BERASA BARU ADA KEKUATAN MAHU MENULIS.
Hari itu jumaat petang. Kelihatan ada sedikit darah
coklat. Saya tidak berasa risau. Ia Cuma perkara biasa. Di dalam hati mungkin
ini satu proses implantasi ke dinding rahim.
Ia normal pada usia kandungan lapan minggu pada
saya. Kerana semasa saya mengandungkan uwais. Memang ada sedikit darah coklat
keuar. Sedikit sangat. Sehari sahaja.
Maka. Dalam hati Cuma berfikir tentang perkara itu.
Ia proses implantasi atau benih mahu menempel di dinding rahim seperti biasa
proses kandungan yang selalu selaunya.
Tapi.
Malamnya darah coklat itu makin banyak. Seperti
hujung-hujung hari penghabiasan haid bagi seseorang wanita. Tidak lah banyak.
Ia sedikit sedikit. Tapi saya mula pelik kerana tompok coklat itu makin
membecah pula. Menjadi banyak.
Hati mula berasa sayang. Sayang itu tumbuh bukan
sehari. Malah sudah lama menanti khabar baik. Berasa takut pula akan kehilangan
anak walaupun ia masih baru. Mungkin baru segumpal daging. Tapi ia tetap anak.
Malam itu, saya katakan pada encik suami. Esok kita
ke klinik. Saya mahu tahu apakah perkara ini.
Esok. Sabtu
pagi.
Memang klinik itu suka sekali saya kunjungi kerana
kebaikkan doktornya. Doktor perempuan itu menjadi rujukan saya sedari saya
tiada anak. Sehingga mempunyai anak. Konsultansi untuk berusaha mempunyai anak
yang sudah lama bertahun saya tunggu dengan doktor itu sedari saya tiada uwais
sehingga saya ada uwais. Dia baik hati dan memahami.
Malang sekali pagi itu dia tiada. Yang ada pakar
darah. Seorang doktor lelaki yang menyarankan saya datang semula pagi esok
untuk temujanji dengan doktor perempuan yang selalu merawati saya, uwais dan
suami. Atau dia menasihati saya supaya terus ke hospital jika apa-apa
kemungkinan dengan kadar segera.
Uh. Saya balik.
Petang sabtu.
Perut saya memang agak tidak selesa. Bahagian ari ari memulas ringan.
Senggugut ringan sahaja. Tapi berasa tidak selesa sekali. Seakan apakah yang
bergumpal di dalam.
Dari panti linear saya sudah mula bertukar kepada
tuala wanita. Darah coklat bertukar kepada merah. Hati menangis lama. Perasaan
sudah mula berasa tidak seronok dan berfikir dua perkara.
Satu. Negatif.
Dua. Positif.
Satu. Rezeki anak itu milik saya. Tuhan sudah
memberi kepada saya. Dan tidak fikir tuhan pun boleh ambil sesuka hati pada
masa bila DIA mahu ambil. Itu hak dan milikNya. Rasa macam tiada iman sedih
begini.
Dua. Berasa jika ada rezeki saya. Maka semestinya
Allah menjaganya untuk saya. Dan berasa jika rezeki anak ini bukan milik saya.
Allah ambil lah dengan cara bagaimana pun mahuNYA.
Encik suami meredakan saya. Semuanya ada hikmah
disebalik apa yang berlaku.
.......
Darah merah. Frersh blood. Bukan lagi darah coklat
yang awak boleh pujuk hati. “eh ini Cuma proses implantasi”
Bukan. Ini betul-betul darah merah. Saya sudah mula
panik.
.....
Petang sabtu
itu encik suami bertegas membawa saya ke unit kecemasan HSA. Dan disana,
setelah di scan semuanya masih baik. Janin itu masih comel bergerak. Tanda ia
hidup. Dalam hati saya lega. Ada sedikit syukur.
Tapi darah tidak mahu berhenti.
......
