...sekolah kehidupan..

Tuesday, March 11, 2014

kita memegang teraju ii

Ini ialah sambungan.

Ini lebih kepada aspek pengawalan dan pengurusan kelas.  Ia masih sebuah jurnal panjang. Jika letih tak usah lah mengekang baca.

Baik.
Berbalik kepada bagaimana ya mahu anak didik kita yang dari kelas hujung itu menyantuni kita. Membuat kerja sekolah kita. Dan mendengar pula cakap kita.
Saya kongsi kan cara saya. (Dan tidak pula saya katakan cara saya ini sesuai untuk semua. Ia adalah sekadar perkongsian saya sahaja)
Ia tegas dalam berhikmah. Andai diantara kita yang merasakan ia tidak wajar atau ada salah. Biasalah. Awak dengan cara awak.
Saya dengan cara saya dan selagi ia bertujuan mendidik pada saya ia biasa.
.....
Saya
Saya mengajar pelajaran sejarah. Bagi menengah atas. Tingkatan empat dan lima. Yang pada saya bila sebut perkataan sejarah. Ia mengundang lena atau tidur yang panjang oleh pelajar.
Satu pelajaran yang boleh jadi orang tidak minat langsung mahu belajar dan dengar. Ia membosankan!
.....
Tapi
Saya berjaya buat ia tidak bosan dengan cara saya. Dan berjaya membuatkan peratusan lulus matapelajarn SPM dalam bidang saya baik baik sahaja kearah 97 peratus kadar lulusnya setiap tahun. Tahun ini berdebar menanti SPM kerana tahun ini sudah mula mata pelajaran sejarah menjadi wajib lulus. Kita tunggu 19 mac nanti. Keputusan ia bagaimana.
untuk itu kita kena rangka macam macam cara bagi pelajar kita tidak bosan. (Akan saya tulis di ruangan yang lain kaedah itu apa dia)
Apa lagi yang di hujung hujung. Sudah lah ngok ngok. Kita pula memberi input berat berat. Bagaimana ia mahu terima?
Jadi berusaha ringankan fikiran pelajar melalui cara kita.
....
Tegas.
Saya boleh bagitahu ini. Jika pada permulaan kelas anda sudah berlembut. Maka sampai bila bila anda akan gagal membentuk pelajar anda menjadi mahu mahu kepada anda.
Jadi.
Setiap awal tahun, saya menerima amanah mengajar di kelas mana mana. Tidak kira hujung. Tidak kira tengah atau di hadapan.
Tegas.
 .........
Peraturan
Saya menetapkan peraturan KETIKA PERTAMA SEKALI BERTEMU. Kelas yang pertama kali.
jangan masuk lewat dari saya. Bawa buku saya. Modul saya. Buku teks saya. Dan fail saya. Tiga benda ini sahaja.
Jangan pergi tandas semasa waktu saya. (Jika budak itu tidak tertahan mahu ke tandas. Kita tahu perawakannya bagaimana. 

Jika ia saja saja mahu ketandas membazir masa. Kita tahu jua. Maka boleh guna budi bicara jika ada kecemasan disitu)

Baik.
Dan saya mengaku saya garang. Stok suara itu biarlah seperti petir sedikit bagi kelas hujung hujung ini. Ia perkara biasa. Latih tekak.
Dan. Garang kali pertama jumpa ini sebenarnya sangat bermakna. Ia menggerunkan Pelajar seolah memberi isyarat bahawa saya bukan boleh di gulai gulai sesuka hati.
Percayalah kawan, cara ini akan menjadikan kelas kita ada manis dihujung. Kita cuma mahu memupuk peraturan dan disiplin.
Selebihnya setelah anak didik terjal ini berjaya kita kawal. Buat lah latihan apa pun lepas itu. Ia mengikut kata anda.
 ......
Ada yang kena
Pelajar perempuan di kelas hujung. Awak sebagai cikgu sohih sedia maklum. Kadang kadang ada yang terjal juga. Ada yang gatal gedik itu biasalah. Yang itu jenis suka melayur sana sini. Merayau suka pergi tandas. Jual muka. Bersidai di koridor masa cikgu tak ada. Atau lambat masuk kelas. Dan suka masuk kelas lambat. 

