hey! iman menulis sesuatu hari ini..
Ia adalah sambungan. Klik sini.
Dari kisah lalu. Tersimpan lama dan menanti hari lapang mahu selit selit cerita.
![]() |
| uwais, saya minta awak juga berdoa supaya susu saya menjadi murah untuk awak selama dua tahun. |
.....
Ibu semua,
Saya sangat mencintai kerja menjadi ibu. Apa lagi ibu bekerjaya dan sangat mencintai sesiapa sahaja yang begitu bersungguh mahu menyusui anaknya. Ia cabaran yang hebat.
Tunggu siapa nanti menjadi ibu dan bekerja. Baru dia tahu erti cabaran menyusu itu bagaimana.
......
Cabaran yang di kata jika kita tidak kuat, kita boleh jadi kalah.
Dan berhenti menyusu anak dengan rasa sudah habis kudrat usaha nak buat macamana lagi.
......
Saya mahu cerita anda ini.
.....
Saya berkongsi kisah saya.
Jururawat.
Bila jururawat yang merawati jaundice uwais mengatakan saya perlu buat uwais poo dan pee secara banyak untuk cepat habiskan demam kuningnya. Saya sudah susah hati.
Jururawat itu menyarankan saya supaya memberikan uwais susu formula sebagai alternatif untuk uwais minum banyak. Semasa itu saya baru hari ketiga dalam hari berpantang. Ya. Susu saya sedikit benar.
Dan masih terkial menyusu uwais. Belajar menyusu dengan luka di puting akibat hisapan uwais. Perit sungguh.
Dan hati berkecamuk memikirkan bagaimana mahu susukan uwais dengan lebih lebih. Uh.
........
Cetek ilmu.
Bila kita tidak banyak ilmu, dan baru menjadi ibu, kita memang sentiasa obses dan mahukan sesuatu yang baik pada anak secara membabi buta. Saya pun membeli susu anmum untuk uwais. Ini lah dia yang dikatakan tidak reti ilmu.
Pada hal saya masih boleh bersabar dengan mengambil sebarang suplimen memperbanyakkan susu saya samada dari sayuran atau apa sahaja yang boleh.
Kita sebagai pertama kali menjadi ibu mudah berasa tertekan melihat kesakitan anak kecil kita yang kecik kecik kecik kecik itu. Kaki dia baru besar dua jari kita. Kena cucuk hari hari. Maka kita pun bertindak ikut siapa yang suruh. Ye dak?
.......
Ini dia bahana
Saya susukan uwais bersulam sulam. Formula dan susu saya. Saya menjadi ibu yang kalut. Kalut susu tak cukup. Dan mahu uwais baik demam kuning dengan cepat. Itu sahaja harapan.
Sedang saya tidak tahu, saya sedang menempah bahana.
Bahananya uwais menjadi keliru. Dia keliru puting susu ibu dan puting susu botol. Dia menjadi tidak mahu puting saya. Dia selesamenyonyot puting botol.
Ia menyukarkan saya. Uwais jadi keliru. Laju laju saya google tentang bayi yang keliru puting susu. Sungguh kecewa. Saya lah orang itu. Orang yang menempa bahana mengajari uwais menjadi keliru. Sudah nya saya susah sendiri.
......
Tiga hari sehingga dua puluh lima hari.
Satu.
Sepanjang tempoh itu uwais tidak mahu menyusui dari saya. Dia menangis jika saya menyusui dia secara langsung. Dia tidak reti hisap. Dia menangis bukan ehek ehek ehek ada introduction. Dia meraung kuat. Nak bagitahu orang dia anak jantan ayah! Aduh.
Saya tidak keruan.
Siapa yang pernah jadi emak akan berasa ini. Sedih. Sedih, sedih, anak tidak mahu kita. Tidak mahu nenen kita. Sedang itu lah serapat hubungan yang Allah bagi. Ikatan kasih dan sayang anak kita kandung. Seolah bagaimana ya mahu saya ceritakan. perasaan yang tidak ada kata mahu ditulis. Susah lah.
Dua.
Bila malam. Saya berasa sukar sekali. Saya atau encik suami perlu bangun memanaskan susu uwais. Dia tidak mahu minum secara langsung dari saya. Tidak reti buka mulut luas. Terasa susu ibu turun lambat. Susu dari botol turun cepat. Dan semasa itu saya fikir.
Jika lama lagi uwais begini cara. Memang susu badan saya akan kering.
Stimulasi dari mulut anak menyusui dari kita adalah stimulasi terhebat tuhan cipta buat ransangan susu menjadi keluar dan aktif.
Kalau berterusan saya menggunakan pump untuk pump susu kepada uwais. Ia stimulasi yang bukan tuhan cipta. Ia adalah teknologi manusia yang mencedok idea tuhan.
Ia pasti menyukarkan saya kemudiannya. Uh. Masa itu perasaan ibu muda adalah cepat menjadi bimbang. Bimbang kalau susu saya kering. Bimbang kalau saya tidak dapat penuhi tuntutan uwais selama dua tahun. MasyaaAllah.
Tiga.
Dan setiap kali sesiapa melawati saya. Soalannya ialah. "Minum susu formula? Kenapa tidak susu badan?" Lalu saya harus menjawab bagaimana?
Awak tahu sindrom ibu selepas melahirkan bagaimana? Ia cepat terluka perasaan. Seolah kita tidak reti pula memberi yang terbaik pada anak. Ya saya mahu menyusui dia secara langsung. Saya mahu. Saya tidak mahu menyusui dia cuma bersandar di lengan saya. Saya mahu dia dalam dakapan saya sepanjang malam dan bila bila dia memerlukan susu saya buat menghilangkan haus dahaganya.
Ia melukakan perasaan saya. Berkecamuk.
Empat.
Dan tidak seorang pun yang memberi saya jalan selesai. Saya harus bagaimana mahu buat uwais menjadi mahu semula. Suatu yang tuhan hantar kadang kadang membuka hati kita.
Ibu saudara encik suami. Saya panggil dia mak yam. Dia mengunjungi puan ibu mertua saya dan melawati saya juga. Lalu dia bertanya saya saya berikan susu apa pada uwais sambil memegang botol susu. Lalu saya katakan saya memberi susu badan saya. kebetulan itu memang susu saya pump.
Dan dia mengatakan. Tidak perlu pump. Sekarang masih berpantang. Ajarkan anak menghisap secara langsung. Ransangan anak lebih baik dari pump.
Hurm.
Saya mengeluh dalam hati. Saya katakan pada mak yam uwais tidak lagi pandai menyusu dengan saya secara langsung. Dia menangis sahaja. Dia tidak reti. Dia tidak mahu buka mulut luas. Dia berasa payah mungkin. Tidak selaju puting botol ini.
Ringkas sahaja jawapan mak yam kepada saya.
"Hari ini uwais sudah berapa hari?"
Sudah dua puluh lima hari mak yam.
"Baik, uwais baru dua puluh lima hari di dunia ini. Ke hadapan masih panjang. Dia tidak reti apa-apa. Awak yang reti banyak. Awak yang kena ajar dia. Bukan dia ajar awak. Dia tidak ada pilihan apa-apa. Awak yang memilih untuk dia masa ini. Ajar dia. Ajar dia. Ajar dia"
.......
Ajar dia.
Saya berasa macam dapat hidayah.
Kalau saya tidak kuat. Kalau saya tidak ajar dia. Saya ibu yang kalah.
Jadi kena ajar dia.
Masa itu saya mula fikir.
(Bersambung)


0 comments :
Post a Comment