Doktor perempuan muda itu mengatakan pada saya ini
merupakan ancaman keguguran. Ancaman keguguran atau “threatening abortion” adalah satu perkara serius yang perlu anda ambil kira. Ia terjadi pada awal
kehamilan. Diantara usia hamil seminggu sehingga dua belas minggu.
Mungkin rahim anda tidak kuat. Atau
anda bawa benda berat.
Saya angguk tanda faham.
Doktor perempuan muda itu memberi
saya satu surat rujukan kepada pakar sakit puan pada tarikh seminggu lagi.
Untuk melihat perkembangan seterusnya.
Saya diberi ubat kuatkan rahim. Hospital
membekalkan saya ubat itu. Dan saya perlu mengambilnya seminggu sekali.
Hati berasa mahu telan semua ubat itu supaya anak
di dalam baik baik saja bergantung pada ibu.
.....
Balik rumah. Hari sudah malam.
Encik suami sudah mengemas bilik bawah. Tidak lagi
dia membenarkan saya naik ke tingkat atas. Saya akur. Sebab memang saya berasa
tidak upaya mahu memanjat tangga. Berasa tidak selesa di bahagian perut dan
ari-ari. Tidak tahu saya mahu mendefinisikan ia bagaimana. Cuma boleh bagitahu.
Seolah senggugut ringan. Dan sungguh tidak selesa. Mahu mengangkat barang pun
saya berasa tidak mahu kerana berasa seperti begini:
Anda buat rangka rumah dari kayu kemudian anda
litupkan kan dengan kanvas. Kelihatan diluar sungguh teguh. Tapi sebenarnya
rangka itu goyah dan bergerak mahu runtuh. Anda berasa mahu berpaut dimana pun
anda akan jatuh.
Saya berjalan memegang perut. Mengampu bahagian
bawah perut. Seperti mahu jatuh.
Hati macam memujuk anak tidak berhenti.
Tolong kuat ya sayang. Ibu sayang awak. Ibu mahu
awak.
Tolong baik baik saja didalam sana. Ibu ada. Ayah
ada. Allah ada. Kami semua akan jaga awak.
Seperti biasa. Darah keluar. Kembali coklat. Tapi
banyak. Ia berselirat. Seperti darah penghujung haid wanita.
.....
Ahad. Pagi.
Saya dan encik suami bergerak juga ke klinik yang
telah saya temujanji. Berjumpa doktor perempuan yang baik hati.
Scan. Katanya bayi masih baik. Baik dan tidak
rosak. Pertumbuhan bayi juga membesar mengikut minggu seperti biasa. Seusianya
lapan minggu. Pertumbuhan normal. Tetapi kedudukannya ke bawah.
Doktor itu mengatakan saya ada membuat kerja berat.
Renyah. Mungkin awak mendukung uwais?
Dia menelah. Saya angguk sahaja.
Ya lah. Saya ibunya. Siapa lagi mahu mendukung dia
untuk saya. Sungguhpun jika ada orang yang sanggup mendukung uwais. Uwais
secara fitrahnya akan mahu ibunya juga dalam apa jua hal dan perkara.
Sementelah saya dan suami jarak jauh. Dia di
segamat saya di johor bahru. Berjumpa Cuma hari minggu. Siapa lagi yang
menguruskan uwais hari-hari?
Sayalah. Ibunya.
....
Mengandung kali kedua ini saya berasa sihat. Saya
tidak muntah. Tidak juga alah kepada apa-apa. Berasa suka makan kepada apa yang
selalu diinginkan. Dan seperti saya mengandung uwais juga. Tiada apa masalah.
Maka nawaitu menjaga anak adalah lillahi taala
sahaja. Pakkal encik suami jauh. Sungguhpun renyah menjaga dan membuat itu ini
seorang diri, bila nawaitu lillahi taala berasa lupa sekejap akan kandungan
yang dikandung. Berasa beres. Dan boleh buat kesemuanya.
Dan tidak juga mengajar diri menjadi manja-manja.
Tidak boleh buat itu ini. Semua nya tidak apa-apa.
