...sekolah kehidupan..

Tuesday, June 11, 2013

Tolong ya?

hey! iman menulis sesuatu hari ini..sekian lama tidak saya tulis sesuatu. pohon maaf pada pembaca diam saya. 

Sementara ibu pergi bekerja, cuma boleh mengirim doa. Supaya awak baik2 saja di rumah pengasuh. Tidak menangis banyak dan tidak meresahkan hati org yg menjaga. Semoga Tuhan memberi awak ketenangan banyak. Jgn rindukan sy terlalu banyak. Minum lah susu yg sy bekalkan. Alas perut comel awak supaya tidak kelaparan.
….
Menangis. Memikirkan uwais.


….
Awak semua tahu apa ini?

Apa itu Growth Spurt??

Growth spurt atau dengan kata lainnya “beralih bulan”.
--> Growth Spurt biasanya terjadi kepada baby yang berusia di bawah usia satu tahun. Biasa juga berlaku semasa usia baby 7-10 hari, 2-3 minggu, 4-6 minggu, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan atau 9 bulan (berbeza mengikut baby anda – more and less).
-->Growth spurt akan berterusan sehingga bayi anda menjadi toddler dan seterusnya teenagers. Ianya juga berlangsung selama 2-3 hari dan kadang-kadang sehingga seminggu. Macam kita jugakla kan..kadang-kadang selera makan bertambah2, kadang-kadang pula takde mood nak makan.

-->Apa yang berlaku ialah, baby lebih kerap menyusu dan lebih fussy daripada biasa. Yang sebenarnya adalah, bayi anda memerlukan lebih susu untuk tumbesaran fizikal dan skills seperti merangkak, berpusing setempat, berbual-bual (dalam bahasanya sendiri) dan tersenyum..

…….
Ya. Uwais sedang menghadapi ini. Dia memilih.
Memilih putting botol.
Tidak mahu susu yang saya bekalkan di rumah pengasuh. 
ah. 
Memilih orang yang dia mahu memujuknya saat menangis.
Merajuk.
Tidak mahu minum susu yang ayah suapkan.
Mahu ibu sahaja suapkan. (di hari cuti saya latih dia minum guna botol)
Terjaga tidur suka menangis kuat sekarang!
Dan ibu saja boleh memujuk!
….
Uwais.
Saya risaukan anda di rumah pengasuh.
Saya risau anda menangis dan menangis.
Saya risau pengasuh resah dengan anda.
Dan saya risau pengasuh pencen dari menjaga anda!
….
Baik-baik sajalah anak.
Tolong.

Saya dan ayah pergi mencari rezeki. Untuk kita. Awak baik-baik lah saja. Tolong ya.


2 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

istighfar....selawat.... doa.... insya ALLAH...seme selamat.....

seme tu dugaan...

dapat anak... dugaan seronok....

anak meragam.... dugaan sedih/xceria...

tapi selalunye kita tewas dengan dugaan seronok.....

selamat utk kamu sekeluarga...

pensil iman said...

kpd pokcik..terima kasih. .selalu memberi motivasi bagus pd sy..n


iman dan ulam..begitu dasyat kah?