...sekolah kehidupan..

Thursday, January 17, 2013

Untuk uwais dan ayah [satu]

Salamun alaik.
Jurnal ini ditulis malam tadi telah tersadai macam itu saja. Sebab tangan tidak reti menggodek blogspot melalui talipon tangan pula semenjak menjadi ibu.
HAHA. [tak reti guna salahkan ibu pulak. Ye dak?]
Okay titik.
 ........
Sekian lama saya menunggu mahu menulis sesuatu. Seakan menunggu mood bagus mahu menulis seperti sedia kala. Seakan juga tempoh Sembilan bulan lamanya itu memadam langsung nafsu menulis saya.

Ia hilang. Dan muncul Cuma sekali dua.
.........

Anak,
Saya mencoret ini supaya saya tidak lupa. Anda tidak lupa, dan ayah juga tidak mungkin lupa ini. Kerana ia adalah tentang bagaimana ayah menunggu anda dan saya berjuang untuk anda.

Saya menulis supaya sekali lagi saya tidak lupa bagaimana nikmat nya Tuhan beri pada saya ketika itu.
Jadi, mungkin insyaa Allah pabila anda besar dan boleh membacanya. Silalah membacanya. Ia sejarah.
.........

14 januari 2013.

Jam dua belas malam itu. Saya berasa seakan senggugut ringan. Jadi saya tidur seperti biasa. Tidak pula saya terfikir mahu melahirkan anda.
Tapi. setiap dalam solat saya dan doa seharian saya. Saya berdoa semoga biarlah saya melahirkan anda di pertengahan Januari 2013 sahaja walaupun jangkaan sang doktor untuk anda adalah pada 3 februari nanti. Ucapan-ucapan ini sering juga saya utarakan bila saya sedang bersama kawan saya di sekolah. Ia satu harapan. Saya berasa saya banyak tugas.
...
Di setiap anak tangga yang saya pijak setiap hari memanjat ke bangunan kelas ke kelas. Dan disetiap anak tangga itu lah juga saya berdoa moga Allah makbulkan doa saya. Ya Alla, saya mahu bersalin minggu 37. Ayat ini berulang ulang. Sedari kandungan berusia tujuh bulan. Kerana saya sudah banyak rencana dan tugas. Saya berkira kira jika saya bersalin bulan Februari, kemudian cuti dua bulan maka saya naik sekolah awal Mei, bagaimana pula nasib anak didik SPM saya. 
MasyaaAllah. Allah Maha Mendengar. Dia makbul.
.... 

14 Januari 2013. Subuh.
Saya bersolat subuh. Duduk. Terasa tidak lah berkuasa saya mahu berdiri lagi. Kontraksi saya semakin terasa kerap.Tidak seperti biasa. Saya berasa kadar senak seakan senggugut itu semakin kuat.
Sampainya saya duduk termenung di kepala katil memerhati ayah anda sedang solat Subuh dan menunggunya habis solat. 

Lalu saya ucapkan pada dia. Saya sakit perut. Dan saya minta dia membawa semua alat kelengkapan kelahiran anda yang sudah siap dimasukkan ke dalam beg menuju ke kereta.
Dalam kepala saya. mahu ke sekolah atau tidak? Tapi hati kata mahu. Hari ini hari persaraan pengetua saya. Saya mahu melalui detik itu.

Jam 7.00. pagi.
Anak, saya bertolak ke sekolah seperti biasa ditemani ayah. Dialah pemandu kita semenjak awak berumur tujuh bulan. Saya tidak lagi memandu sendirian. Sebab awak kerap membatu kan diri di dalam perut saya saat saya melalui bonggol jalan. Ia menyakitkan saya. [Braxton hicks]

Jam 7.15 pagi
perut semakin senak. Senggugut dan kontraksi semakin kuat. Saya macam tidak puas hati bila ayah awak parking kereta jauh dari biasa. Saya perlu berjalan jauh menuju ke bangunan utama sekolah. Hari itu parking penuh. Saya berjalan menuju ke tangga. Tandatangan kehadiran ke sekolah seperti biasa. Ah. Berjalan jauh lagi dan memanjat tangga seperti biasa.

Jam 7.30 pagi.
Makin terasa sakit. Perut keras dan sekejap tidak. Berborak bersama rakan saya yang juga mengandung dan saat kelahirannya seakan dekat juga dengan anda wahai anak. Saya memberitahu dia keadaan saya. Saya bertanya adakah ini tanda melahirkan? Saya tidak tahu dan tidak pernah merasa ia bagaimana.
Kami turun ke kantin. Saya bersarapan mi goreng sejemput. Kuih dua ketul. Dan air suam. Makan vitamin seperti biasa. Dalam kepala masih memkirkan anda.
.......

