...sekolah kehidupan..

Tuesday, March 25, 2014

surat rahsia yang saya janji

hey! iman menulis sesuatu hari ini..

Ini adalah sambungan daripada penulisan saya bertajuk kitalah memegang teraju i dan kitalah memegang teraju ii.  [sila klik]

Dan jika anda tidak membaca jurnal bahagian satu dan dua itu, anda mungkin berasa adakah anak anak didik kelas hujung yang bigor bigor dan terjal itu akan melaksanakan aktiviti ini dengan baik sekali?
Atau anda berasa boleh kan anak didik kelas hujung saya melakukan latihan di dalam kelas dengan mendengar kata atau boleh buat kesemuanya dengan siap? 

Maka baca dulu kaedah satu dan dua diatas supaya bila bila pun anda boleh menjayakan kaedah ini pada masa yang anda suka.
jika
.....
“Carry”

Sebelum saya masuk bab lain. Saya mahu bagitahu anda bahawa saya carry pelajar saya. Bermaksud disini. Jika saya mengajar mereka semasa tingkatan empat. Maka pada tahun hadapan, di tingkatan lima nanti,  dia juga belajar dengan saya. Setiap tahun saya pasti mengajar tiga kelas tingkatan empat. Dan tiga kelas tingkatan lima.

Maka. Yang tingkatan empat tahun ini, tahun hadapan juga akan belajar ditangan saya.

Maka. Hasil peperiksaan Sijil Peperiksaan SPM itu langsungnya adalah corak saya sendiri mahu buat bagaimana. Ia tanggungjawab berat.
Dan. Kita lah yang bertanggungjawab menjawab soalan Tuan Pengetua andai ada ketidak puasan tentang kadar lulus atau gagal pelajar kelak. Kerana kita lah yang mengatur kesemuanya kaedah dan pencapaian sedari tingkatan empat lagi.

Tidak lah boleh beralasan kita mengambil kelas orang lainnya atau apa. Kerana semuanya datang dari tangan saya sendiri.
......
Lebihkan masa.

Dalam penulisan lalu, saya ada menyatakan bahawa saya tidak terkejar menghabiskan silibus pengajaran saya dengan terkejar kejar. Sampai masa ia akan habis dan mengikut jadual yang ditetapkan. Saya berasa selesa dengan kelas hujung. Walaupun saya tiba tiba boleh berhenti pengajaran satu subtopik sahaja kerana pelajar mengantuk di waktu akhir akhir jam satu mahu pulang dan membuat refleksi mengejut tanpa memikirkan kena habiskan silibus cepat. Kerana apa?

Bagi kelas belakang. Saya mempunyai lebih masa. Setiap kali sebelum masuk tahun hadapannya, di akhir tahun saya meminta penolong kanan pentadbiran saya melebihkan waktu saya di dalam jadual bagi kelas anak didik di hujung ini.

Masa wajib adalah tiga masa dan bertambah menjadi lima masa untuk satu minggu. (105 minit kepada 175 minit). Menjadikan saya banyak masa. Tidak perlu lagi mengadakan kelas tambahan bagi kelas berkenaan.
Kenapakah?

Sebab wajib anak didik kelas hujung hujung ini tidak mahu muncul kan diri dalam kelas tambahan. Kelas waktu sekolah pun culas mahu datang apa lagi kelas tambahan ye dak?

Jadi lima masa ini mencukupi saya membuat semua nya dengan selesa. Kadang kala waktu sivik atau waktu pendidikan kesihatan pelajar ini juga saya ambil. Untuk tadbir ujian atau untuk kelas terdesak jika perlu.
Menjadikan masa saya dengan anak didik kelas hujung banyak.

Maka. Latihan boleh dilakukan didalam kelas. Didepan mata kita. Dan selesai jam itu juga. Keputusan latihan juga pada jam itu.
Seperti cikgu cikgu semua sedia maklum. Kelas hujung ini sifat manahnya kurang dalam hal memberi kerja sekolah untuk diselesaikan dirumah. Ia memang tak siap. Dan bikin sakit hati kita sahaja. Maka. Kurangkan kadar sakit hati itu. Latihan saya buat dalam kelas.
Senang. Habis latihan. Masuk fail.

