...sekolah kehidupan..

Wednesday, June 23, 2010

Setiap Khamis: FREEDOM


[bila tiba ari kamis..memang tersangat bahagia..seperti ingin terbang..hahaha sumpah! sangat senang hati tak boleh blah~...melimpah ruah..yuhuu..]

Esok hari khamis..kenapa saya merasakan seperti esok hari jumaat sudah...ya lah..disini kan hari Jumaat dan Sabtu adalah hari minggu..rasa selesa dan rasa sangat gumbira yang tidak boleh di sembunyi-sembunyi..tersenyum-senyum..ececeh! macam gatal pulak dah..bukanlah..esok ni rasa bahagia..esok ni macam adalah hari melepaskan beban dan berat kusut kepala....seolah-olah esok tidak perlu ke sekolah dan mengajar pula..apalah...[sebenarnya mood cuti sekolah dua minggu lepas tak habis lagi..mood masih bermalas-malasan lagi..hey! apalah..kembali ke bentuk asal~sailormoon..]
Esok memang khamis..atau dalam bahasa Inggeris adalah THURSDAY..kalau dalam bahasa india..saya tak arif..dan bahasa mandarin pun saya sudah lupa..sekerat bulan saja saya belajar Mandarin..hey ain..sila lah sedarkan diri anda...esok 24 haribulan Jun 2010 adalah hari Khamis okay? Ulang suara..KHAMIS..bukan hari Jumaat okay?..jangan nak ngada-ngada mood terlebih lompat dengan tidak menyediakan lesson plan dengan baik dan lengkap...

Kenapa saya merasakan seperti hari Jumaat saja walaupun esok memang hari Khamis? Sebab saya sudah tidak larat nak menunggu hujung minggu yang boleh rehat dan tidur..bangun lewat sikit...melente-lente..memasak dengan housemate dengan senang hati..atau keluar berkelah dengan membuat kerja yang jarang dilihat orang..dan satu idea housemate yang saya sedang fikir adalah untuk membawa 2 3 biji durian ke pantai Chenang..makan di sana semata-mata tidak mahu bawa masuk dalam rumah..huhu..[kerana tidak mensukai ada udara berperisa durian di dalam rumah..bau durian gila dasyat tak boleh blah~]..atau bangun pagi-pagi buta selepas subuh keluar pergi jogging tak hingat dunia..merentasi jambatan Bridge Water sampai ketengah laut dekat laluan berderetan Pantai Chenang..atau apa lagi ya...mengikut housemate pergi saja-saja mengotorkan kaki di pantai mengorek siput dan melihat ombak dan air laut tengah pasang..wahhaa..best jugak pagi-pagi melakukan aktiviti seperti itu...sebelum matahari naik meninggi...sejuk seh! Tapi sangat mensukainya..
Ya..lagi satu..esok ni..memang nak balik awal..bunyi jek loceng jam 1.15 good bye sekolah..cikgu balik dulu...chow! ke pekan Kuah.. Dan esok memang hari kamis yang baguslah...lepas sekolah mahu menderu enjin turbo ke Kuah barang seminit dua..menjelaskan bil semuanya dan menghabiskan ringgit malaysia untuk barang rumah..dan mula meronggeng dengan baju batik (ya lah..esok kan kamis..kena berpakaian batik..) sehingga ke petang..
dan saya tidak mahu lagi berlama-lama di bilik guru...menyediakan apa jua kerja..kerana esok otak dan minda saya sudah di setting dengan ketat dan teliti iaitu: FREEDOM!

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?