.....
Di klinik itu.
Doktor itu bertanyakan ubat apa yang hospital bagi.
Dia mahu lihat. Dan doktor menambah dos kerana katanya ubat itu tidak mencukupi
untuk memberhentikan darah. Dia meminta saya mengambil dua biji sehari.
Kami balik.
.....
Tetapi sakit perut saya tidak hilang. Ia masih
begitu.
Malam itu tidak mungkin saya lupa. Darah banyak
sekali keluar. Dua kali saya salin tuala wanita overnight. Kali ini hati betul
betul menangis. Air mata tak boleh cerita. Pantang suami tak ada di sisi. Air
mata tak boleh sembunyi. Tidak boleh lagi menunjukkan diri berasa kuat dengan
ujian begini.
Saya sedih. Dan sungguh sungguh sedih. Hai anak.
Kalau ini takdirnya. Tak apalah saya redha.
Saya katakan pada suami.
“abang.
“Kalau anak ini tak ada. Saya berasa sedih
sekali...”
“kita menunggu dan mahu sekali anak ini”
‘bersabarlah sayang”
“kalau ada rezeki kita Allah akan sentiasa
menjaganya. Dia akan menjaga untuk kita”
“ Jika bukan rezeki kita. Allah ambil lah balik
macamana cara sekalipun”
Malam itu perut sakit masyaa Allah..
Memulas seperti senggugut yang teruk.
.....
Saya sudah mencadangkan kepada encik suami. Mahu ke
hospital segera malam itu juga.
Encik suami tenang sahaja dan mengucapkan ini.
“kita tunggu esok. Jika dia sudah tidak ada.
insyaaAllah. Esok pasti dia keluar sendiri semuanya”
.....
Sakit malam itu berlangsung tiga puluh minit. Saya
tidur mengiringkan badan kerana berasa tidak mampu menegakkan badan.
Dan seterusnya saya berasa sakit itu hilang begitu
sahaja. Saya tertidur. Tidak sedar tertidur bila dan pada jam berapakah pun
tidak tahu. Dan terjaga pada esoknya.
.....
Pagi esok. Isnin.
Sedari bangun dari tidur. Saya bangun.
Turun dari katil. Baru setapak dua melangkah. Tiba-tiba
berasa ini.
Gedebuss..
Terasa seketul atau segumpal apakah yang keluar
dari bawah. Dan cepat ke bilik air.
masyaaAllah. Anak.
Dan terus memanggil encik suami. Semasa itu air
mata sudah tidak ada mahu menangis. Redha.
Cuma boleh berkata ini pada encik suami;
“ ayah..ini ..ini dia. Anak kita..kesiannya..”
.....
Allah berhak mengambil apa sahaja yang Dia beri
pada saya. Tidak mengapalah. Semua DIA punya. Bila-bila masa DIA mahu ambil.
Saya bersedia.
Mungkin jika dia ada. Dia menjadi anak yang tidak
sihat atau tidak sempurna. Kelak memberi kemudaratan banyak. Maka Allah ambil
semula. Allah maha mengetahui.
Dan mungkin ada lagi bahagia dan rezeki lain yang
Allah atur untuk saya dan encik suami.
Terkadang kita berasa perancangan yang kita atur
sudah molek benar. Tetapi sebenarnya Allah atur perancangan qadak dan qadarNYa
kepada hidup kita jauh lebih baik dan sempurna.
.....
Saya cucikan janin itu. Ia lengkap. Tidak lah koyak
atau luka. Ia masih segumpal daging yang baik. Dan saya meneliti saluran darah
yang mungkin menjadi tali pusat hubungan saya dan dia. Semuanya ada.
Saya katakan pada suami. Balutkan di dalam tisu.
Dan kita nanti perlu tanam.
.....
Dan. Saya menuju ke klinik swasta berjumpa doktor
perempuan yang selalu saya jumpa itu. Dan doktor mengesahkan bahawa saya sudah
complete abortion. Keguguran itu sudah lengkap keluar semuanya. Saya lega
kerana tidak perlu lakukan D&C.