Hari 14 Januari 2013 itu adalah hari persaraan pengetua saya. Hajah raudhah. Yang saya kira saya kagum dan hormati. Dia pengetua cemerlang yang saya pernah kenali.
Hajat di hati saya mahu berjumpa beliau buat kali terakhir perkhidmatannya. Saya juga ada angan-angan mahu menjadi cemerlang tugas seperti dia saat saya menjelang berumur sebaya beliau nanti. Bermakna perlu membina dari sekarang supaya saat tua saya adalah seperti itu.
Berprofesional dalam tugas. Dan sangat cemerlang. Hingga sangat disenangi. 

Baik anak. Saya mahu bertanya anda. Jawab lah soalan saya saat anda sudah matang dan besar kelak andai anda membaca ini.
Bagaimana ya mahu menjadi ketua yang sering disenangi orang?
Dan bagaimana pula mentadbir sesebuah apa saja sehingga kesemuanya lancar dan orang menurut kata anda dengan rela membuat kerja dengan gembira?
Nah. Itu tugasan. Buat cerminan diri kita.
.......

Jam 8.05 pagi.
Memanjat tangga menuju ke kelas di tingkat dua atas bilik guru. Terasa seakan saya lah orang paling bergagah menaiki tangga.

Saya masuk kelas mengajar seperti biasa. Kelas pada hari itu cuma dua waktu pada pagi itu sahaja. Dan saya memang berhajat mahu berjumpa pelajar saya dan menyelesaikan tugas akhir sebelum saya melahirkan dan mahu menyerah tugas kepada siapa yang bakal menggantikan saya sepanjang saya bercuti. 
[anak. ini soal tanggungjawab. awak tidak boleh ambil ringan dengan tugas dan kerja. budaya kerja perlu halal] tahu?

Dalam kelas. Terasa sakit juga.
Anak, Saya menalipon ayah awak. Suruh dia datang ambil saya pada jam 9.15 pagi. 

.........
Usai kelas pada jam 9.15 pagi.
Menuruni terserempak dengan rakan guru. Yang sudah senior dan berpengalaman banyak. Dia menegur saya.
Belum bersalin?
Ya. Belum. Tapi akan mungkin.
Kakak, saya sakit perut. Terasa seperti mahu senggugut dan perut saya mengeras dengan cepat. Ini tandanya apa?
Pergi balik cepat. Itu tanda mahu bersalin. Cepat. Jangan lengah.
Betul kah? bukan sakit bersalin yang olok-olok?
Tak ada olok-oloknya. Sila balik.

Plink!
plink!

Saya menuju ke bilik pengetua. Meminta izin mahu ke hospital. Pengetua baru itu mengizinkan saya setelah saya memberitahu bahawa saya sudah mempunyai kontraksi.
Pengetua yang menggantikan pengetua cemerlang saya adalah lelaki.
Saya berasa janggal pula menterjemahkan maksud saya kepada sang laki-laki tentang hal keperempuanan.
......

Anak,
Ayah sudah ada di bawah.
Saya memasuki bilik guru. Mengambil botol minuman saya. meletakkan buku rekod mengajar saya. dan menuruni tangga. 

Terlihat kelibat kereta ayah. berjalan lagi jauh menuju ke dia.
Dan ayah kata kita balik rumah dulu. Da suruh saya tukar baju. Dan dia juga mahu.
Okay baiklah. Kami balik. Sakit itu semakin kerap. Kerap. Setiap sepuluh minit.

......
Di rumah atuk esah awak. 

Atuk esah yang comel bersama titi ada di depan lama. Berborak dan tersengih melihat kereta saya dan ayah memasuki ke garaj.

Dan bila turun sahaja dari kereta.

Saya sudah agak apa mahu atuk esah tanya.
Kenapa?
Ain sakit?
Ye mak. Saya sakit. Saya rasa senggugut yang teruk. Perut mengeras kuat. Dan selang sepuluh minit.
Pergi hospital sekarang. mak perlu ikut?
Saya kata tidak perlu. Ia lama lagi mak.
[anak, akan saya cerita pada awak tentang atuk esah awak ini di kemudian entri]

saat saya memasuki kereta mahu menuju ke hospital. dari dalam kereta saya bertanya atuk esah awak.
mak. sakit nak bersalin tu macam rasa nak terberak ke?
rasa nak teran-teran?

atuk esah;
ya. itu cuma perasaan. bukan mahu berak. tapi seakan. 
betul lah tu. pergi cepat.

saya ketawa ber ha ha ha lagi.
[tidak tahu lagi betapa sakit sedang menunggu saya nanti]
......
10.30pagi mungkin.

