...sekolah kehidupan..

Tuesday, December 23, 2014

Kawan Setujuan

hey! iman menulis sesuatu hari ini..

Hari ini saya sempat berbual dengan kawan. Kawan Setujuan.

Saya dan Wid


Kawan yang saya kira satu tujuan. Dan budaya kerjanya bagus sekali. Dia cekap dan work smart. Dia tidak seperti saya.

Saya cerewet hal kerja. Hal cerewet ini menakutkan saya sendiri. Kerana saya tak boleh tengok kerja yang dihantar pada saya dalam keadaan cincai. Saya jadi nak marah dan mungkin orang itu kena buat semula atau dalam hati dia berasa terasa hati.


Sungguh pun begitu, saya tidak lah marah. Cuma berasa tiada guna suruh dan bahagi kerja kalau di hujungnya bila hantar pada saya, ia seolah tidak cantik dan kemas seperti saya mahukan.


Dan bila kami sepakat nak sambung belajar. Baru rancang nak sambung belajar sama-sama. Dia mengajak saya memilh bidang pernaziran. Dia begitu minat sekali. Kerana dia suka memudahkan cara kerja orang.

Saya kata saya tidak mahu. Saya katakan padanya begini. Saya berasa jika saya menjadi nazir kelak. Orang membenci saya. Cikgu-cikgu disekolah mungkin akan mengomel sakan kalau lah nazir itu saya.

Kerana saya ini terperinci sedikit orangnya. Dan saya mahu kan sesuatu itu kemas. Mengikut turutan.

Ada satu keseragaman. 


Jadi saya kata lagi. kalau awak. Mungkin boleh. Kerana awak tenang orangnya. Dan sangat bagus sekali.

....

Bila saya kata tidak mahu. Dia tanya saya. saya mahu bidang apa? Saya kata saya mahu bidang kajian tindakan. Saya minat bidang ini. Saya suka kaedah mengajar itu berbeza-beza. Yang saya suka try and error.

...

Saya suka bila sesuatu yang saya cuba jaya itu memberi hasil. Ia menyeronokkan.

Dan dia pun berubah hala. Dia kata. Okay. kita apply bidang ini.

....

Hari ini dia bagitahu saya. mungkin dia akan berpindah. Mungkin ke Melaka. Atau kemana saja. Ikut suaminya.

Sebab suaminya mengatakan semasa mereka berpindah ke johor bahru mungkin akan bermastautin selama lima tahun sahaja. Dan mereka akan bermigrasi semula entah kemana pula. 


Saya pula? Tidak ada tempat mahu bermigrasi migrasi. Saya kekal disini. Sementelah encik suami memang bekerja dan berasal orang johor bahru ini.

Bila kawan saya bercakap soal pindah. Saya berasa agak kehilangan. Entah lah?
Nak kata teman rapat. Ia tidak juga. tapi dalam soal kerja. kami suka sekali. Dia menjadi rujukan saya. dan kadang-kadang saya menjadi rujukan dia. Sementelah sama-sama ketua panitia menengah atas. Dia mengajar Bahasa Melayu. Dan saya Sejarah.

Saya suka cara dia mengajar. Dan dia orang yang merendah diri sekali.

...

Untuk tahun hadapan, Saya sudah merancang mahu melakukan sesuatu dengannya.

Saya katakan pada dia. Dalam soal kerja ini kita mahu menjadi apa? Atau selesa berada di setakat dan setakuk itu sahaja?


Ya. Kita boleh berasa selesa dengan mengajar dan mengajar. Kerana itu lah kerjaya hakiki kita. ia berada di zon selesa.

Terima gaji setiap bulan dan kenaikan gred mengikut time based. Uh.

Tanpa apa-apa pencapaian dan mahu usahakan apa. Peningkatan peratusan akademik yang lazimnya kita buat dan begitu lah seterusnya.

Tapi. saya tidak mahu.

....

Kawan saya kata. Ya. Itu membosankan. Sungguh membosankan.

....

Kami merancang mahu lakukan sesuatu. Dan semoga diberi kekuatan ketika itu. Tahun hadapan.

bersambung..


 

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?