hey! iman menulis sesuatu hari ini..
Salamunalaik. Musibah. Ramadhan ini banyak musibah pada saya. Ia adalah kifarah keatas segala dosa saya mungkin. Dugaan datang dan pergi. Terlalu banyak. Uwais demam seminggu awalnya. Ia. Anak demam hati menjadi parah. Anak kecil demam panas tidak lah ia perkara mainan. Ia harus diteliti. Bukan cuma makan ubat dan mengambil ubat.
Ia lain. Lain. Dan lain.
Tamat kisah demam
......
Dua minggu lalu Uwais, saya dan ayah uwais. Entah cubaan apa. Makhluk allah lainnya mengganggu jua. Pada saya percaya kewujudan perkara ghaib itu ada. Tetapi cuma melihat dalam cerita atau membaca sahaja. Atau mendengar kisah orang. Tetapi ini tidak. Ini betul betul berlaku di rumah saya.
.......
Ia didalam bulan puasa yang meletihkan.
Saya menyoal ustaz di sekolah saya. Adakah gangguan seperti ini ada di bulan puasa? Ustaz membezakan dua perkara. antara jin dan syaitan atau iblis. Syaitan atau iblis di bulan ramadhan ini dibelenggu Tuhan. Manakala jin juga seperti manusia. Mereka berbangsa bangsa. Jin juga mempunyai masyarakat. Ada yang berpuasa islam. Ada yang kafir. ada keluarga. Ada rumah. Ada kehidupan. ada organisasinya.
Dan ia tidak dibelenggu. ia hidup. Ia berpuasa seperti kita untuk yang beragama islam. Ia berkahwin dan mempunyai anak. Ia perlu patuh pada Allah sebagai pencipta seperti kita. Seperti kita. Ada yang baik. Ada yang jahat. Ada yang suka menganggu manusia. Ada macam macam.ia tidak dibelenggu. Ia juga pelu patuh pada alquran. Kerana al quran juga diturunkan bukanncuma untuk manusia. Tapi untuk golongan ini juga. (contohnya di dalam suran an nas)
.....
Oh. Begitu. Maka. Saya baru tahu ini. Dua minggu lalu, uwais tidur malam yang seperti tiada nyenyak dan selesa. Menangis meraung melihat keatas dan terkejang badan menahan getar takut berair mata. Sehingga saya dan ayah uwais menjemput satu ustaz melakukan rawatan islam di rumah saya. Keatas saya dan suami saya Titik. Akan saya cerita kan kemudiannya.
.......
Seminggu akhir ramadhan ini. Semalam selepas pulanh dari sekolah. Saya dan uwais eksiden. Ah. Kecuaian saya. Mujur saya dan uwais selamat. Saya terlalu mengantuk. Mengantuk ya rabbi rabbi.
. .......
Saya melihat ia sebagai kifarah.
Semoga ini semua kifarah keatas segala dosa dosa saya. Semoga lah ia kifarah. Dan mensucikan harta harta saya daripada apa yang tidak baik.
........
Saya berasa musibah ini Tuhan memberi saya dan suami. Setiap dhuha saya di pagi hari, saya melihat ada doa ini. Ya allah, jika rezeki ku masih di langit turunkan lah Jika di bumi Keluarkan lah Jika sukar mudah kan lah "jika haram. Sucikan lah" Jika masih jauh dekatkanlah.
.......
Maka. Andai dalam saya mengajar anak murid. Saya terlewat masa. Atau dalam mencari rezeki saya tidak ikhlas memberi ilmu. atau saya memarahi anak murid saya. Dan gaji yang saya terima mungkin ada sebahagiannya tidak bersih dengan cara ini. Maka. Saya pinta Tuhan sucikanlah. Sucikan lah.

0 comments :
Post a Comment