Maka. Dua tiga orang yang macam ini. Memang saya suruh duduk bersila sekejap di luar. Agak agak 5 minit. Saat duduk bersila jarak jarak jauh dari kawan yang kena denda juga. Awak rasa apa. Nak berborak dan berkongsi malu, jarak kita jauh. Maka.

Dia diam dan bertafakur sejenak. Masuk kelas lewat dari saya. Siapa suruh melahu sana sini. Maka. Kena satu kali jadi pengajaran. Tak buat dah. Tobat lahum. Bila kali pertama buat terus kena. Dia beringat nak buat lagi lain kali. Tanda kita patuh pada peraturan yang sudah kita cipta di awal pertemuan dulu.
Dan.
....
Ini cerita lama
Ada pelajar kelas hujung saya perempuan. Suka toleh belakang masa peperiksaan berlangsung. Biasalah tiru kawan walaupun yang tiru itu jawapan sama bodo dengan jawapan satu lagi. Ye dak?  Tapi atas sebab kalau tiru tu sangat memberi keyakinan pada dia. Maka. Depa suka.

Okay. Dia suka toleh sungguh ke belakang. Sikit sikit toleh belakang. Tak apa. Tak apa. Puas di tegur. Buat lagi.
Maka. Saya ambik satu meja. Alih kan. Megadap ke dinding belakang. Membelakangi kawan kawan dia. Ha. Ubah tempat duduk dia.  Orang lain periksa mengadap whiteboard putih di depan. Dia sorang mengadap dinding di belakang. Tak ke pelik tu? Nak toleh belakang sangat kan. Maka. Mari mengadap dinding.

Pengajaran. Satu kali saja buat. Sudah bikin gerun untuk yang lain yang tak makan saman.
Sekarang sudah tingkatan lima budak perempuan ini. Masih saya ajar. Dan dia menjadi baik baik. Kerja sekolah saya dia siap dulu. Dah siap berlagak pulak dengan kawan sebab berjaya siapkan dulu kerja kita. Tak apalah. Asalkan dia mahu menjadi baik baik dan boleh sudah bergurau dan berkawan dengan kita.
 .....
Baru tahu
Dan baru tahu. Cikgu boleh menjadi seribu kali baik dengan anak murid jika cuma mendengar kata kita. Macam itu lah. Selepas anda berjaya jinakkan. Maka semuanya akan menjadi baik baik. Anda boleh bentuk bagaimana pembelajaran yang anda mahu. Masa itu baru boleh bergurau dan berlawak. 

Orang kata tak kenal maka tak cinta. Ye dak? Masa itu boleh lah nak berborak atau bergerak ketawa.  Kerja siap. Disiplin membaik. Baru syiok ajar budak kelas belakang. Penat emosi. Ya penat. Tapi ada manis di hujung. 

Sebab dah cinta saya. Semasa tahun lepas saya cuti bersalin. Jenuh membalas mesej anak didik dari kelas hujung saya minta naik cuti cepat sebab tak tahan cikgu ganti ajar tak faham. Reti cakap rindu cikgu. Nak spm bagai.
Macam lah masa kita ajar dia boleh cemerlang sangat. Ye dak? Pemalas jugak. Dan perlu disuruh suruh juga.

Tapi bukan itu yang mahu saya highlight kan. Saya mahu highligt kan ikatan. Ikatan antara kita dan anak didik kelas hujung kita. Biarpun dia takut dengan  kita.  Tapi dia tetap cari kita.
..... 
Garang
Garang disini bukan bererti membabi buta. Ia tidak. Garang itu ada guna dan ada tempat nya.  Walaupun begitu. Saya tidak memukul pelajar saya. Hatta mencubit sedikit pun. Sebab saya tahu, andai saya naik tangan. Tangan saya ini terlalu berbisa dan ia menyakitkan. Dan saya tahu pantang itu.

Risau jika saya memukul bukan bertujuan mendidik. Tetapi lebih kepada melepaskan geram. Maka. Jangan pukul. Jangan bawak rotan. Ia bahaya pada saya.
Maka. Pesan encik ayah semasa mahu saya mengajar kali pertama. "Jangan buat anak orang"
Sebab itu saya kata. Senjata saya adalah suara petir. Dan mata. Uhui. Mata helang. Kahkahkah. Sudah lah jegil. Tajam pulak. 