Saya bekalkan setiap seorang ada fail saya. Wajib bawa. Tak bawak. Engkau sakit. Sebab dalam itu ada modul nota saya. Latihan saya. Dan segala ujian yang dilakukan. Dan semuanya penting.
Jadi mereka beringat.
......
“Surat Rahsia” 

Ini adalah merupakan satu kaedah atau teknik pengajaran yang saya namakan dia sebagai “surat Rahsia”.
Saya lakukan teknik ini setiap kali saya lakukan latihan di dalam kelas. Dan teknik ini berkesan sekali.
Dan ini merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran saya. Salah satu contohnya yang memberi sesuatu impak bagus juga kepada saya dan anak didik kelas hujung hujung terutamanya daripada tingkatan empat.

Biasalah budak dari tingkatan tiga naik ke tingkatan empat.
Perasaan anak anak itu masih ada. Dari menengah rendah naik ke menegah atas. Masih budak jelas kelihatan pada wajah. Pada sikap. Dan pada tindakan terhadap guru.
Nakal itu lain macam sedikit. Bukan bergaya besar.

Masih ada sikap suka berlari dan bermain dalam kelas seperti tingkatan dua satu.
Dan. Masih rehat dari kantin dengan membawa minuman dan jajan penuh poket. Tidak lah bergaya brother brother. Jadi pada saya kaedah ini sesuai.
Mesej dari kawan.
Saya namakan kaedah ini sebagai “Mesej Rahsia Dari Kawan”.
Baik. Sebelum saya tulis panjang. Saya ingin nyatakan ini kepada semua.
.......
Sediakan nama rahsia

Begini. Mari saja ajarkan anda tentang menyediakan nama rahsia. Katakan kelas tingkatan empat yang paling hujung bagi saya ajar tahun ini adalah tingkatan Empat Pendidikan Seni Visual 2 (4 PSV 2). Pelajar kelas ini dua puluh enam orang. Pelajar kelas ini sangat lemah. Kerana ada beebrapa orang lagi pelajar pendidikan khas. Dasyat. 

Boleh bayang gaya lembam pelajar pendidikan khas belajar?
Maka. Ini cabaran. Bagaimana kita mahu tarik dia buat kerja kita dengan baik. Memahami pelajaran kita dengan baik. Dan bagaimana menarik pelajar yang lemah yang lainnya untuk meminati subjek kita?
Dan. Bagaimana membuatkan mereka menanti nanti kita masuk kelas dengan penuh suka. Ya. Itu cabaran.
Baik. 

Sediakan senarai nama. Saya suka nama rahsia itu berbunyi sedikit lucu dan comel. Kerana anak didik kita masih berjiwa budak. Dan dia suka kepada benda comel. Dan saya suka kepada nama yang pelik serta comel ini. Ada senyum dihujung bibir anak murid saya tatkala melihat namanya. Ia membuah ceria. Saya suka itu. Saya suka buat anak didik kelas kelas begini gembira dan lucu. Daripada diam seribu bahasa. Pasif.
Maklum lah dia takut dengan haku sampai tak mahu bergerak kemana. Ye dak?

Oleh sebab saya garang. Maka mari kita main tarik tali. Baru tahu cikgu ini bagaimana orangnya. Bukan garang selalu. 


Ini dia. Contohnya.
Bil
Nama Pelajar
Nama Rahsia
1.
Ahmad Syukri
Encik Torchlight
2.
Aisyah
Puan Mentega
3.
Shahnon Iman
Encik Manis
4.
Rosmaria
Cik Epal
5.
Puteri Ain
Kueh Kuaci
6.
Nabila
Cik Tembikai

Sediakan senarai nama rahsia kepada anak murid kita itu sehingga selesai mengikut bilangan pelajar anda. Ikut sukalah nak bagi nama apa pun. Ia bukan apa apa.
......
 Rahsia.

Dan. Nama rahsia ini kita beri pada dia secara rahsia juga. Kita dan anak didik berkenaan sahaja yang mengetahui nama tersebut. Dan tidak pula boleh berkongsi nama ini dengan orang lain. Rahsia yang perlu disimpan dengan rapat sekali.

Selalunya saya sediakan dua atau tiga set nama rahsia. Untuk saya guna. Kerana kadar rahsia budak budak adalah tidak telus dan mereka mungkin akan membocorkan rahsia nama mereka pada kawan rapat. Jadi buat bebrapa set nama rahsia setiap kali saya mahu guna.
......
Bila nak guna nama rahsia?

