Selamat pagi. Saya sedang di surau. Pagi ini kelas saya bermula jam 8.40 pagi. Jadi ada masa berdhuha dan pump susu untuk uwais. Menjadi ibu menuntut semua waktu diguna padat padat. Tak boleh ada ruang rehat hatta sedikit. Betul betul lah masa itu emas. Pheew!
........
Sedetik yang mahal.
Uwais sekarang suka bangun pagi masa kita nak mandi dan bersiap ke sekolah. MasyaaAllah. Tuhan saja yang tahu apa erti kalut ribut sang ibu. Mana nak mandi. Mana nak solat subuh. Mana nak bersiap ke sekolah. Dan seperti biasa si panda comel itu mahukan nenen. Itu saja hak dia. Menghilangkan dahaga dan hangat sejuk di waktu pagi.
Ayah uwais menghantar ke rumah pengasuh pagi pagi. Saya cuma bertugas mengambil uwais pulang. Dan, bila masa saya di pagi hari dicuri curi dan dibahagi bahagi, mula lah saya memandu secara laju laju ke sekolah. Oh. Masa. Sedetik pun berharga mahal. Huhu.
........
Bujang yang tenang.
Tidak berbujang yang kalut. Tapi bahagia.
Itu introduction. Bunyi terkecah. Ya. Sangat terkecah saya di waktu pagi. Ayah uwais tidak apa. Dia masuk kerja jam 8 pagi. Saya masuk kerjam7.20 pagi. Tidak sedap lah saya jika saya sampai jam 7.15 pagi walaupun masih boleh punchcard dalam keadaan tidak bersalah pada peraturan. Hati rasa kalut. Selalunya di kala bujang tidak beranak jam 6.50 pagi sudah sampai tenang di sekolah. Ah. Lihat lah putaran alam. Ia membalikkan jadual.
(T T)
...........
Mari saya cerita anda
Mari.
Saya ceritakan pada anda satu cabaran. Ia perlu untuk kita menjadi tabah tabah. Sebab kalau kita tidak setabah itu. Memang kecundang. Ia tentang cabaran menyusu anak. Saya sangat bersungguh mahu kan susu saya diberi pada uwais. Saya mahu. Dan saya sangat berharap dan mahu ibu seperti saya mahukan juga susui anak sehingga habis tempoh yang Allah suruh. Yang Nabi suruh. Iaitu dua tahun.
.............
Ia bukan anak patung kita
Allahuakbar.
Setelah saya menjadi ibu. Otak saya kosong ilmu menyusu. Ingat mudah macam main anak patung. Anak kecil menangis kasi saja nenen. Anak menyusu kenyang dan tidur. Bila basah boleh tukar pampers dan dukung sana sini kemudian tidur. Tidakkkkkk. Ia susah. Ia manusia kecik yang cuma menangis sebagai interaksi dengan kita.
.........
Ia tentang luka.
Pedih. Berdarah dan sabar.
Selesai lahirkan uwais. Saya susu kan dia. Perkara puting melecet dan luka pedih memang boleh menangis seorang diri dalam keadaan terkial menahan sakit adalah biasa. Puting saya melecet dan luka. Uwais tidak pandai lagi mnyusu. Itu biasa. Air mata tak payah cakap. Sakit. Luka dan berdarah beku.
Hikmah Allah bagi pada kita adalah yang menyembuhkan luka pedih itu adalah hisapan anak dan air susu itu sendiri. Ia menyembuh sendiri. Asal sabar dengan sakit Tuhan bagi. Dan gigih menyusu anak pun pahala yang Tuhan bagi. Jadi emak emak yang baru menjadi emak. Bersabar lah. Luka yang sedikit itu Allah ganti dengan pahala menggunung.
........ ...........
Baru dan sudah adalah tidak sama
Susu saya masuk minggu kedua masih sedikit. Sedang uwais semasa itu perlu minum banyak kerana uwais demam kuning. Baru menjadi emak tidak sama dengan sudah menjadi emak kepada dua atau tiga anak. Baru menjadi emak, anak kena apa pun hati gundah gelabah Ya Rabbi.
Kalau sudah menjadi emak kepada dua atau tiga anak sudah reti buat hati cool dan cari pnyelesaian dengan tenang. Baru menjadi emak. Hati saya gelabah banyak. Uwais demam kuning memang merunsingkan saya walaupun tidak teruk. Cuma bahagian muka. Tapak kaki uwais baru besar dua jari saya. Dan uwais di cucuk pada bahagian tumit setiap kali perlu ambil darah buat pemeriksaan tahap demam kuning. Melihat kaki comel kecik itu di cucuk cucuk. Hati awak yang baru mendapat anak, apa awak rasa?
.........
Nurse yang saya menyesal
Uwais perlu poo dan pee banyak. Keluarkan demam kuning. Susu baru nak ada. dalam keadaan tak reti. Ingat lepas bersalin susu mencurah macam orang lain. Lepas itu bila susu tidak banyak mula tensyen dan kecewa sendiri. Bila saja hari hari kena ke klinik pantau demam kuning uwais. Nurse menyarankan supaya beri susu formula kepada uwais untuk bantu uwais minum banyak dan berak banyak dan kenxing banyak
........
Bersambung.


0 comments :
Post a Comment