...sekolah kehidupan..

Tuesday, January 12, 2016

Sarah anak murid ku (akhir)

hey! iman menulis sesuatu hari ini..

sarah anak murid ku (sambungan ke akhir kalinya)
....
Sarah senyum. Dia kata dia ingat. Dan janji.
(saya. semestinya saya pegang janji Sarah)
......
saya suka nama Sarah. Saya suka nama Aisyah. Nama Khadijah. Nama Maryam. Saya suka kepada nama nama sedap dan senang ini. Saya gemar dan seronok dengan nama lama lama ini yang besar erti dalam zaman orang melayu kian hilang identiti dalam meletak nama anak.
......
Malam.
Jam 11. Sedang saya melayan si kecil Uwais. sibuk nya budak kecil ini minta saya baca buku cerita. Ada lima buah cerita baharu yang baru dibeli. Jenuh melayan. Habis satu. satu. habis satu satu....
Talipon saya berbunyi. Npmbor yang tidak saya ketahui. Niat di hati malasnya Ya Allah mahu layan siapakah yang jam 11 menalipon orang saat ini. Ini waktu rehat dan saat tidur.
......
Saya angkat juga. Di hujung suara memberi salam dan memperkenalkan diri.
"Assalamualaikum cikgu. Ini Mama Sarah"
.....
gulp! Dari berbaring melayan si uwais. Saya betulkan kedudukan. Bangun duduk.
saya kata: "ya puan. Saya cikgu sarah"
......
"cikgu, Sarah bagitahu saya. cikgu nak belikan cermin mata untuk nya"
"saya tak ada duit nak bayar cikgu"
"sarah kata cikgu nak tolong beli. dan Tidak minta di bayar"
"Saya tak ada duit nak ganti ni cikgu"
.....
"Puan. Dengar dulu apa yang saya mahu cakapkan ini. Saya sedekah untuk Sarah"
" Saya tidak minta untuk bayar. Saya ikhlas menolong Sarah. Sarah yang saya kenal bukan pelajar main-main. Sungguhpun Sarah bukan dari kelas hadapan atau pandai. Saya melihat sarah anak yang berakhlak dan tidak main-main di dalam kelas"
"Saya tolong sebab saya bersalah pada Sarah. Setahun yang lalu saya tidak tahu apakah masalah Sarah. Saya atur tempat duduknya di belakang.Sebab sarah tinggi dan bertubuh agak besar (bukan gemuk-ragam). Mungkin akan menghalang penglihatan kawan pula.
"Bila saya ingat setiap kali saya mengajar. Sarah akan mengecilkan matanya sedaya upaya melihat saya dihadapan dan melihat apa saya tulis di hadapan papan putih. Saya rasa saya sangat berdosa"
"saya tidak melihat dan menyoal apakah keperluan anak murid saya"
"saya minta maaf puan"
........
(saya memikirkan masa di tingkatan 4, semestinya pelajar belum bersedia berkongsi dengan kita. kita baru saja dikenalinya. dan mengikut kata kita. sementelah kita tegas dan tidak berlembut pada perkara sia-sia. Pada matanya kita mungkin seorang yang garang lagi tiada kompromi)
(Jika dari awal saya mengetahui masalahnya seperti seorang pelajar lelaki yang diberitahu ibu bapanya bahawa anaknya ada masalah penglihatan. Sudah terang terang saya letakkannya di hadapan meja saya letak duduknya)
.....
"puan"
"Saya percaya Sarah akan berjaya dunia dan akhirat. Berkat didikan akhlak daripada puan. Sarah sungguh pun peribadinya kasar tapi adab dan akhlaknya pada orang tua mahupun guru sangat beradab. Dia sungguh sopan"
"Pelajaran Sarah saya pantau kerana saya guru kelasnya untuk dua tahun ini. Sarah adalah pelajar yang boleh digilap. Puan, Sarah, InsyaaAllah saya akan didik sehingga berjaya"
.....
Suara emak sarah macam terhenti. Saya dengar dia menahan untuk menangis. Suara mula sebak.
"InsyaaAllah cikgu.."terima kasih cikgu"
dia asyik ulang dua perkataan ini sahaja. Saya tidak pernah sekali pun berjumpa ibu Sarah. walaupun pada hari permuafakatan. Tiada siapa datang menjenguk.
...
Saya faham kekangan Sarah. Ibu bekerja dan dua atuk nenek dirumah. Siapakan berdaya. Ayah sudah tiada!
.....
Saya sambung:
"puan. saya tidak minta dibayar. cuma saya minta Sarah tunaikan janjinya pada saya"
"Ya. Sarah ada bagitahu. Cikgu suruh janji belajar biar bersungguh. Usaha dengan rajin"
....
"puan. Saya tuntut janji Sarah itu"
"InsyaaAllah cikgu. Terima Kasih cikgu"
..............
Hari Isnin saya masuk kelas Sarah. SAya lihat Sarah sudah bercermin mata. Dia fokus. mungkin suntikan semangat baru. Ah Sarah! tiada masa dia tidak fokus masa belajar. Sentiasa.
Semasa mengajar. Saya melihat dalam mata Sarah. Sebagai cikgu. yang ada nurani. Tanyalah semua guru yang ada nurani. Apabila dia melihat kedalam anak mata anak murid nya.
Dia boleh meneka semuanya.Tentang apakah anak murid itu faham sepenuhnya ilmu hari itu? Atau sekadar lalu sahaja ilmu diterima?
Dan jawapan yang saya terima daripada anak mata Sarah.
Ilmu yang saya ajar hari itu. Masuk terus ke dalam mata hatinya. kefahamannya. Yang saya doa. Semoga Sarah dan semua anak didik saya hari itu, Allah buka pintu hati mereka. Cerahkan Hati Mereka dalam menerima ilmu yang dipelajari.
.....
Cikgu. anak didik kita itu yang sehari hari kita berjumpa. Adalah guru yang mengajar kita erti kehidupan. Roda kehidupan kita semasa kecil berputar dan hari ini kita mungkin diatas. Kita perlu juga membantu yang dibawah. Walaupun saat kita kecil, tiada orang yang menghulur rezeki dan pertolongan....
kelak.
anak anak kita juga dikasihi orang. 

saya menangis.
uwais anakku.
kasih lah pada orang.
ringan kan tangan mu
lihat lah contoh ibu ayah beri
jangan kau berasa kau sendiri tidak cukup
lalu kau tutup rapat apa yang kau ada
dengan itu kau menjadi orang yang rugi dan sempit.

ingat anakku uwais.
kau seorang atau ada lagi rezeki adik beradikmu lainnya.
saat kita berasa sempit. ada lainnya lagi yang terlalu sempit dari kita.
dan.
apa yang ibu ayah buat ini
samada sedekah jariah secara sembunyi atau terbuka.
kau turuti lah.
kelak.
hidup mu yang sempit kau berasa lapang.

allah kirim
kesihatan yang baik
di keliling mu semua insan baik
hidup yang bahagia
dan hati yang tenang.
seperti mana hidup kita sekarang.
ini semua rezeki. dan ia tidak terbatas kepada mewah duit ringgit semata.
ketenangan hati itu rezeki uwais.
kelapangan hidup itu rezeki uwais!
allah hu. sedihnya bila mengenang masa depan anak kita.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?