...sekolah kehidupan..

Thursday, September 25, 2014

ia sekecil kuman.

hey! iman menulis sesuatu hari ini..
Salamunalaik. 
Nama saya naik. Untuk pembentangan prestasi data pencapaian matapelajaran saya  di dalam peperiksaan percubaan baru baru ini.
Surat dari pejabat pelajaran daerah itu saya terima pada ahad lepas.
Saya sudah menyediakan data yang dia mahu. Data peningkatan itu sudah saya buat dalam bentuk yang dimahukan.

Dan semestinya mahu tahu langkah intervensi apakah yang saya lakukan.  Kepada pelajar saya.
Atau kata lain program apakah yang dibuat.
....
MasyaaAllah.  Subhanallah. 
Saya terus terang tidak tahu mahu berucap apa. Atau memberi apakah ia? Tapi saya senaraikan juga apa intervensi atau kaedah saya.

Saya biasa biasa sahaja. Ia bukan projek mega besar. Atau program besar yang gah sungguh atau hari hari balik lambat jam enam bersungguh menyekolahkan anak didik. Atau ia program gagah yang selalu pada mata orang hebat, jemput orang itu , jemput orang ini bagi input.

Atau program mega pergi sana sini, kumpul pelajar sana sini, dan memaksa guru buat program kita tanpa dia rela atau dalam hati bergumpal rasa tidak ikhlas datang sekolah pada masa hari yang sepatutnya bersama keluarga. Tidak ada. Ia tidak begitu.

Ia sekecil kuman. Tetapi ada ikhlas didalam yang mana antara awak dan anak didik awak sahaja yang tahu. Selebihnya Allah ke semuanya. 

Apa jua hasil kejayaan itu adalah suatu IKATAN yang anda bina dengan susah sekali. Ikatan antara anak didik dan diri awak.
....
Saya suka sesuatu yang dilakukan dengan rela. Saya belajar banyak dari pengetua lama saya. Dia tidak terlalu menekan. Dia juga tidak terlalu membiarkan atau lewa. Dia sentiasa awas. Dan tetapi dia memberikan kebebasan pada kita dengan ruang rehat sabtu ahad bersama keluarga itu tidak disentuh.
Maka. Kita gembira. Dan kita menjadi rela melakukan kerja. Kita tidak dibebani dan kita berasa baik baik sahaja melaksanakan apa yg diamanahkan.
....
Saya berasa bagaimana ya mahu membina ayat. 
Yang saya tidak punya program besar yang memberikan impak sebegini baik untuk setakat hari ini.
Saya sedang menyusun ayat. Yang saya cuma mempunyai program kecil atau tidak layak dipanggil program pun. Tetapi memberi memberi impak besar.
Ia kecil tetapi bermakna sekali.
....
Nanti lah.  
Akan saya kongsikan apakah itu. 
Bagaimana membuat si anak didik hujung saya menjawab semuanya bahagian yang kita mahu.
Dan kesudahannya ia menyeronokkan. Kerana peratusan lulus bagi anak didik kelas hujung sangat memberangsangkan.

Sejarah matapelajaran wajib lulus.  Ia sukar untuk di aplikasikan. Kerana anak didik kelas hujung malasnya sungguh sungguh. Tidak dibuat buat.
Maka. Kita yang kena bijak mengatur apakah cara atau bagaimana kah cara mahu menjadikan mereka mahu mahu dengan kita . Walaupun kita garang bagaimana pun, dia tetap mencari kita. Ia bagai magnet. 

Bersambung. 

1 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

in sha ALLAH..... jika ihklas.. sebesar zarah pun ALLAH akan kira.....

sesuatu yang berkat ...besar nilai nye.....


iman dan ulam..begitu dasyat kah?