Walaupun dasar pendidikan sekarang menjeling pelajar pun salah,  maka saya tetap menjeling dan jegil juga.  Jika ada kejadian yang tidak diingini di dalam kelas. Kerja saya tidak siap. Maka. Jam jam itu saya talipon guru disiplin dan sila rotan. Serah pada berwajib. Saya bukan orang sesuai untuk itu.
 ......
Meja diluar pintu
Tahun 2011. Saya berpindah ke johor bahru. Kelas hujung saya ada dua. Satu tingkatan empat. Satu tingkatan lima. Yang lain kelas tengah tengah dan hadapan. 

Saya percaya sesiapa pun diantara kita yang biasa mengajar kelas corot ini. Pelajarnya suka tidur. Tidur itu perkara biasa. Maka. Awal awal kelas bermula lagi. Bila ada kepala siapa lentok atas meja. Saya heret meja kosong letak depan pintu kelas. Mengadap ke kelas. Pergi awak tidur disana. Kelas ini bukan untuk tidur. 

Dan dalam sejarah saya. Tahun 2011 itu, ada pelajar terjal kelas hujung saya yang keluar duduk di kerusi dan meja di depan pintu.  Dia mahu belajar di luar. Sebab dia mengantuk dalam kelas. Sebab dia kerja malam sampai pagi. Pagi usaha datang ke sekolah jua tetapi mengantuk. Ada sedikit usaha disitu.
Jadi. Bila refleksi. Masa saya tanya soalan. Yang diluar itu boleh jawab cepat dari dalam kelas. Sebab? Dia betul betul belajar. Ubah sikit suasana.

Hari lainnya dia beringat. Mahu tidur.  Duduk di luar depan pintu mengadap kelas. Atau belajar dari dalam kelas. Atau masih mahu tidur duduk diluar dan jika guru disiplin meronda. Dia kena piappp!
Ada pelajar yang lainnya. Malu. Maka. Sekali itu sahaja dia tidur dalam kelas saya. Selainnya dia sudah tidak berani buat. 

Ambil pengajaran.
Lalu. Bila kawan kelas sebelah suka usik siapa yang kena belajar di depan pintu sebab tidur. Maka esoknya dan esoknya. Tiada lagi siapa mahu tidur.
......
Lepas marah. Pujuk balik
Kita ini ibarat emak. Pelajar itu ibaratnya anak kecik. Lepas marah. Jangan terus ditinggal ia dalam perasaan sakit hati pada kita. Lepas marah berapi. Sedikit ruang marah itu selit sikit puji dan nasihat. Saya selalu tepuk bahu anak didik saya. Tanda saya bukan benci dia.

Dia pun boleh cool balik. Semasa tanda buku dia. Saya mungkin lukis mula smile kalau dia ada tahi lalat, saya lukis juga tahi lalat dia. Dekat tahi lalat itu buat anak panah, tulis "tahi lalat awak di mulut ini manis sekali. Tapi kalau cakap banyak dalam kelas tapi kerja tak siap, cikgu akan cabut ia" .Dan ia sedikit lucu bukan?
Dan saya titipkan pesan. Pesan pesan positif. Ia membantu.  Sebelum saya lupa,  tulis pesanan itu tulis namanya. Kerana bila sebut nama panggilannya, seolah mendekatkan diri kita kepadanya.

Begini. Saya beri contoh:
"Maman. Awak sangat bijak sebenarnya. Awak rajin dan boleh lulus sejarah.
Hari itu, dalam ujian  markah awak sudah 38. Lagi dua saja lagi maman! Chayok!
Dan lukiskan apa2 yang comel disitu seperti dua butir gula gula.
Atau apa sahaja yang ada kaitan antara dia dan kita. Ia nampak remeh. Tapi memberi kesan besar pada jiwa remaja yang mahu tumbuh.
 ......
Hai
Kelas belakang ini awak marah hari ini, esok dia boleh lambai lambai kita. Bagi salam dan datang minta gula gula lagi. Ia tidak apa. Ia tahan marah. Hati dia bukan seperti pelajar kelas hadapan. Awak marah dia sentap dengan awak setahun.  Kelas hadapan pendekatannya tidak begini. Kelas hadapan, kita cakap satu kali dia buat. Tidak ada apa sangat yang mengguris emosi kecuali kita mengejar dan mahu gilap mereka supaya lebih cemerlang.

