hey! iman menulis sesuatu hari ini..
Tidur malam saya dipenuhi dengan roti, kek dan muffin.
Uh. Dua tiga hari ini. Dalam tidur. Roti bun datang. Muffin datang. Kek datang.
Dihantui. Saya begitu berangan angan mahu ke kelas bakery. Saya mahu belajar membuat roti.
Sangat berangan mahu belajar. Sehingga dalam mimpi pun roti menjelma.
Saya rasa tahun hadapan saya perlu ke kelas roti. Saya mahu belajar membuat roti. Akan saya cari kawan bersama sama saya sebagai sumber kekuatan belajar bersama sama. Kan? Tak segan sangat kalau tak faham. JnsyaaAllah.
Sumpah wallahi. Saya mahu belajar.
....
Cuti sekolah dan klinik
Hari ini saya masih bercuti sungguhpun cuti sekolah baru saja bermula. Saya di beri cuti oleh sang doktor dari ahad lalu sehingga minggu hadapannya.
Akan saya tulis nanti bila ada kekuatan mahu bercerita. Ia sesuatu yang saya kira tidak mungkin saya lupa. Baru saya tahu erti sayang dan hilang anak.
Semoga ada hikmah tersembunyi yang tuhan atur.
....
Berbeza dekat dengan emak dengan jauh dengan emak.
Saya tidak ada rujukan. Apa yang boleh makan. Apa yang tidak boleh makan. Apa yang boleh buat dengan apa yang tidak boleh buat. Selebihnya saya berharap Allah menjaga saya dan kesihatan saya.
Berpantang selepas keguguran secara berduet dengan encik suami sahaja di rumah sendiri.
Cuma berpandu pada encik google. Boleh buat apa dan boleh makan apa.
Sungguh tidak tahu apa apa.
Sungguh tidak tahu apa apa.
Benci dengan semua ini.

1 comments :
cikgu..bersabar ye...saya juga 2x telah miscarriage.. amat memberi tekanan bila ianya terjadi... belum rezeki saya...
Post a Comment