...sekolah kehidupan..

Saturday, February 2, 2013

Hak orang menjadi hak saya

Ia adalah sambungan. Dari ini. sila klik.
Sekadar menunai janji pada anak.
Salamun alaik. 

Kalut.

Baru saya tahu betapa kalutnya menjadi ibu. Saat berkecah-kecah mahu buat semua sekali dalam masa yang singkat pula.
Anak kecil bukan lah anak patung yang macam kita main zaman kanak-kanak. Habis bagi makan, bagi tidur. Kemudian angkat tukar lampin. Kemudian dukung. Tukar baju dengan mudah dan boleh saja letak ke sana kesini. Ia tidak semudah itu. itu memang olok-olok yang tidak boleh disamakan langsung. 

[jadi, anak, jangan main anak patung di zaman kanak-kanak awak nanti, kerana dalam kehidupan sebenar ia adalah sebenarnya tipu. HaHa]

Ah. Menjadi emak. Ia mencabar. Dan sungguh penat menjadi emak. [baru saya tahu ini. PENAT SUNGGUH MENJADI EMAK] tahniah dan bersyukur kepada emak kita. Ini lah dia timbal balas Tuhan bagi kepada kita supaya merasai penat lelah mak kita menjaga kita.
Masa ini baru teringat kita melawan cakap emak dan ayah kita tanpa kita tahu SUNGGUH PENAT MENJADI EMAK DAN AYAH]
.......

Jangankan seekor.

Nyamuk seekor pun kejar macam kejar hantu. Jangan boleh dekat dengan anak kita. itu lah kasih yang tak boleh di tidak-tidak.
Bila ada saja satu ekor datang melilau-lilau dekat-dekat kita. Mulut mengomel marahkan nyamuk datang buat apa sini hah?
Dan dua-dua mulut ayah dan emak menggeramkan pada nyamuk yang seekor itu.
.......

Anak tidur lah.

Saat anak tidur itu lah kita buat semua kerja. Membasuh baju anak dan baju kita. Melipat baju kita yang setambun sudah diangkat.
Dan saat anak tidur juga baru boleh mengepam susu. Bertungku. Berbekung. Mandi segala. Makan. ah. Semuanya perlu cepat. Mandi pun kalau boleh masih di jenguk-jenguk ke katil takut-takut anak terjaga.
Dan mahu buang air besar juga tertangguh-tangguh takut anak terjaga saat kita di tandas lama. Itu lah. Menjaga anak secara solo. Encik suami keroje. 

Sebab sekejap lagi bila anak berjaga dan meragam, sohih-sohih semua yang tersenarai di atas tadi tidak dapat tidak. Cuma boleh dok fikir bila boleh laksanakan tugas yang lain?
Dan dalam hati. Hai anak. Tidur lah lama sikit ya.
Itu pasal anak.
.....

Ia tidak habis.

Dan jurnal saya kerap kali bersepah tersimpan di dalam draft.
Menulis satu baris tiba-tiba si uwais sudah berperang minta perhatian. Maka. berhenti.
Menulis dua tiga baris lagi si uwais sudah merengek tidak selesa. Oh rupanya perlu saya tukar pampers. Ah. Aduh. Berhenti. Dan titik sahaja lah.
Menulis lagi tak dan nak kata apa. Uwais sudah buka mata dan melilas sana sini minta diangkat dan disusui. Lalu laptop ditutup terus tanpa shutdown dah.

Dan perkara menulis itu kerap tergantung begitu saja. Sedangkan saya berjanji dengan uwais mahu bercerita pada dia tentang atuk Esah yang kita sayangi itu.
.....

Atuk Esah.

Uwais.
Ini atuk esah.
nama atuk yang sebenar aisyah tahu? kerap kali atuk terkilan namanya dieja salah oleh sang polis bertugas mereport kelahiran anak zaman dahulu kala.
sedap bukan nama aisyah? saya suka.

dan cerita namanya salah di eja itu sehingga kini masih akan dicerita andai ada cerita berkaitan nama. dan betapa dia sangat tidak ingin namanya yang cantik dan bermakna itu di eja salah dan mahu diperbetulkan.
tapi. zaman itu begitu payah mahu di tukar-tukar semula yang disalah eja. kasihan atuk bukan?
 

Itu saya dan Atuk esah. Dia comel bukan?
Atuk Esah kerap berkata-kata ini saat memandikan awak hari-hari:
"Awak berjumpa atuk di usia atuk sudah tua. Atuk sudah tua la uwais. Kasihan awak berjumpa atuk waktu atuk tua. Atuk tak kuat lagi" 

Dia sambil meromos-romos mencium pipi bulat awak. Dan dia memandikan awak sambil ber hahaha ketawa gembira.
Dan. Jika dia mendukung awak. Dia berketawa Hahahha juga sambil berborak bahasa dia dan bahasa awak. Dia gembira orangnya. 

Dia seorang tua yang up to date juga tahu? Bukan up to date pemakaian. Dia mash selesa berbaju kurung seperti saya juga. Tapi Buah Fikiran. Pengetahuan am yang banyak. dan tahu bergosip pasal artis juga. HAHA.
Dia positif orangnya. Sentiasa positif dan gembira.
......

Hak orang menjadi hak saya.

