembut lembut pada saya.
……
Ironi
Saya biasa dan memang mungkin sampai bila bila rela dan suka serta tidak menolak untuk diberi ajar kelas hujung. Ia biasa dan tidak terkecuali. Ia cabaran hebat yang baik. Seolahnya ia satu tugasan yang mahu anda buat bagimana mahu menjinakkan singa di safari. Atau mahu melatih harimau itu menjadi mahu mahu membuat pertunjukan di sarkas mengikut anda.
Dan jika anda membuat gaya ini, ia mengikut anda. Dan jika anda membuat gaya itu, ia menurut dan faham apa kehendak anda sebagai pengajar dan pelatihnya.

Ya. Itu lah dia ironi.

Pengalaman
Dan selesai pembelajaran saya, sebelum saya berpindah ke johor bahru ini, saya ditugaskan di utara tanah air. Dengan suasana yang pada saya sedikit tidak seronok. Saya tidak berpeluang mengajar di kelas hadapan sedikit pun. Tiada pembahagian sama rata. Yang buruk buruk itu saya punya. Yang baik baik itu dia punya. Pakkal lah dia guru kanan bidang semasa itu. Dan saya guru baharu.

Saya ini mentimun. Awak durian. golek kemana pun saya tetap kena. ye dak? Tidak apa. 

Dan di dalam mesyuarat panitia, sungguhpun dia tidak masuk menghadir diri atas tugasan apa. Ketika pembahagian kelas untuk pengajaran tahun hadapannya memang kelas yang dihadapan hadapan itu sudah di cop namanya oleh pengerusi.  Tidak mengapa. Ia perkara biasa.
Bukan kita tidak biasa. Itu pengalaman berharga. Pengalaman pertama saya. Nakal dan masalah pelajar dari kelas hujung itu adalah pengalaman berharga yang tidak boleh di beli beli. dan kita pun boleh menjadi sedewasa ini. 

Dan kesudahnya. berilah kelas apa sahaja untuk kita ajarkan. Hujung atau tengah atau di hadapan. Kita menjadi kebal. kebal kepada semua. Dan tidak memilih apa apa mengikut kepentingan apa. 


Bagaimana
Dan seperti saya katakan pada anda. Bagaimana mahu menjinakkan kesemuanya mendengari kata anda?
Menyiapkan kerja sekolah anda?
Menyantuni anda?
Dan Berjaya membuatkan anak didik terjal itu lulus matapelajaran anda.
saya menulis ini bukan bererti saya lah hebat, bukan itu. Cuma sekadar berkongsi rasa dan apa yang dibuat saya. ia sedikit sahaja. Dan ia membantu saya menghadapi kesemuanya sekali dengan seperti biasa. 
……
Layang –layang
Baik. Mari kita hayati bait ini. Guru ibarat pemain layang layang. Dan layang-layang itu adalah anak didik kita ini.
Guru Ibarat Pemain Layang-Layang
Memegang teraju, mengawal, memantau gerakgeri layang-layang
Guru juga merancang proses membuat layang-layang
Dari segi kesesuaian dan keseimbangan

Guru ibarat pemain layang-layang
Perlu tahu arah angin, perlu pandai mengawal , menarik ataupun melepaskan tali
Guru ibarat pemain layang-layang
Juga perlu tahu cuaca atau persekitaran sesuai
Serta Iklim untuk membina keyakinan bagi kedua-dua pihak~
Guru dan Pelajar

Cuba bayangkan, jika Guru (pemain layang-layang)
Suka hati merentap dan membiarkan tali layang-layang
Tentu Musnah Semua HARAPAN..

Bersambung;
akan saya menulis sambungannya kemudian ya.
uwais sudah tidak keruan. 



0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?