Berbeza dengan Kelas belakang hati kebal. Ada pelajar SPM saya mengisi draf borang sijil berhenti sekolahnya masa tahun lepas untuk tujuan sijil berhenti di ruang kelebihan dirinya. Dia tulis. TAHAN MAKI. kahkahkahkahakah. Ha kau berdekah saya ketawa semasa semak draf sijil berhenti pelajar.

Berbalik pada tadi, pesanan pesanan kita di ruang buku latihannya seperti nota kecil yang seolah ada orang lain yang mengambil berat tentangnya. Pesanan begini menarik dia buat kerja kita.
Sepertinya pelajar di kelas hujung datang dari keluarga tidak harmoni. Kurang kasih sayang. Dan sedikit perhatian kita seperti ada air yang menumbuhkan benih dan menjadi rumput hijau. Dia segar dengan kita.
 ......
Gula gula
Saya tidak lokek membeli tiga empat kampit gula gula dari pemborong. Setiap dua bulan saya pasti ajak encik suami teman untuk beli gula gula.

Ringgit malaysia lima puluh itu memang buat kudap kudap beli tiga empat kampit gula gula. Dalam itu ada dua tiga ratus biji. Kadang kadang saya pilih perisa pedas.  Saja. Buat naiya. Khas untuk kelas tambahan saya bagi kelas hadapan. Atau gula gula perisa buah buahan bercampur dan saya seronok melihat pelajar saya memilih milih mahu gula gula itu dan ini semasa sesi refleksi pembelajaran saya. Ganjaran dapat jawab soalan.
.......
Gembirakan hati
Jika enam kelas di bahu saya. Bermaksud purata anak didik saya seminggu saya ajar adalah lebih kurang dua ratus lebih. Maka. Gembirakan hati mereka. Sekali sekala. Main tarik tali itu penting. Maka gula gula itu sedia ada di tempat saya. 

Seandainya kelas saya di waktu tengahari waktu mahu pulang. Sohih sohih budak budak itu mata kuyu.  Maka gula gula pengubat mata. 

Mengajar lima hingga dua puluh lima minit. Habis satu subtopik. Berhenti. Tutup buku. Dan buat refleksi mengejut. Soal semua pelajar pun ada kaedahnya. Jangan tanya macam biasa. Ia tidak seronok. Nak mengajar banyak banyak tak ada guna. Budak sudah melahu. Tepu.

(Nanti di Lain entri saya bagitahu kenapa saya ada lebih masa dengan kelas hujung dan boleh berhenti mengajar tanpa risau silibus nak kena kejar)

Bikin kan suspen di dalam kelas. Ia bukan soalan biasa. Ada kaedah soal untuk buat suspen.  Nanti saya ajar.
Maka. Mata mata yang nak lena itu terkebil dan terjojol melihat saya mengajar. Yang rupa kecut dan takut itu paling seronok dilihat. Hahaha.
......
Suspen itu seronok pada kita, menakutkan pada budak
Tidak apa dia takut. Tanda kita ajar dia bersedia. Bila saya buat refleksi secara mengejut.
(Refleksi itu apa? Soal semula apa objektif pengajaran anda hari itu kepada pelajar. Adakah tercapai?)
Baik.

Pastikan anda ada senarai nama pelajar kelas anda itu. Katakan dalam kelas itu ada tiga puluh tujuh pelajar.
Bila tanya soalan kepada satu pelajar. Bila dia jawab dengan betul. Minta dia pilih satu nombor. Dari nombor satu hingga tiga puluh tujuh.

Maka katakan dia memilih nombor tiga. Maka nama siapa di nombor tiga itu perlu jawab soalan seterusnya. Begitu lah seterusnya. Orang yang boleh menjawab itu diberi kuasa memilih nombor berapa untuk menjawab persoalan refleksi. Ia mengerikan. Pelajar tidak tahu namanya di nombor berapa.
Hah!

Cuba buat. Memang suspen. Anak didik saya tidak kira dari kelas hadapan atau hujung bila saya keluarkan senarai nama sahaja, muka cuak mereka terserlah amat. Sebab cikgu main pilih pilih nombor.  Bukan pilih pilih nama. dan. Nombor itu dipilih rakan. 