Satu sahaja dari budak kelas hujung ini. Kerja sekolah kena buat disekolah. Kalau bagi suruh buat dirumah memang tak akan sudah sudah. Atau kerja sekolah yang anda amanahkan itu hilang terus dari pandangan anda. Sebab itu saya meminta lebih masa.  

Setiap kali saya melakukan latihan di dalam kelas. Saya memilih waktu dua masa. Terutama pada bahagian objektif. Saya pasti sediakan tiga puluh soalan atau dua puluh lima soalan objektif untuk diselesaikan dalam masa empat puluh minit mungkin.

Usai sahaja pelajar menjawab. Berpandukan buku teks. Tanpa sebarang perbincangan. Hasil sendiri. (awak lihat? Mereka mendengar kata saya. Kenapa. Kesan daripada menjadi garang dan tegas dan pada awal pertemuan! Walaupun perlu berlakon garang atau memang garang semulajadi. HAHA. Sayalah orang itu)
Maka. Selepas itu awak boleh menjadikan anak didik awak bagaimana atau bentuk apa yang mahu awak bentuk. Ia menjadi! Jangan berlembut di peringkat awalnya. Ia mengundang susah.

Baik. Setiap edaran latihan itu pelajar perlu menulis nama rahsia mereka diatas kertas latihan tanpa perlu mendedahkan kepada kawan. Guna nama rahsia itu sebagai identiti masing masing.
......
Surat Rahsia

Baik. Usai menjawab latihan. Dan saya tidak benarkan pelajar berbincang banyak. Samada syaratnya saya letak begini:

1.       Boleh diskus cari jawapan dengan kawan sebelah. Atau.
2.       Tidak boleh berbincang dengan sesiapa.

Syarat ini bergantung kepada topik yang diajar. Andai susah. Maka saya bagi kelonggaran boleh bincang dengan kawan sebelah sahaja. Tidak boleh bising lah. Dan perlu siap mengikut masa saya.

Bila sudah siap. Maka saya pungut. Dan saya mula tukar kertas itu kepada sesiapa sahaja yang saya sukai. Pelajar ini tanda kertas orang itu. Orang itu tanda kertas pelajar ini. Sesiapa pun tidak akan dapat kertas sendiri.
Okay.
.....
Markah dan mesej

Masa untuk bincang jawapan. Saya membincangkan jawapan dengan pelajar. Dan memastikan pelajar mendapat jawapan yang betul. Dan semasa itu jika ada yang tersalah jawab maka. Kita teguhkan kembali kenapa dan rasionalnya kepada jawapan yang betul.

Sebagai cikgu jangan awak kata awak betul, budak salah. Kemudian awak tak bagitahu apakah ia sebenarnya yang menyebabkan jawapan awak betul dan jawapan dia salah. Kalau boleh saya suka selak di muka surat berapa tertera jawapan saya yang betul itu dan sama sama baca dengan pelajar supaya hati mereka terang melihat jawapan itu dimana.

Dan. Saya menggariskan ini. Jika soalan itu ada dua puluh lima soalah maka. Saya sudah siap sediakan mesej seperti ini.


Andai pelajar betul daripada 25  (betul semua) sehingga 23. Maka pesanannya begini. Pelajar yang tanda kertas kawan dia itu kena tulis ini.

Saya letakkan gambar supaya lebih jelas.
Dan saya arah kepada pelajar saya lukis kan muka senyum disitu. Tuliskan begini dan begini.

lihat contoh mesej.

 satu. bagi yang cemerlang usaha.

 ........

 dua. bagi yang nyaris nyaris cemerlang.

.......
tiga. yang sederhana sahaja.

.....
empat. memang yang jenis main main tidak kira waktu. minta cari jawapan dia tak cari betul betul. orang macam ini setiap kali latihan kena ubah tempat duduk di depan kita.
 ......
dan yang terakhir ini. dia hentam. dia tidak cari jawapan dengan bersungguh. dia asalkan siap sahaja.
 .....
rangka
mesej mesej itu saya sudah rangka siap siap. jadi usai sahaja pelajar menanda jawapan kertas maka saya arahkan mereka menulis mesej begini.

tentang muka smile atau muka sedih atau muka ada hingus atau marah. saya lukis di whiteboard. pelajar tiru. 
ya. sedikit lucu. 
dalam lucu ada mesej tersendiri. kerana semua pelajar tidak tahu milik siapakah surat itu atau mesej itu bakal ditujukan.
....

selain itu. ada juga pelajar nakal. yang suka menconteng kertas kawan dengan macam macam mimik muka dia lukis. maka jam jam itu saya suruh dia padam. ada pelajar jenis ini. dan bertegaslah. sehingga dia padam semuanya yang tidak molek itu. 
.....
bila kita sebut mesej yang perlu ditulis itu, suasana pembelajaran dan pengajaran kita menjadi meriah. seakan tidak sabar anak didik kita mahu menulis mesej kepada teman rahsianya. ia seronok.

dan lucu. tidak sabar. teruja mahu dapat hasil sendiri.


