...sekolah kehidupan..

Sunday, February 19, 2012

ye dak?

hey! iman menulis sesuatu hari ini..

salamun alaik.

mari bercakap pasal manusia dan sikap.

ada orang yang rasa kena ikut cakap dia semuanya.
ada orang yang nampak sangat mahu menonjol diri dalam bekerja.
semua orang lain jangan cuba buat dan menonjol banyak.
kelak akan di pangkah dan dicopnya anda. tahu?

ada manusia macam ini juga.

......
ada orang yang di depan kita baik sangat
dan dibelakang kita jahat sangat. di tikam-tikam kita dari belakang.
ada orang yang rasa dia sangat hebat tidak terlawan
dan kalau anda boleh buat pun anda kena sentiasa mengaku kalah dan jangan menunjuk diri.
kelak akan di pangkah dan dicopnya anda. tahu?

ada manusia macam ini juga.

......
ada orang seolah dia segala pak ketua.
anda pak turut dan kena dengar kata.
silap sikit maka anda akan di kutuk sakan-sakan pula.
uh.
semua kerja kena mngampu saja.
ish.

ada manusia macam ini juga.

......
ada orang yang suka di puji puja.
kena cakap dia cantik kena cakap dia lawa
nak apa pun kena nampak dia lebih dan orang lain tak boleh.
ada juga orang bila pakai baju baru pun kena tegur dia pakai baju baru.
kalau tak tegur akan terus mengendeng-ngendeng di tempat kita
sebab nak bagitahu dia pakai baju baru dan pakai kasut baru.
ish.
rimas.

ada manusia macam ini juga.

.....
ada orang yang memang penting diri.
kerja awak bagus atau macamana semua tidak bagus.
dia saja bagus.

hurm.

entahlah.

ada orang rasa kita sekat rezeki dia
sedangkan Tuhan bagi rezeki pada semua.
ikutlah setakat mana dan setakat mana


dalam hidup ini. rasa rimas kalau ada orang macam ini dalam hidup. ye dak?
kita kena hidup dengan berprasangka baik dan bersama-sama kerja.
bukan membina kelompok ketua dan berasa sungguh bangga.

pandang orang pun sebelah mata.
dan berasa diri hebat tak sangga.
dan Tuhan tidak pernah suruh kita bersombong diri
disuruhnya kita merendah diri
dengan semua yang kita ada
sebab semua ini adalah datang dari NYA. ye dak?

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?