Hey anda yang sedang berdukacita..
SILALAH JANGAN BERDUKACITA..bukankah anda dalam proses sedang mensediakan diri kealam untuk bersakit hati yang dasyat tak boleh blah..
..jadi kena SABAR..bukan sabar sedikit..tapi SABBBBBBBAAAAAARRRRRR banyak....tahu?
berkata seorang teman kepada saya..untuk berkahwin..selamanya untuk anda perlu begini: bersedialah untuk terima dia seadanya dan bersedialah untuk berbahagia dan bersakit hati...sangat banyak dugaan yang sumpah dasyat tak boleh blah~
..kata emak: berkahwin itu diantara dua manusia, lain akal, lain perasaan, lain sikap, lain kehendak dan berbeza kesemuanya..
..kata ayah: satukan kesemuanya yang lain itu supaya menjadi seiring..tidak mungkin boleh menjadi satu kerana ada dua akal ciptaan Allah..semestinya berbeza...tapi adalah perlu jadikan semua itu SEIRINGAN..kelak hidup menjadi..dalam rahmah TUHAN..tidak bertaburan..PATUHI SUAMI.
Ya..ya..saya cuba untuk mengkebalkan hati sekarang..(T,T) air mata tumpah lagi..berjejeran di pipi dan menitik perlahan saja..
Patuhilah peraturan di bawah yang saya sendiri buat..sepertinya untuk memotivasi diri..eceh! gila bagus saya ini..memotivasi diri..bukan senang nih untuk ke tahap motivasi diri yang dasyat tak boleh blah~ ngeeee~:
- Janganlah anda cuba mensakitkan hati anda dengan memikirkan sikapnya yang kurang menyenangkan anda..kerana itu lah dia seadanya..jadi hadapkan sajalah..kelak anda akan menjadi seorang isteri yang penyabar..[ewah...gila bagus! bermotivasi begini selalu-selalu bagus juga lah..teruskan usaha mengkebalkan hati itu..apakah aku ini?]
- Anda memilih dia..maka terima saja kesemuanya..baik dan buruknya..dia lahir dari restu ibu bapa anda dan juga ibu bapanya untuk anda..istimewa bukan? [yang baik itu..manis-manis saja saya telan...dan yang buruk itu..walaupun macamana.saya kena juga telan..seolahnya macam telan maajun..walaupun pahit, tapi ubat mujarab untuk kesihatan jangka panjang..tahukah?]
- Sekali dia melakukan perkara yang tidak anda senangi..maka anggap saja berkali-kali dia akan ulangi..kerana dia tidak sempurna mana..musti akan ada ulang tayang kesalahan..jangan rasa terasa hati sangatlah! Air mata anda yang murah itu..simpan sikit untuk siram pokok bunga..ahahaha.. [ceh! Ya..ya..dia itu ada 100% kebaikan untuk saya...0% cuma yang tidak baik...bukan tidak baik..saya tidak berkenan..kenapakah? sekecil itu tidak boleh bersabar saja..apalah dik non?]
- Hoi! Sudah bertunangan..bermakna anda sedang maju ke tangga seterusnya..jangan berpaling lagi,tingkatkan kematangan diri..dan kerana juga anda sudah membuat keputusan besar dalam kehidupan..sedang anda ke tahap ini..syaitan pun sedang menggoda ke tahap lain yang tinggi untuk tidak menyatukan anak adam secara sah..tahu? [oh? Begitu kah? ..ya lah..mana tenang si syaitan menggoda anda dan seluruh umat islam untuk tidak menikah dengan cara yang halal..]
- Last sekali: belajar memaafkan~ itu saja cara terbaik..meaafkan dan memulakan dengan yang lebih baik..
Sudah dan titik di sini saja..dan baiklah.

0 comments :
Post a Comment