hey! iman menulis sesuatu hari ini..
Hati sedang berlibang libu banyak.
Entah lah. seakan berasa mahu saja berhenti kerja jika gaji
sampingan berkepuk masuk. Saya seakan mahu menjaga anak sendiri. Menjadi suri
sepenuh masa. Tapi belum masa. Mahu saya capai dua tiga langkah lagi baru boleh
berhenti kerja.
Entah tuhan izin atau tidak.
Jika tuhan tidak izin. Saya tidak. Jika tuhan izin. Saya ya!
Ikut mana yang baik.
....

Awak tahu apa yang merunsingkan hati?
Pengasuh uwais yang saya harapkan boleh menjaga uwais
sehingga hujung tahun ini tidak lagi boleh menjaga uwais. Dia tidak berapa
sehat. Dia ada darah tinggi. Dia berasa mahu cepat pitam mungkin. Itu lah.
....
Bila kita dapat pengasuh anak kecil kita yang baik hati. Jodohnya
tidak pula lama. Ia benar benar menguji saya. saya kesedihan.
Terpaksa pula saya mencari pengganti. Entah bagaimana pula
orangnya. Saya tidak lah tahu.
Yang saya tahu ialah berdoa. Berdoa. Berdoa.
...
Moga tuhan permudahkan hidup uwais. Peermudahkan hidup saya
dan encik suami.
Moga tuhan limpahkan keselamatan pada bayi kecil saya yang
tidak berdaya.
Moga tuhan sentiasa menjaganya.
....
Kesiannya bila kita merenung muka. Merenung mata anak kecil
kita.
Entah apalah nasibnya.kita pun tak tahu.
Hai ya Allah. Sayu hati rasa tidak reti ucap.
Cuma boleh berdoa.

2 comments :
yes!.... doa adalah senjata utama kita.... insya ALLAH... ALLAH akan bantu kita dan seme orang lain yang berdoa.....
Pokcik..ya..saya terus berdoa dan berdoa..semoga tuhan membuka hati sesiapa yang baik hati dan penyayang menjaga uwais dengan ikhlas..
Post a Comment