Sebab saya mengambil anak orang. Menjadi milik saya. Mengambil ayah menjadi suami saya. Saat dia sudah dua puluh lapan tahun bersama ibunya iaitu atuk Esah awak. Lalu dia menjadi suami saya. Membawa dia dalam kehidupan kita. Saya merubah kehidupan ayah bersama-sama perubahan banyak.

Jadi uwais.
Saya tidak lah boleh mengawal ayah untuk saya seorang. Dua tahun berlalu dan sudah mahu memasuki tiga tahun usia perkahwinan saya dan ayah awak. Baru tiga tahun sedangkan ayah bersama ibunya dua puluh lapan tahun.
Siapakah yang paling berhak di kasih-kasih dengan lebih? Uwais, Adakan perasaan beralah dalam diri awak supaya dapat awak melihat siapa paling berhak. Dan seimbangkan lah seprti saya mengajari awak ini.

Jadi uwais.
Mari saya ajarkan awak ini.
Saat awak mengambil anak orang lain untuk dijadikan isteri. Dan saat isteri awak mahu menikahi awak.
Harus fikirkan ini.
Kita mengambil hak orang. dan kita perlu menjaga nya dengan baik. Dia hidup bahagia bersama keluarganya. Maka. kita juga perlu bahagia kan dia.
Saya percaya. Jika awak dan siapa sahaja nanti yang menikahi dengan awak memikirkan ini. insyaa Allah akan sempurna. 

Kerana berpuluh tahun dulu adalah bukan milik kita. Tentunya yang patut di kaseh kaseh adalah ibu dan ayah. [saya baru bersama ayah untuk tiga tahun ini]
Seimbangkan lah keduanya. Kelak anda laki-laki. Lagi lah tidak terputus hubungan dengan ibu.
Syurga awak di bawah tapak kaki saya.
Syurga saya di bawah tapak kaki ayah.

Jadi siapa perlu patuh siapa paling banyak?
Jangan pula kita mengawal hak orang lain kepada kita seorang. Kelak melukakan hati seorang ibu yang melahirkan.
.....

Dahulukan Dia.

Jadi uwais, Saya mahu memberitahu anda, yang saya amat menghormati atuk awak. Kerana saya mengambil anaknya. Dan saya rasa saya tidak boleh mementing diri mengenepikan semua hak ayah dan menarik kesemuanya pada saya seorang. Membolot kasih tertumpu pada saya sahaja. Ia tidak boleh. Ini perlu diingatkan.

Jadi, Saya berpesan pada ayah jika apa-sapa sahaja sekali pun dahulukan ibu. Kerana dia ibu. Atuk awak itu ibu ayah awak.
Jika kita seperti ini, inshaa Allah kadangkala Tuhan membalas kita dengan satu ribu kebaikan yang kita tidak terduga. Nikmat berlapang dada yang kita peroleh itu satu kesenangan yang Tuhan bagi secara tersembunyi juga.
Awak tidak mahu kah nikmat berlapang dada itu? Saya sentiasa mahu.

Jangan jadi seperti sesetengah orang yang tidak ada berlapang dada di hatinya. Hubungan keluarga sesame ibu mertua menjadi tidak baik pula. Itu saya tidak mahu dengar.
.......

Di keliling saya

Semua orang baik-baik di sekeliling saya. Atuk Esah ibu paling baik Tuhan kirimkan pada saya setelah saya bernikah dengan ayah awak. 

Setelah syurga saya berpindah kepada ayah. Saya di kurnia ibu yang baik pula. Dialah atuk Esah awak.
Dan. Beruntungnya saya apabila saya mempunyai emak dan ayah yang penyayang dan bertanggungjawab. Di tambah lagi dengan ibu Ayah awak lagi. Tiga orang tua yang baik hati menjaga saya dengan baik. Menjadi contoh pada saya untuk apa sahaja.
......

Dan saat saya tua

Dan apabila saya tua kelak.
Saya berasa mahu membalas kebaikan yang saya terima ini kepada orang lain pula. Sebab saya menerima kebaikan orang terlalu banyak. 

Saat giliran awak menjadi dewasa. Akan saya balas kebaikan yang saya terima ini pada orang lain pula. Menjadi ibu mertua baik hati kepada siapa-siapa yang menjadi anak menantu saya seperti mana saya terima hari ini.
Kebaikan yang atuk Esah awak selaku ibu mertua saya. Masyaa Allah. Tidak terbalas budi baik untuk saya. Tidak saya boleh hitung-hitung. Ibu merrtua ibarat ibu kandung kita juga.
.......

Asalkan dapat bersama seketika pun cukup kan?

Sebab atuk sudah tua. Jadi saya menulis ia untuk anda. Kita pun tidak tahu sampai bila kita boleh lihat dia. Atau dia lihat kita. Pada saya biar pun atuk dapat melhat awak diusia ini pun tidak apa. Asalkan dapat juga dia bersama-sama kita. 

Supaya awak tahu. Di sekeliling saya adalah orang yang baik-baik dan meyayangi semuanya.
Bersambung.

 

1 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

sesungguhnye kita ini hanyalah pinjaman dari ALLAH.....

bila diminta "pulangkan".. ingatlah ini hanya pinjaman.... hanya diamanahkan untuk menjaga sahaja....
dari ALLAH kita datang.. kepada ALLAH jg kita kembali....

ingatlah.. kita hnya hamba.....


iman dan ulam..begitu dasyat kah?