hey! iman menulis sesuatu hari ini..
Allah sayangkan saya.
Terima kasih.
....
Bekal
Pagi tadi, seperti biasa rutin saya jam 5 pagi sudah bangun menyiapkan makanan sikecil uwais saya. Bekal untuk dibawa ke rumah nenek (pengasuh anak saya yang baik hati itu bahasakan dirinya nenek)
Katanya di Singapura atuk perempuan di gelar nenek. Nenek bukan nenek tua. Bukan. Ia cuma gelaran. Kerana pengasuh itu suaminya orang singapura.
Kalau kita di malaysia ini. Nenek itu atas sikit pangkatnya dari datuk. Ye dak.
.....
Dari jam lima itu.
Mandi. Solat sunat apa apa jika sempat. Dan menunggu subuh.
Siap pi siap mai.
Jam 6.30 pagi saya kejutkan uwais bangun. Si kecil saya terpisat pisat buka mata dan senyum sedikit. Uwais baru setahun tujuh bulan.
Kalau dia tidur awal, seawal jam 8, paginya dia terjaga mudah. jika tidurnya lambat jam sepuluh, maka paginya jika saya dukung masuk kereta pun dia masih tidak sedar.
....
Terlupa.
Saya kunci rumah sambil mendukung si kecil uwais yang beratnya 15 kilogram itu. Penangan susu ibu sepenuhnya. Ia mantap sekali tumbesaran uwais. Saya kegagahan mendukung ke kereta. Mengah.
Hendak masukkan dia di car sit. Saya letak kunci di bumbung kereta. Dengan niat sekejap lagi ambil.
Malangnya saya tak ingat langsung. Terus masuk kereta. Panaskan enjin.
.....
Sempat.
Sempat lagi berborak dengan jiran sebelah rumah yang rajin. Setiap pagi membersih hall rumah seawal 6.30 pagi. Setiap hari okay. Ia satu istiqamah yang saya rasa saya tidak mampu buat jika saya seorang suri rumah sepenuh masa seperti jiran itu.
Sekadar bertegur sapa berbahasa bahasi. Dan melambai babai tanda dah nak pergi kerja. Tentang kunci saya terus tak ingat apa. Dalam kepala mahu terus memandu ke sekolah dan menghantar uwaismke rumah nenek.
......
Bunyi.
Menderu saya tekan minyak. Bila langgar bonggol saya terdengar bunyi. Bunyi yang saya fikir adakah kereta saya rosak?
Bunyi itu datang dari belakang kereta.
Langgar bonggor kedua. Masih ada bunyi. Semacam apakah.
Uh.
Bila saya mula sampai si pondok jaga sebelum lalu di sekatan pondok jaga di perjiranan rumah saya baru saya terfikir bunyi itu adalah kunci rumah! Segugus kunci rumah di atas bumbung kereta bergerak ke hadapan dan belakang semasa saya memandu. MasyaaAllah. Nasib baik tidak jatuh di mana mana.
.....
Berhenti mengejut.
Saya terus berhenti mengejut. Dan saya mendengar kunci itu jatuh. Keluar dari kereta melilau saya cari kunci di belakang. Di atas jalan. Dalam kepala macaman nak balik rumah kunci tak ada. Sedang saya dan encik suami jauh. Dia di segamat. Saya di johor bahru. Uh.
Saya berjalan pulak di hadapan kereta. Alhamdulillah. Kunci itu jatuh di tepi tayar hadapan.
MasyaaAllah.
Nasib baik itu adalah takdir allah pada saya. Memberi ingatan spontan mengingati kunci yang tertinggal di bumbung kereta..
Kalau tidak bagaimana lah nasib?
Terima kasih allah.
Sayangkan saya dan anak.
Kisah pagi tadi. Ia ringkas pada sesetengah orang. Tidak pada saya.
Ia memberi tahu saya bahawa saya dalam pandangan belas ihsan Tuhan.
Alhamdulillah. Terima kasih kerana memberi keselamatan pada saya.

0 comments :
Post a Comment