Kahkahkah. Ya. Seronok buat hati anak didik dag dig dug. Mahu luruh jantung belajar sejarah.
Jaga jaga bagi yang tidak atau yang selalu tidak boleh jawab. Atau yang selalu menggagalkan refleksi saya.
Saya ada denda lain.
Maka dia bersedia dan tumpu perhatian.
.....
Denda
Baca ikrar secara jemaah di hadapan kelas.
Atau.
Lagu johor.  

Dan ada kawan yang menjadi instruktor di hadapan mengalunkan rentak dan gaya dengan tangan.
Pilihan di tangan. 

Pilih mahu denda yang mana?  Dia serik kena denda ini.  Esoknya dia lebih bersedia.
Dan ada ketawa di hujung. Tanda terhibur dan seakan MasyaaAllah apa jenis denda ni cikgu buat?
Dan selitkan pembelajaran kita dengan rasa riang ria dan berceloteh juga. Ia seronok. Dan sedikit lucu.

Denda itu comel. Tidak menyakitkan. Tetapi kenapa pelajar itu buat? Kerana di awal permulaan kelas atau semasa pertemuan pertama kita. Kita sudah siap pasang kuda kuda. Tegas dan garang itu berbaloi di peringkat mula. Andai 1000 kali dia terjal, maka saya 2juta kali terjal. Andai dia mulut banyak kurang ajar maka saya 2 juta kali mulut banyak dan membetah dia. 

Maka. Selepas itu dia menuruti anda.
Maka. Kawan. Main tarik tali itu penting.  Garang, tegas itu ada masa. Dan bila dia menuruti dan mula menyantuni anda. Maka saat itu kita berlembut dan tegas itu berguna saat saat yang perlu sahaja. Kerana apa?  Dia sudah kenal kita ini cikgunya yang bagaimana.

Dan, kawan kawan, Andai tahun ini terlepas kaedah. Tidak mengapa. Tahun depan bermula lagi, mulakan dengan tegas. Dalam tegas ada lembut.
 .....
Ubah tempat jika perlu
Pada saya siapa mengacau saya dengan berborak semasa saya mengajar. Ia bikin panas hati. Bila tenungan mata saya pada dia Cuma boleh mendiamkan dia sebentar. Maka alihkan dia. Alihkan tempat duduk pelajar itu.

Setiap kali saya mengajar tempat duduk pelajar itu memang wajib ubah di depan saya. Suaoay dia lebih focus. Atau memang saya suruh duduk tempat duduk saya. Belajar disitu. Ha kau. Duduk tempat cikgu. Senang cerita. Lama lama dia focus. Dan mana mana pelajar yang suka berborak sama kawan dia. Pisahkan. 
.....
Jangan ada pilih kasih
Paling saya tidak gemar ini. Sebagai cikgu jangan pilih pilih budak. Selalu saya katakan kepada pelajar saya. Awak kelas mana. Kelas depan kah. Belakang kah .Tengah kah. Semua sama rata. Tidak terkecuali. 

Pelajar menjadi suka. Dia berasa dia dihargai kita. Bukan sebab dia kekurangan apa. Atau dia selekeh atau dia orang susah. Atau dia tidak pandai mahupun dia tidak cantik. Kita layan sama. Atau dia jahat mencuri atau memecah rumah.
Itu kesalahan yang jangan disebut. Sudah berlalu.

Atau dia mengada ngada dengan kita dan hati kita sedikit bengkak kan? Tidak apa. Berlakonlah selagi boleh. 
Asalkan dia mahu menyiapkan kerja kita semahu hatinya. Ingat. Dia kurang kasih sayang.
Dan. Saya ingat zaman sekolah saya. Masa kita masih kecik atau zaman menengah. Ada cikgu begini. Dia pilih kasih. Dan suka pula yang kaki ampu. 