Sampai di hospital. Ayah pergi parking. Saya sedang berlawan sakit sebab awak yang sedang bergolak dalam perut. Dan kita berdua menunggu di ruang menunggu ayah di pintu masuk wad bersalin.

Uh. Sabar menunggu ayah sebab parking penuh. Awak tahu? Hari saya melahirkan awak adalah hari paling ramai orang lain juga melahirkan.
.....
Anak.
Bukaan laluan yang Tuhan anugerah terlalu cepat. Mula-mula sister itu cek bukaan laluan. Oh. Baru sedikit katanya. Pergi duduk di hadapan dulu.
Lalu. Saya meminta mahu pulang saja kerumah. Dan diketawakan pula oleh petugas kesihatan itu. katanya. Sudah sampai disini sudah tak boleh balik. Mesti masuk wad. 

Saya senyum. Ayah senyum. Dia gelihati dengan saya. 

Dan masih selang sepuluh minit. Awak berkontraksi di dalam.
Dan. Jam sebelas. Lima belas minit kemudian. Saat yang berlalu itu awak tahu. Serasa saya lama benar menunggu.
Bila di periksa oleh doktor. Sudah terbuka jalan kepada tiga sentimeter.
Masuk wad.
Dan. 
Semasa itu selang lima minit saya berasa sungguh tak menahan. Tidak boleh lagi berbaring di mana-mana. Cuma duduk sejemput diatas kerusi dan memeluk bantal. Ayah perlu keluar bila masa rehat sudah habis.
Dan.

Satu jam kemudian.
Sudah empat sentimeter. Sudah boleh masuk dewan bersalin. Doktor mahu pecah air mentuban.
Tiba-tiba berita sampai. Tunggu! Labour room penuh.
Saya kata pada doktor. Tidak apa. Baru empat sentimeter. Saya rasa saya belum mahu ke sana.
Dan. Air mentuban belum di pecahkan.
......

Awak tahu.
Baru saya tahu betapa sakit kontraksi itu bagaimana. seribu sakit menjadi satu sakit. [teringat kata atuk esah awak untuk mendefinisikan sakit kontraksi mahu bersalin]
Sepanjang saya menunggu sehingga ke petang. Saat bukaan menjadi enam sentimeter. Doa dan zikir sahaja yang boleh saya ucap. Diam dan menahan rasa.

Masyaa Allah. Sakit kontraksi itu tidak boleh saya lupa.
Terasa sudah sakit. Memikirkan ada orang lain lagi yang lagi sakit daripada saya.
Saya berasa sakit yang Tuhan anugerah ini sebagai penghapus dosa-dosa saya sahaja. Fikirkan itu sahaja.

Jam 8 malam.
Bukaan laluan enam sentimeter. Dan saat saya mahu di bawa ke dewan bersalin. Diam berteleku saya diatas kerusi roda yang do siring oleh jururawat. Ayah awak ada di sebelah. Menemani saya ke akhirnya.
Bertemu di laluan-laluan yang sama bersama-sama ibu dan jurrurawat lain. Bertanyakan saya. sudah berapa sentimeter?

Jururawat menjawab sudah enam sentimeter.
Yang saing-saing itu mahu di bedah perut mereka mungkin komplikasi apa. Saya tak mahu tahu.

Lalu. Menjawab ibu yang bersama saya. "awak nampak rileks"
Dia tak tahu aku sakit nak menahan sakit Cuma Allah sahaja yang tahu.
Dan jururawat lain berkata. Orang lain sudah meraung bagai. Dia diam sahaja.
Dalam hati saya. Cuma ada zikir. Zikir. Zikir. Zikir.
Tak boleh ucap apa lagi. mohon diampun kan dosa saya. semua dosa saya.
......
Bersambung..

2 comments :

Bellezza said...

cepat sambung ain.. ja nak bace lagi.. tak tau kenapa.. ja baca sambil menangis.. kenapa ye???

~eja

Rossnie said...

indahnya apabila melalui saat2 bgelar ibu..tahniah kak ain..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?