Selamat malam. Pengumuman. Esok saya sekolah. Sekolah ganti. Hari itu cuti raya cina banyak sangat. Maka. kena ganti balik. Padan muka. Mari menulis. Sebuah karangan panjang. Yang kalau anda jemu jangan baca. Boleh pergi lena malam-malam ni. Ye dak? .... Muntah. Tadi saya marah pelajar saya sampai rasa nak termuntah. Marah dalam hati. Tahan lama-lama. Bila kita sedang menggunakana kuasa menahan marah. Rupanya kuasa menahan marah itu memberi kesan nak muntah. HAHAH. Sebab tak sarapan apa pun pagi-pagi. Terus masuk kelas yang hujung sekali tu. Budak besar saya. pelajar SPM tahun ini. Dah nama pun kelas belakang sekali. Maka. mentality pun letak lah dibelakang jugak. Jangan lah menjangkakan yang terbaik sangat dari anak murid yang serupa ini. ye dak? Sebab muka dia dang saje. Macam tak salah. Memang saya naik hot. Lepas ini, muka dia yang dang itu tahu lah saya mahu ajar macamanakah. Haku heret meja dan kerusi. Belajarlah kau di luar tolol. .... Berubah. Tapi. Ada lima enam orang anak murid saya yang boleh dikatakan geng otai-otai Tahun lepas masa tingkatan empat. Nak berubah jadi baik benar tahun ini. syabas betey! Saya suka itu. Dan. Ia adalah bagus. bukan senang pelajar bermasalah mahu berhijrah menjadi baik. Tahu? Ia satu pengorbanan dan kemahuan yang rela dan didorong oleh hati yang ikhlas. Semoga tuhan sentiasa mensucikan hati anak-anak didik saya. amin. Tapi. kenapa tahun ini muncul budak lain pulak buat taik? yang tidak otai. Yang dia cuma sekeping itu sekali saya lesing saja boleh tumbang. .... Pasal bodoh lepas itu sombong. Budak itu. Saya rasa tak boleh mahu ucap apa. Dia tidak melawan satu patah. Tapi dia buat muka memberontak. Dan diam saja macam tak ada rasa bersalah. Tak bawak buku latihan macam tak apa-apa. Tak bawak buku teks macam tak apa-apa. Bila saya cakap pasal soalan target SPM, dia buat dang macam tak ada apa-apa. Kot lah mahu catat atau apa. Kot la nak bangun kongsi buku dengan kawan yang ada buku. Pun dia tak buat jugak. Last-last saya kata pada semua kuat-kuat: Ada orang itu. dia BODOH dan SOMBONG pula. Saya tahu dia terasa. Padan muka. Dia bangun. Mari berkongsi sama kawan. [oh. Ada juga reseptor rasa dalam hati dia]. Tak apalah ..... Tunggu minggu depan. Payah hati mana-mana cikgu nak terasa hati dengan pelajar sendiri. Seboleh-bolehnya sentiasa dimaafkan sahaja macam debu terbang. Tapi. bila terasa hati sangat sampai rasa menyampah. Ini maknanya kes punah ranah remuk rendam dalah hati. Tidak apa. Tunggu minggu depan. Kot-kot hati mau rasa baik sikit tengok dia. ..... Tamat. Tahan marah sampai mahu muntah!
Friday, February 10, 2012
Tahan!
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

2 comments :
huhuhu SPM.... belajar 2 tahun... jawab soklan 2 jam aje.... lepas tu tak lulus ... 2 jam tu je yang menentu kan amsa depan kita.. emmm teruk nye huhuhuh
biasalah..ini lah namanya negara Malaysia dan dasar pendidikannya...ye dak?
follow jek lah..kalau berubah lagi..kita ni tukang pelaksana je...
Post a Comment