Nak jadi pngawas koperasi dipilihnya yang lawa lawa. Maka yang tak lawa nak pergi mana? Kita yang hitam puteri senandung ini pergi membawa hati luka. Ye dak? Kahkahkah. Jahat cikgu jenis itu. Saya tidak gemar.
Dan kita yang tidak reti mengendeng ngendeng guru dan mengampu puji cikgu lawa atau setakat mengatakan baju cikgu lawa ini di lihat cuma di ekor mata sahaja. Jahat cikgu jenis ini. Saya tidak gemar. Uh.
Maka. Jika kita gemar. Jangan buat kepada anak didik. Kasihan.
....
Jadi. Hasilnya apa?
Pelajar suka kita.  Kita ini neutral. Jadi dia tidak segan mengadu apa. Atau mahu apa. Biar dia berani luah pendapat. Atau bercakap di depan kelas bila kita minta.  Dia boleh. Kenapa? Dia yakin dengan kita. Semangat yang kita bagi itu buat dia rasa dia yakin diri.
.....
Mencari
kenangan. sekolah pertama saya. bersama sama anak didik kelas hujung saya. sampai sekarang ada dua tiga. yang masih menghubungi saya. walaupun hidupnya biasa biasa sahaja. tidak lokek bercerita pada saya dia sudah kerja. kerjanya bawak lori.nampak tak ikatan? ada kasih sayang ukhwah disitu.
Selepas kita begitu. Maka. Kelas itu berjaya di kawal. Dan gunalah kaedah apa pun selepas itu. Ia membuah jaya. Dan. Pelajar ini marah lah bagaimana pun. Saat susahnya dia, tetap akan mencari kita untuk selesaikan masalahnya.
Samada wang tidak mencukupi.

Samada mahu cikgu tolong dapatkan buku atau apa apa. Atau sekadar lalu di bilik guru dan tidak segan pula meminta gula gula. 
Kita berjaya ubah. Dari pasif kepada baik baik. Dan daripada terjal kepada hormat dan senyum dengan kita kadangkala senyum segan dan hormat.

Selit hal agama. Hal solat dan kekuatan doa
Sekali sekala ada sedikit dakwah. Biar dia sedar solat itu apa. Budak sekarang tidak solat.  Maka dia buat atau tidak buat. Kita suruh dalam cerita cerita kita semasa mengajar. Selit sedikit.  Bagi cerita sedih sedih. Atau muhasabah diri. Kita boleh tengok muka muka mahu insaf dan merenung kita dengan penuh minat.
Selitkan jasa ibu ayah. Selitkan dakwah kita biarpun  sedikit.  Tak apalah. Ia peringatan.
....
Ada satu kisah
Saya mahu kongsi. Tahun lepas semasa hari permuafakatan. Ada satu parent menyampaikan salamnya pada saya melalui satu guru kelas anaknya.  Saya ingat saya ada buat salah atau cara saya ada yang tidak kena. Sebab cara cikgu menyampai itu menakutkan saya. Bikin penasaran. Uh. Sebab dia kata pada saya: “mak budak ini kirim salam bantak banyak dengan kau”

Takut juga saya ada khilaf. Maklum lah sekolah saya ini mak pak educated belaka dari guru.
Bila bertembung dengan guru itu sekali lagi katanya parent itu berterima kasih pada saya kerana anaknya mula solat dan kata pelajar itu kepada emaknya  "cikgu sejarah selalu ingatkan suruh jangan tinggal solat. Dan dengan solat tuhan lebih sayangkan kita. Mahu berjaya atau apa, Tuhan lagi akan bagi kerana kita buat apa yang Tuhan suruh"

MasyaaAllah.  Saya terkesan.
Walaupun ia pesan pesan biasa. Ada anak didik kita yang murni hati.
Saya suka namanya. Umar abd aziz bin….saya tidak ingat ayahnya nama siapa. Sedap nama itu. Saya sedap nama umar itu. Kalau saya ada anak lelaki lagi mungkin ummar namanya. (berangan saya ini)

Bersambung.
Ia terlalu panjang. Uwais ketiduran awal. Dan seronok menulis itu ada.
Tapi tidak seronok kerana saya menulis menggunakan tab saya. Ia terbatas. Dan saya mahukan laptop. Tapi. Tidak ada. Saya di rumah mertua tatkala ini.

 bersambung lagi.



1 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

cikgu.. kim salam kat murid pompuan yang dok kat tgh angkat tangan tu..... huhuhuhuhu

mak ayah bebudak sekarang nih terlalu manjakan anak... mereka lahir ....seme dah ada..... tak tau perit jerih nak berjaya macamana..... sbb tu tak de motivasi....

syabas cikgu..... teruskan usaha cikgu....


iman dan ulam..begitu dasyat kah?