hey! iman menulis sesuatu hari ini..
Selamat pagi. Pagi yang terlalu muda.
Uwais disisi kiri saya. Ayah uwais di kanan saya. Telah lama ketiduran. Saya?
Tidak.
Malam ini teringat pada orang tua.
Jauh saya melihat pun tidak dapat
Menjenguk apatah lagi.
BOleh mengirim doa dan sedekahkan surah pilihan
Serta boleh bertanya kabar kirim rindu tak terluah.
AYAH DAN EMAK.
malam ini saya menangis. Teringat kan kamu.
Apa lagi hari ini hari pernikahan kakak saya yang dinanti.
Terasa sangat kehilangan ukhwah.
Mahu saya ada
Merai kegembiraan keluarga besar saya.
Berasa sudah sibuk tetapi ada suatu sudut yang sunyi sungguh.
Sementara anak dan ayah tidur, saya merembes air mata di bantal tidur.
Titik.P.S: semoga rumah tangga yang dibina di penuhi mawaddah dan rahmah. Amin.


0 comments :
Post a Comment