...sekolah kehidupan..

Monday, November 17, 2014

moga Allah berkati kamu

hey! iman menulis sesuatu hari ini..

Situasi malam ini buat saya teriak dlm hati. Tuhan, berkati lah anak kecil itu.

Ayah goreng jemput jemput untuk uwais sementelah saya tidak sihat berbaring di bilik bawah. Saya dengar ayah menyuap uwais makan di ruang tamu luar. Dua tiga hari ini saya tidak begitu memberi perhatian pada si kecil uwais kerana kesihatan tidak memberi izin.

Tiba tiba uwais datang, membawa cebis cebis jemput jemput yang ayah cebiskan untuknya kepada saya. Susah payah dia memanjat katil. Mulut kecil itu memberi ucapan ini: "bu..nyummm nyumm" sambil suapkan saya.

Aduhai anak...
4 5 kali ulang alik pergi ambil cebis cebis jemput jemput menyuapi saya. Dan mengulang ngulang ayat "bu..nyumm nyumm"

Saya kata; "terima kasih uwais"
                    "Moga Allah berkati uwais"

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?