...sekolah kehidupan..

Wednesday, September 3, 2014

awak bahagia apa hari ini?

Hey! iman menulis sesuatu hari ini..

Apa itu bahagia dalam hidup awak? 
Kadang kadang. Tuhan menyelit rasa bahagia itu dalam semua perkara.  Ia kecil. Tetapi memberi sedikit erti bahagia dalam hidup.
.....
Begini lah.
balik sekolah terlihat benda ini tersusun atas kerusi meja makan. si kecil uwais bermain aluminium foil saya dan begini rupanya disusun. ia comel. rasa cute itu masuk dalam hati. bahagia kan. walaupun kecah habis satu rumah.

Rasa bahagia lihat anak senyum. Atau kaletah dia membuat bunyi itu ini. Geram.
Sampai di tempat kerja pun masih terbayang keletah senyum anak. Dan berasa rindu pulak mahu cepat balik memeluk anak.

Rasa ini tidak boleh lawan rasa gembira sebab dapat baju baru atau handbag baru. Ia tidak sama. Dan tidak boleh timbang timbang dengan material apa. Dan tak boleh ditukar dengan gelang tangan emas atau apa. Erti bahagia itu bukan boleh di tukar tukar. Ye dak? 
.....
Kemudian.
Bahagia menyelinap dalam hati. 
Bila awak berjaya membentuk semua anak didik awak mengikut kata awak. Bahagia.
Seolahnya awak adalah satu tukang latih yang melatih sang liar liar singa mendengari cakap awak. Begitu lah puas.
ini pelajar lemah saya. kena kepung kepung baru boleh dapat mereka. kalau tidak kepung memang kelas tambahan menjadi kosong.. seronok sebab bukan senang budak budak  ini mahu belajar dan tunggu masa balik saja dia nak lari kelas. rasa bahagia bila ajakan dan kata kata kita dia dengar.  puas.


Itu lah cabaran. Dan sesiapa pun yang bergelar guru. 
Seronok. Ada manis di hujung. 
Membuat orang yang berlainan latar dan kisah. Degil dan culas. Pemarah dan kurang beradab menjadi baik baik dengan anda.
Rasa bahagia juga.
Menjadi mereka baik baik dan mendengar kata.
......
Atau bahagia itu bagaimana? 
Ia bukan berkenaan wang ringgit. Bahagia itu tidak boleh dibeli walaupun satu sen perak atau wang apa. 
Atau mungkin ada di antara kita yang bahagia itu diukur ukur dengan wang. Moga kita tidak tergolong dalam material itu.
.....

Bergurau senda sama adik beradik secara maya juga bahagia. Sebab kita semua berjauhan belaka. 
Seronok dan mereka saja boleh tahu erti seronok sebab kita membesar bersama.
Atau lihat gambar lama yang huduh ya rabbi zaman kecik hingus selopiang atau gaya rambut boleh tahan huduh pun boleh ketawa berdekah.
boleh berair mata gelak teringat kisah atau kisah lama yang berkurun tentang orang kampung.
Ia tidak boleh di tukar rasa gembira dengan rasa gembira dapat markah bagus dalam Penilaian perkhidmatan. 
Tidak! 
.....
Seronok dan alhamdulillah. Tuhan mengirim bahagia pada kita . Halus sekali rasa itu.

Hari ini awak bahagia apa? 
Saya bahagia buat latihan ulangkaji spm tadi dengan anak didik. Seronok mengusik mereka sambil buat latihan. Jarang dapat ketawa besar dalam kelas. Sekali sekala. 

2 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

bahagia hari nih?.. emmm ari nih sihat...dan dapat buat mcm2.....tu kira bahagia juga la kot... huhuhu

pensil iman said...

ya pokcik..bahagia juga tu kerja siap..kalo x siap..susah hati ye dak..? huhu


iman dan ulam..begitu dasyat kah?