...sekolah kehidupan..

Thursday, April 24, 2014

berasa mati itu dekat sekali

hey! iman menulis sesuatu hari ini..



Saya menulis ini semalam yang lalu.
Saya menulis jurnal pendek ini supaya saya tidak lupa apa yang berlaku.
Dan saya mahu ingat apa saya rasa pada waktu itu. 

"Bila ada diantara yang terlalu dekat dengan kita diuji sakit teruk..
Saya berasa mati itu dekat sekali...
Dan wang ringgit, harta, rumah ke semuanya tidak ada pun tidak mengapa..
Berasa mati itu dekat sekali dengan kita semua..

Bila malamnya terima mesej dari kakak kakak kita..
Yang ayah kita menangis semahu hatinya kuat dan lama sekali..
Menangisi kerana anaknya diuji sakit lebih dari dia..
Saya berasa sedih sekali..
Berkali kali dalam ikatan yang terlalu banyak..
Menangis kerana dia ayah saya yang saya tahu dia bagaimana..
Menangis kerana adik saya yang diuji itu yang saya kenali dia..

Bila ayah tua kita menangis.
Kita tahu kasih dan sedih dia itu teruk dan dalam sekali
Untuk anak.

Dan hanya kerana kita juga turut Tuhan memberi anak.
Maka rasa itu begitu halus sekali"

Saat saya menulis ini. Cik masih di ICU. Semoga cik cepat sembuh.  

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?