hey! iman menulis sesuatu hari ini..
Salamunalaik.
Macam macam berlaku. seperti nya tidak berhenti. Bersambung peristiwa itu ini. menjadi kan saya letih emosi dan fizikal.
intro bunyi seakan tidak menarik. ya. ia tidak menarik
.....
terasa dalam dhuha saya pagi tadi bercampur. antara sedih dan meruntun rezeki Allah meminta di ringankan. masuk kelas melihat muka pelajar saya terasa sedih itu makin panjang. melihat muka muka yang tidak punya masa banyak untuk faham apa maksud belajar dan tidak faham apa maksud kejayaan.
......
dua minggu lalu yang getir. uwais demam. seminggu itu merawati dia siang malam. seolah pergi sekolah hati dan jiwa kepada anak. jasad dan pancaindera di sekolah.
usai demam hal lain pula datang.
......
ia menyesakkan dada. saya bukan lah orang yang lemah semangat banyak. saya menjadi tidak keruan bila gangguan itu menuju kepada uwais. si kecil saya. bila ada mahkluk tuhan yang lain menganggu uwais malam hari. hati saya tidak keruan. ah. akan saya cerita kemudian di lain entri. ia panjang. tidak boleh dihurai disini
......
dan awak tahu apa kesedihan yang paling nyata saat anda sedang sesak dada memikir masalah dan anak kecil? ia adalah apabila tiada sokongan dari orang tua. pakkal orang tua saya jauh.
bila anda menceritakan apa misteri yang anda lalui sekeluarga dan meminta didengari. seolah ia perkara lucu yang perlu di ketawa ketawi. sudahnya anda diam. tidak mahu berkongsi apa lagi. tiada guna.anda ketap bibir lama lama. tidak mahu berkata apa untuk apa sahaja. frust dan kesudahan yang membuat anda nekad seorang diri bersama anak dan suami sahaja.
ah. nanti akan saya kisahkan di lain entri.
.....
bulan yang memenatkan. audit ke sekolah bikin ribut. ia menyesakkan semua barisan ketua. benci birokrasi.
.......
terasa tidak mahu bercampur dengan sesiapa. saya sedang dengan masalah. yang saya cuba bantu selesaikan. perlahan dan perlahan. tidak mahu ia pergi serentak.tuhan memberi ujian ini. sebagai tanda mahu saya dan encik suami memperbaiki hubungan denganNya. untuk uwais.

3 comments :
baca 3 Qul hembus ke tapak tangan.. usap kepala anak hingga ke kaki tp bukan tapak kai..... buat 3 kali...
baca ayat Qursi.... samapai di ayat akhir... ulang 7 kali ayat akhir dengan senafas..... buat 3 kali @ lebih..
baca 2 ayat akhir albaqarah....
baca bismillah 5... di ulang2.... ..
kita berikhtiar... sebenarnye seme tu kamu tahu.. tp bila keadaan kelam kabut.. seme nye hilang.....
moga ALLAH memberi kemudahan kepada kamu dan keluarga kamu....
terima kasih pokcik..
cikgu blh rujuk di sini http://amalan-harian.blogspot.com/2012/03/bismillah-5.html
sebenarnye.... ayat bimillah nih ..genap.. tp campur bismillah yg pertama tu jadi lah ganjil.... kalu bismillah 6 tu... di panggil bismillah 7.....
http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/04/12/khasiat-bismillah-5/
5. Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi juga di langit, dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.
ayat yg kelima bismillah ini @ ayat terakhir selalu diamalkan pagi dan petang..... baca sebelum makan.. digabungkan dengan doa mkn.. utk elakan dari terkene santau dan perbuatan jahat org....
insya ALLAH... kita berusaha... berdoa.... moga ALLAH membantu kita...
Post a Comment