Lega sebab saya berasa penakut sekali mahu
dicuci-cuci. Saya takut. Sesungguhnya memang saya takut.
....
Kemudian. Saya ajak suami ke klinik kesihatan yang
merupakan tempat mula saya membuat buku kehamilan. Satu prosedur biasa ibu
mengandung melaporkan kehamilan dan dibekalkan buku merah bagi menjalani
rawatan dan memeriksa kandungan setiap bulan.
Tujuan saya pergi ke klinik itu untuk membatalkan
buku kehamilan. Tapi lain pulak jadinya. Ia bikin cuak dalam hati. Apa yang
doktor ini mahu buat pada saya?
.....
Bila saya menyerahkan buku merah. Langsung
disemaknya apa yang telah berlaku. Scan dilakukan lagi. Dan dia mengatakan rahim
saya masih menebal. Dan merujuk saya ke hospital besar semula.
Malang semasa itu jam sudah menghampiri jam 1.
Rehat.
Saya ingat saya boleh pergi sendiri sahaja dengan
encik suami.
Tapi doktor itu tidak memberi izin. Dia mahu guna
kenderaan klinik. Ambulan. Katanya sekarang jam Satu. Sedang rehat. Kalau pergi
sendiri di unit kecemasan hospital tidak akan dilayan.
Tidak mengapa. Saya boleh pergi jam dua.
Doktor cina itu suaranya tinggi sediikit pada saya.
Dia kata:
“cikgu. Ini kes serius”
“pergi dengan kita. Kita hantar. Ini kes saya”
MasyaaAllah sepanjang hidup saya. Saya tidak pernah
naik ambulan.
Ish. Teruk sangat kah sakit aku ini? Saya berasa
lawak. Dan mula berangan ambulan itu berbunyi dan membawa laju. Dan didalamnya
adalah saya yang sudah keguguran selengkapnya.
.....
Semasa ini saya teringatkan teman serumah saya
semasa saya berkhidmat mengajar di Langakwi. Semasa dia mengandung sulung saya
sudah pun berpindah ke Johor Bahru.
Dia menceritakan saat dia dimasukkan di hospital
kerana kandungan. Dia kata dia ke klinik untuk melakukan pemeriksaan terakhir
kandungannya.
Semasa pemeriksaan biasa itu didapati bacaan darah
nya sangat tinggi dan boleh membahayakan nyawa anaknya. Dia di bawa terus ke
kerusi roda dan dihantar ke unit kecemasan menggunakan ambulan secepatnya
walaupun dia kata dia sehat dan tak mahulah naik ambulan.
Hahaha. Tapi kena juga dan mereka paksa saya
bersalin takut nyawa anak didalam bahaya.
Dia ketawa sebab itu lah kali pertama dia naik
ambulan.
......
Saya di perlakukan seperti prosedur biasa. Cucuk
tangan. Masuk tiub untuk masuk air. Saya tanya nurse. “Kenapa cucuk masuk air?”
Sebab saya sihat sahaja.
Dia kata ini prosedur untuk dihantar ke unit
kecemasan. Jika disana awak ditahan wad atau awak lemah atau apa sahaja
kemungkinan ini adalah perlu.
Baiklah.
.....
Sepertinya ambulan yang standby sudah rehat
semuanya. Doktor meminta saya naik kenderaan rasmi klinik menuju ke unit
kecemasan. Ada satu pemandu. Dan satu nurse yang menemani saya. Nurse Adilah.
Saya sempat baca namanya. Dia lah juga yang membuat buku hamil saya dua bulan
lalu.
Saya rasa sedikit lega. Sebab tak payah naik
ambulan. Entah kenapa saya tidak mahu naik ambulan. Sebab saya rasa yang naik
ambulan sambil ambulan berbunyi itu kesnya seperti berat benar.
