...sekolah kehidupan..

Sunday, May 18, 2014

itu omar dan auni

hey! iman menulis sesuatu hari ini..
Salamunalaik. 

Tadi sambutan hari guru di sekolah saya. Tidak lagi sambutan itu disambut pada jumaat bersamaan 16 mei. Johor sudah bercuti umum pada jumaat dan sabtu mulai tahun ini.
.....

Anak murid saya sempat bergambar. Ada satu yang menarik perhatian saya. Gambar ini.
Ini anak murid saya kelas paling hujung sekali. Hujung sekali bermakna paling corot sekali kedudukan di dalam sekolah. Tapi tidak apa. Itu bukan ukuran untuk sesuatu masa hadapan. 

Saya mahu bercerita tentang sahsiah dan akhlak.
Sebelah kiri saya nama muhammad auni bin..saya tidak ingat ayahandanya nama siapa. Sebelah kanan saya ialah omar abdullah bin mahyuddin. (Ini bukan umar yang saya ceritakan di kisah kita memegang teraju ii. Sila klik.  Itu umar lain)

....

Omar dan auni tidak bersekolah di sekolah saya semasa tingkatan empat. Berdua mereka sekolah tahfiz. Kemudian keluar dan masuk aliran menengah biasa di sekolah saya. Omar sahaja yang bersekolah di sekolah saya dari tingkatan satu hingga tiga kemudian tingkatan empat ke sekolah tahfiz.
Naik tingkatan lima, balik ke sekolah saya semula.
.....

Omar dan auni kawan baik.  Akhlak dan sahsiah anak ini sangat baik. Dan anak ini lah cemerlang dalam pelajaran saya. Markah sejarah kertas dua sahaja bagi peperiksaan pertengahan tahun bagi auni 90 peratus dan omar 85 peratus.

Bagi kertas tiga masing masing seratus peratus. Cuma kertas satu saya belum habis tanda. 
.....
Sebab semasa tingkatan empat bersekolah di sekolah tahfiz, kata omar sekolah dia tak ada akademik. Saya tak tahu masih wujudkah sekolah tahfiz yang tidak seimbang akademik dan pengajian agama?
Jadi. Kelas paling layak untuk diduduki semasa tingkatan lima diatur ke kelas hujung kerana tiada kayu ukur yang boleh di lihat mahu masuk aliran mana.
....
Cara omar dan auni jawab soalan peperiksaan seperti budak kelas hadapan. Bijak dan teratur. Saya rasa pelajar ini kena bimbing dan sentiasa perlu bagi motivasi.
Sesetengah pelajar bila dia duduk kelas hujung, dia berasa dia bodoh sekali. Dan kadar rendah dirinya itu sangat tinggi.
Ada pulak cikgu dan diantara kita yang mempunyai mentaliti kelas hujung tak payah bersungguh ajar sebab memang tak pandai dan tidak boleh diajar.
kerana kita juga tidak mengetahui nasib anak kita kelak ia bijak akademik atau berada di kelas corot atau apa.

Kalau lah ada cikgu begini, kasihan lah pada anak didik kita seperti omar dan auni. Mereka berpotensi.
Kemudian. Kalau kita tak gilap dan sehabis ajar. Maka pelajar seperti ini tenggelam bersama rakan lain yang agak lemah.

(Sepertinya mereka tidak mungkin kenal keupayaan diri)
.....
Saya cerita ini bukan bererti omar dan auni saja yang saya beei perhatian tidak. Cuma pendekatan saya pada auni dan omar tak sama dengan pelajar lain dalam kelas hujung itu.

Pelajar lain memang lemah dan ada tahap tahap nya.  
Cabaran saya ialah mahu mereka lulus dengan baik sementelah subjek sejarah saya sudah menjadi subjek wajib lulus. Kasihan pada anak melayu jika tak ada sijil pelajaran. Nak jadi apa?
.....
Setiap jumaat saya ada kelas tuisyen. 
Jam lapan pagi. Saya bersama pelajar tingkatan lima.
Jam 9.30 pagi saya bersama tingkatan empat.

Saya menjemput omar dan auni ke tuisyen saya secara percuma tidak kira bila masa sesuai samada jam tingkatan empat atau lima.
Lagi pun mereka kawan baik.
Kalau auni tak hadir, omar pun turut sama. Kalau omar tak hadir, auni pun tak datang.

Mereka segan sebab kelas itu ada budak sains tulen dan kelas perakaunan. 
Nampa tak? 
Mereka rendah diri.
......
Bersambung. 

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?