...sekolah kehidupan..

Monday, May 19, 2014

saya perlu pendekkan.

hey! iman menulis sesuatu hari ini..
Salamun alaik.

Saya berasa menulis adalah satu terapi.

Untuk hilangkan kesedihan apa yang bersarang dalam hati.

Atau berasa runsing apa atau berasa susah mahu menyuarakan.

Atau berasa dengan meluahkan pun ia tidak sedikit mengubah kemana mana.

Maka. Mari menulis. Saya lah itu.

…..

Ini kak mun. hajjah maimon. Dia comel.

Seorang cikgu tua. Yang begitu banyak pengalaman hidup dan kerjaya. Kak mun mungkin akan bersara pada tahun hadapan saya rasa. Entah. Saya tidak ingat bila akan. Tapi tidak lama lagi.

Dia seorang cikgu senior comel pada saya. Dia sudah tua. Gemar berpuasa. Dan solat dhuha sewaktu bersekolah sesi pagi dahulunya.

Gemar sekali berbaju kurung cotton berbunga kecil dan rendah diri.

Dulu kak mun seorang guru kanan matematik. Saya sebenarnya tidak pernah bekerja di bawah kak mun atau apa. Cuma setahun dua ini saya lebih ada masa banyak berlapang dengan kak mun. ada ruang bersembang sebab kak mun datang sekolah awal walaupun dia sesi petang. dalam jam dua belas itu kak mun sudah ada.

rumah kak mun dekat saja dengan sekolah. kak mun berjalan kaki.
…..

Dua tahun lepas. Kak mun naik pangkat. Ke penolong kanan HEM di sekolah damansara Aliff. Sebuah sekolah  baru. Rasanya setahun juga kak mun disana atau kurang. Kak mun balik semula ke sekolah saya sebagai guru biasa. Mungkin kak mun tidak kuasa menjadi penolong kanan Hal Ehwal Murid diusia tuanya. Stress mungkin?

Ya lah. Sekolah itu sekolah baru.

Tidak tahu lah apa masalah kak mun. kita hormati sahaja apa keputusannya.

Dan saya berasa itu mungkin yang terbaik dan membahagiakan pada kak mun sebab itu dia pilih mahu melepaskan jawatan itu.

Dan menjalani usia usia hujung perkhidmatan dalam keadaan baik dan lancar. Smooth.

…..

Kak mun ditugaskan di sebelah petang setelah dia balik semula ke sekolah saya. Kak mun seorang sahaja yang bergaji tinggi di sekolah saya. Satu satunya DG 52.

Bukan ini yang saya mahu bagitahu. Saya mahu bagitahu yang lain. Yang lebih bermakna dan merawat kelukaan hati saya disaat berasa kenapa cabarannya begini dan begitu saya terima hari ini.

….

Semasa kak mun mahu berpisah. Kami adakan sedikit jamuan meraikan. Kak mun memberi tahu semua dalam ucapannya begini. Saya salin. Dan saya tulis didalam buku rekod mengajar saya tahun itu pada hari meraikan perpisahan kak mun. saya tulis sebab saya nak ingat. Ia bermakna sekali.

Dalam hidup kita.

Pada umumnya ada Lima jambatan dalam kehidupan kita masing-masing :

 Jambatan terpendek: PUTUS ASA.  Jambatan terpanjang: PENGHARAPAN Jambatan terkuat: IMAN Jambatan termahal: PENGORBANAN Jambatan terindah : KASIH

 KAWAN. JAMBATAN MANA SERING KITA LALUI?

Hari ini andai saya sedang bersedih dan memikirkan kesusahan yang Tuhan beri.

Saya perlu pendekkan jambatan itu. Saya tidak mahu.
..

Bersambung.

Nanti saya tulis kemudian.



2 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...
This comment has been removed by the author.
d0tbl0gsp0td0tk0m said...

salam...

sekarang nih pakcik berada dalam jambatan termahal la kot..... alahaiii.....

apa2 pun selamat menjalani ibadah puasa untuk cikgu..

baru habis final xam darjah 7.... alhamdulillah....


iman dan ulam..begitu dasyat kah?