Saya sihat. Saya datang Cuma untuk membatalkan buku
kehamilan saya tetapi di tahan sebegini rupa. Adui.
Bagus juga cara kerja. Tanda klinik betul betul
buat kerja.
.....
Sampai sahaja di unit kecemasan. Saya di scan lagi.
Seorang doktor perempuan muda. Cepat-cepat saya tanya doktor muda itu.
“doktor, kalau ada sisa lagi di dalam rahim saya,
adakah perlu D&C?”
“sakit tak doktor?”
“saya kena tahan wad?”
Sebab saya bimbang. Kalau saya kena tahan wad. Bagaimana
nasib teruna kecil saya si uwais masih menyusu badan. Kasihan anak baik itu.
...
“jika ada, kita perlu D&C”
“ ye sakit. Tapi kita bius puan dari paras pinggang
ke bawah. Awak tak kan rasa apa-apa”
Selepas di scan. Dia pun tidak pasti samada perlu
melakukan D&C atau tidak. Langsung doktor itu merujuk satu lagi rakannya
yang juga doktor bertugas disitu.
Saat saya berbaring menunggu keputusan. Saya tidak
tahu lah berapa kali berdoa meminta Allah memakbulkan doa saya janganlah perlu
D&C. Ia menakutkan.
Saya berasa kalau boleh pergi kepada tuhan. Saya akan
terus pergi mengadap meminta ampun dan mempermudahkan rawatan dan sakit saya
ini.
....
Hasil scan itu di print keluar. Doktor muda itu
membawanya ke unit pakar sakit puan. Merujuk kepada yang pakar sementelah saya
lihat dia masih muda trang tang tang.
Doktor Fatin. Dia comel. Dan saya tahu dia belum
berkahwin. Tetapi sedaya upaya memahami saya seadanya. Dia baik.
....
Lima minit.
Sepuluh minit.
Doktor fatin masih belum kunjung tiba di katil
saya.
Hari sudah penasaran. Gedebuk gedebuk gedebuk. Takut.
Jantung laju dok fikir kena tahan ke tak kena tahan wad. Kena D&C ke tak
kena. Dalam kepala macam-macam fikir.
Allah ada. Allah ada. Allah ada.
.....
Kemudian doktor Fatin kecik molek itu datang. Dia senyum.
Dia kata ucapan yang paling saya nak dengar.
Saya dah rujuk pakar. Dia kata ini adalah complete
abortion. Puan tak perlu D&C. Puan boleh balik seperti biasa.
Dan dia beri beberapa nasihat. Dan surat rujukan
untuk saya ikuti dari masa ke semasa di klinik kesihatan terdekat.
Alhamdulillah.
....
Saya keluar dari bilik itu senyum. Mata meliar cari
encik suami. Jom balik abang.
Lega encik suami. Kalau tidak kasihan dia.
.....
Anak.
Sungguh pun Cuma dua bulan dalam rahim
ibu.
Telah mengalir rasa sayang ibu ayah pada
kamu.
Bukan boleh di tulis ganti perasaan
sayang itu bagaimana rupa.
Ia sayang yang tidak bertepi.
Sungguh pun ia Cuma segumpal daging. Tapi
ia mempunya perasaan dan ikatan kasih.
dan nama awak yang ayah ibu berkenan. masih ibu simpan didalam hati. serapatnya.
Sungguh pun ia Cuma segumpal daging. Tapi ia mempunya perasaan dan ikatan kasih.
dan nama awak yang ayah ibu berkenan. masih ibu simpan didalam hati. serapatnya.
Sungguh pun ia Cuma segumpal daging. Tapi ia mempunya perasaan dan ikatan kasih.
Yang ibu rasa terlalu hilang walaupun
sekejap Allah beri ibu rasa.
Saat ayah mengembalikan awak ke lahad.
Ayah memberitahu saya.
Saat mengkebumikan awak itu dia berasa sedih
sekali.
Tidak mengapalah.
Allah sayangkan awak.
17 november 2014
17 november 2014

0 comments :
Post a Comment