Saya mhu menulis sesuatu yang panjang tak menahan. Sebuah cerita semalam. Yang buat hati punah. HUHUHUHU. ....... Mem dan dilanggar. Hari ini pergi sekolah menjadi Mem. Menjadi puan besar. Di hantar dan di jemput oleh encik suami. Tidak dapat saya memandu sendiri. Kereta saya punah ranah. HAHAH. Bunyi macam parah. Tidak lah separah dan sepunah itu. sebab hati saya punah ranah lebih lagi dari kereta. Kereta saya di LANGGAR. Bammm! Pintu depan sebelah penumpang. Remuk dan terkepak ke dalam. ...... Langgar. Ada pelajar sekolah saya. Budak besar di sekolah SPM tahun ini. belum ada lessen. Bawa kereta macam hantu di sekolah. LANGGAR PERATURAN SEKOLAH LANGGAR KERETA SAYA. LANGGAR PERATURAN JALANRAYA. ...... Sudahlah tak ada lesen. Awak boleh bawak kereta macam pelesit dalam kawasan sekolah. Memang jahanam. ...... Kelas. Seperti biasa. Saya ada kelas sehingga lewat petang. Kelas tambahan saya. kemudian. Kelas tuisyen saya juga. usai kelas. Saya turun ke bilik cikgu cikgi macam biasa. Tiba-tiba masa saya turun dan sampai. Bilik cikgu cikgi sudah kecoh. Mencari siapakah pemilik kenderaaan ini dan itu. Saya buat bodoh. Saya cikgu pagi. Bukan cikgu petang. Ingatkan perbualan itu bukan khas untuk saya. Then. Bila di panggilnya saya secara bertalu. Baru saya tahu. Oh, insiden itu adalah khas untuk saya. ....... Budak yang melanggar itu dalam bilik kaunseling. Sedang menunggu saya dan menunggu guru terlibat. Saya turun melihat kereta. HOHOHOHOHOHO. Punah. Punah. Pintu kereta bahagian hadapan penumpang sudah terkemek. Nak buka tak boleh dah. Risau besi dalam pintu jadi bengkok pulak. Budak itu minta maaf. saya bagi lima enam das leteran. .... Dialog. Awak ada lesen? :tak ada cikgu Apa kena awak bawak kereta masuk sekolah? :saya nak belajar kereta. Nak belajar parking. Apa punya bengapnya awak ni belajar kereta dalam akwasan sekolah? hah? siapa ajar awak nak belajar kereta mesti bawak dalam sekolah. Then? Saya na buat apa ni? Apa nombor talipon parent awak? :cikgu tolong lah cikgu. Jangan bagitahu mak saya. Okay. saya bagitahu ayah awak. Bagi nombor talipon sekarang :cikgu tolong lah cikgu. Saya minta maaf. saya tak sengaja. Kalau tak settle dengan parent awak. Siapa nak bertanggungjawab semua ni hah? :dia diam. [cikgu lain tanya dia. siapa nak bayar semua ni kalau awak tak bagitahu parent?] dia diam juga. muka kecut! Saya nak kena bagitahu jugak mak awak hal ni :cikgu tolong jangan bagitahu mak saya. saya sudah banyak masalah dengan dia. Nanti dia halau saya. Habis? Hei. Awak ni sudah besar. Buat salah sendiri mestilah kena tanggung. Apahal pulak penakut nak hadap masalah. Yang awak pergi bawak kereta suka-suka dalam sekolah, mak bapak tak tahu ke tahu ni? Masa itu pitching dalam kawalan terkawal. Ramai cikgu turun menyaksikan kejadian. ..... Cabut. Cikgu bertindak menguruskan kejadian memberitahu saya. yang pelajar tingkatan satu adalah saksi dan terus berlari memberitahu beliau. Kalau dia lambat sedikit turun. Mungkin pelajar ini sudah cabut! Sebab memang ada gaya mahu cabut. Memang jahanam. ..... Dan. Untungnya. Mak pelajar berkenaan kerjanya adalah pembantu makmal sekolah. maka senang cerita saya berjumpa dia punya mak lah. ye dak? Bila saya bagitahu yang anaknya telah langgar kereta saya. maka bersitighfar panjang lah dianya. Yang dia tidak lah tahu anak dia boleh memandu kereta dalam kawasan sekolah. kata si emaknya. Pelajar itu datang jumpa dia dan minta kunci kereta. Katanya mahu mengambil barang dalam kereta. Macam itu kah? entahlah. Kemudian. Anak sudah boleh memadu pi mai pi mai bawak kereta. Penyelia petang sudah hot sebab ada pelajar bawak kereta laju-laju dalam sekolah. Oh. Gamaknya budak itu lah. ...... Bayar. Mak dia meminta maaf lah. dan membayar segala kos lah. semuanya sekali lah. ha. Macam itu lah. ye dak? nak settle tepi katanya. Baiklah. Kalau tidak. Mahunya haku pergi buat laporan polis. Ye dak? Satu. Anak awak kena samana. Tak ada lesen. Dua. Awak kena bayar kompaun. Tiga. Saya claim insurans awak. Empat. Anak awak kena tindakan disiplin. Lima. Kan banyak kes. Baiklah. Terima kasih sebab memberi kerjasama. ...... Tak tahan daulat. Dan. Sebab sang pengetua baru saja bercakap dalam perhimpunan rasmi. Pelajar tidak boleh bawak kereta masuk kawasan sekolah. baru cakap masa pagi. Waktu petang sudah bamm kereta orang. ha kau? Memang tak tahan daulat! Ish. Tamat. Kesah sedih saya semalam. Empat hari ini berjemput dan berhantar lah saya ke tempat keroje. Ye dak? Hurm. Minta mahap pada encik suami. Menyusahkan beliau pagi-pagi berhantar dan berjemput saya.
Tuesday, February 14, 2012
Empat hari ini.
Selamat petang. Selamat berselasa.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

2 comments :
tu la pasai.... kalau nasihat orang tua ...tak mahu dgr.....
org larang sebab bimbang berlaku kejadian seperti ini.. bukan benci....
itu lah pokcik..itu baru langgar kereta sy..kalu langgar pelajar lain dlm kwsn sekolah..x ke naiya..
da x ada lesen..hurm..
mmg x menahan..geram..
Post a Comment