.....
Kumpul dan panggil
Selesai semuanya maka. Saya pungut kertas itu. Sebab saya saja yang tahu nama rahsia kesemuanya. Maka. Saya panggil nama pelajar dan menyerahkan kertas mereka. Percayalah. Kelas kita itu menjadi meriah. Meriah tetapi terkawal. Kenapa? Saya garang. 

Dan. Suasana pembelajaran kita itu menjadi seronok. Comel dan lucu.
Bila setiap orang mendapat mesej dari teman rahsia mereka. Maka senyum sampai ektelinga itu pasti ada. Jika dia betul banyak. Atau dia sederhana. Atau dia itu corot. Atau dia bagaimana. Dia terkinja kinja mahu melihar mesej yang temannya perolehi pula.
Ia seronok.
Kata pujian didalam itu ada peranannya. Ia tidak berakhir disitu sahaja.
.....
Round dan tengok

Bila semua pelajar sudah dapat mesej masing masing. Saya minta semua duduk diam dan saya round melihat kertas markah anak didik saya. Apa fungsinya.

Disinilah peranan kita lagi sekali. Sambil round tengok hasil anak didik. Masa itu bila kita jumpa mesej anak didik yang berbunyi hebat. Maka. Senyum lah padanya. Ucaplah tahnia padanya. Hadiahkan gula gula tiga empat biji padanya.
Ini bukan untuk semua. Ini untuk pelajar yang hebat sahaja. 

Maka semasa itu bila yang lain lain melihat dia rakan peroleh gula gula banyak biji. Dia minta juga. Dan saya kata. No! Ini utnuk orang yang hebat. Maka dia faham. Kalau dia tidak hebat dia tidak dapat.
...

Jika jumpa pelajar yang sikit lagi nak jadi hebat atau yang juga boleh jadi hebat. Maka. Tepuk lah bahunya.  Beri lah dia semangat. Seolah dia pandai. Tetapi Cuma perlu sedikit lagi usaha.
Kata kata kita itu renung lah anak matanya. Pecayalah. Anak didik kita akan melarikan anak matanya. Dia malu kalau cikgu merenung begitu.

Tak apa. Bila begitu dia tahu kita bersungguh. Dia malu bila kita ambil berat. Dan sebagai cikgu kena tahu anak didik kelas hujung miskin kasih sayang dan lazimnya dari keluarga pecah belah atau susah.
Maka. Kita lah orang yang mengambil berat pelajarannya. 

Percaya atau tidak. Dalam matapelajaran lain lain, dia lebih suka kepada matapelajaran kita. Dan andai kita lambat masuk sedikit, dia pasti datang mencari.
...

Jika ada jumpa pelajar yang jawapannya berciri hentam. Salah menimbun. Betul sikit saja. Maka saya bertegas. Kali pertama tidak apa. Kali kedua lainnya. Saya katakan padanya. Pembetulan bagi setiap kesalahan itu perlu diselesaikan diluar pintu kelas.
Itu sahaja. 

Dan dia faham.   Tenung dia dalam dalam.  Selalunya pelajar  faham dengan renungan itu. Ye dak?
.....

Baik lah.
Saya gembira dengan apa yang saya lakukan. Saya gembira melihat hasil anak didik saya. Saya gembira diberi ajar dan amanah mengajar kelas hujung. Ia tidak apa. Ia cabaran.
.....
 bersambung. kajian tindakan saya yang lainnya akan saya ceritakan kemudian. ia masih dalam proses.

1 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

panjangnye surat rahsia nih... sekarang baru la tau yee.. macamana cikgu ngajar kita dolu2....

yang tau... nak ponteng je kejenye...

moga ALLAH bagi kemudahan kpd cikgu.... huhuhu


iman dan ulam..begitu dasyat kah?