...sekolah kehidupan..

Sunday, February 19, 2012

Encik ayah oh encik ayah


Selamat pagi yang hening-hening. Sejuk malam ini. Encik suami belum balik pergi main badminton aktiviti keluarga setiap sabtu. Bersama adik beradik laki-laki dan sepupu sepapat. Itu aktiviti depa setiap sabtu. Menyewa court badminton dan main badminton bersama saya dan kawan-kawan pejabat encik suami pula pada malam ahad.

Jadi. Aktiviti malam sabtu dan ahad adalah penuh dengan sukan dan berpeluh sakan.

Itu aktiviti yang dia suka. Maka. Lorongkan lah. Jangan di sekat-sekat. Tak akan selamanya dia mahu bertempek di rumah saja. Ye dak?

Baiklah.

Ini bukan cerita badminton dan kegemaran bersukan siapa.

Titik.

....

Encik ayah oh encik ayah.

Semalam. Dalam jam dua belas lebih. Saya tidak boleh tidur. Teringat mesej encik ayah pada saya tengahari. Sedang saya bermeeting. Tiba-tiba masuk satu mesej. Dari encik ayah.

Saja-saja. Mesej yang tidak ada ribut dan tidak ada pangkal. Mesej mahu ajak bergurau dan berketawa.

Bunyi macam ini: [loghat utara]

"hai. Jangan jeghekah deghas sangat. Guru besar terkejut"

....

Seolah saya masih di dalam kelas sedang mengajar. Jadi encik ayah membuat pesanan ini:

"jangan mengajar jerkah kuat sangat, pengetua saya terkejut"

.....

Saya balas sambil tersenyum dan ber ha ha ha dalam mesej dan mengatakan saya sedang bermesyuarat.

Mesej encik ayah tamat. Tidak berbalas lagi.

.....

Masa mahu tidur. Waktu sudah lewat. Sekitar jam 1pagi. Saya teringat lagi mesej encik ayah pada saya. Mungkin dia rindu atau apakah. Tidak ada hujung pangkal tengahari buta memesej saya mesej lucu dan mengusik.

Saya membalas lagi mesej encik ayah. Sebab saya rasa hati tua encik ayah mungkin teringatkan anak.

" salam ayah dan emak. Minta maaf lama saya tidak talipon. Bukan tak ingat. Sentiasa teringat.

Sampai dalam kelas pun kadang-kadang boleh cerita tentang ayah.

Tentang cara didikan ayah pada kami, anak-anak ayah sampai semuanya berjaya.

Dengan harapan dapat memberi motivasi pada anak murid supaya belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran walau macamana hidup kita. Terima kasih ayah dan mak kerana menajdikan saya MANUSIA"

.....

Hati saya berasa mungkin encik ayah sudah tidur. Tapi. Mesej saya tiba-tiba terbalas. Encik ayah membalas. Bunyinya seperti sesuatu yang susah saya faham.

" kalau berenang di ayer yang cetek. Tidak mungkin di tenggelami lagi.

Datang ombak memukul, terdampar di pantai.

Angin bertiup sejuk sekali. Hingga tidak sedarkan diri.

Bila ku terjaga memikirkan apa yang terjadi. Itulah kebesaran ilahi"

....

Saya baca. Saya diam. Apakah maknanya yang encik ayah cuba jelaskan?

Saya tanya dia. Balas dengan cepat:

"apa maksud tersirat"

Encik ayah balas:

"itu ilham"

Saya diam.

Saya bagi mesej ini kemudiannya:

"selamat malam. Dan selamat tidur. Esok saya ada sambutan maulidur rasul di sekolah. Wassalam"

.....

Bila saya mahu tidur. Saya berfikir lagi. Apakah maknanya? Atau itu lirik nasyid yang encik ayah selalu dengar yang di hantar kepada saya? HAHAH.

Encik ayah oh encik ayah.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?