...sekolah kehidupan..

Tuesday, January 12, 2016

Sarah anak murid ku (i)

hey! iman menulis sesuatu hari ini..

sarah anak murid ku. (sambungan i)
sebelum balik. saya tanya sarah secara seloroh mahu menguji.
" sarah. kalau ada cermin mata. sarah pakai tak?"
sarah senyum.
dia kata.
" kalau ada. saya pakai lah cikgu"
saya ketawa. saya kata:
"okay. sesetengah budak kan sarah. dia malu nak pakai spek. katanya tak lawa. pakai tudung jadi tak lawa"
....
di rumah.
melilau saya mencari suami kerana hari itu kami di rumah mertua. dari dalam bilik saya mencari sehingga ke luar.
saya jumpa dia di garaj.
....
saya kata.
"mahu awak menolong saya? saya mahu beli cermin mata"
suami merenung saya. mungkin tidak faham hujung pangkal apakah isterinya balik sekolah terburu dengan baju tidak bersalin. menonong keluar mahu kan cermin mata baharu?
....
saya kata:
" awak sibuk kah?" ( ya dia terlalu sibuk!)
" mahu tak bawa saya ke rumah anak murid saya petang ini?"
"mahu tak bawa saya ke Angsana?"
"saya mahu buatkan cermin mata untuknya. anak murid saya itu mahu saya bantu."
....
Saya tunggu respon sebab saya tahu jadual dia semenjak dua menjak ini tidak menahan sibuknya kerana baru membina kedai baharu yang selama ini dia tunggu. Tuntutan kerja itu di selit selit pula dengan memenuhi keperluan ibu yang seharusnya perhatian itu adalah tanggungjawab dia sebagai anak.
.......
kalau saya ini cekap memandu dengan keadaan parking di Angsana musim mahu buka sekolah ini yang tak menahan sesak itu. mahu saja saya langkau pergi sendiri. tapi penakut yang ada pada saya ini tidak lah boleh dilindung lindung. uh. harus minta tolong.
.....
saya kata dalam hati.
(suami ku. bukan kah selama ini awak mengajar saya menolong orang jangan di ukur ukur. dan bersedekah pada orang jangan di dikit dikit. jom lah..........)
......
suami angguk. dia kata.
"lepas kita hantar mak ke klinik. kita ambil anak murid awak. dan ke angsana"
lega.
lega banyak.
sebab ahad sudah sekolah.
dalam hati saya. ahad itu sarah boleh bercermin mata.
(bersambung)

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?