...sekolah kehidupan..

Tuesday, November 27, 2012

Tap tap tap


Lama saya tidak menulis sesuatu.

Lama semacam memberi maksud tinggal jurnal kosong tak menulis apa-apa seolah sibuk tak menahan.
Ia tidak lah sebok mana. Cuma perasaan mahu itu tidak ada. Perasaan mahu duduk rehat saja dalam cuti sekolah panjang ini. Nak rehat sesunguh-sungguhnya. Berehat sungguh gaya penat sangat kerja. Saya sekarang Cuma suka membaca sahaja.

Pepatah di mana ada kemahuan disitu ada jalan memang memberi makna banyak. kalau dah tak mahu tu memang tak boleh buat apa. Memang tak akan buat.
Anak, semoga anda tidak seperti saya. Menulis lah dengan rajin. Kelak ia adalah catatan panjang yang boleh dikenang-kenang dan menjadi pengajaran di hadapan.
......

Cukup.

Dalam kepala saya Cuma ada ini:

Di hadapan ada banyak kemungkinan. saya berdoa semoga dipermudahkan Tuhan. Semoga semuanya mengikut keperluan ketika itu. Tapi, kalau pun ia berlaku tidak mengikut keperluan dan memberi saya kesusahan di hadapan. Tidak apa lah. Biar susah sedikit kerana Tuhan mengaturnya untuk menghindar kesusahan yang besar.


Ah. Tidak apa.

Jika perancangan saya tidak menjadi apa.
Saya juga lebih percaya menyerahkan saja pada Tuhan, DIA lagi tahu mahu atur pada saya bagaimana cara.
Tidak juga boleh saya mendesak-desak Tuhan mengikut apa keperluan saya itu dan ini.

Dan mujur juga beroleh sang suami memahami banyak.
Dan bila saya memberi dia baca jurnal penulisan saya yang bersawang lama tidak terkemaskini disini:

"Di hadapan ada banyak kemungkinan. saya berdoa semoga dipermudahkan Tuhan. Semoga semuanya mengikut keperluan ketika itu. Tapi, kalau pun ia berlaku tidak mengikut keperluan dan memberi saya kesusahan di hadapan. Tidak apa lah. Biar susah sedikit kerana Tuhan mengaturnya untuk menghindar kesusahan yang besar."

Lalu saya menerangkan satu persatu apa dia yang sedang dan akan mendatang. Saya menulis jurnal ini dengan air mata menitik tap tap tap. (T___________T). Berasa banyak pula cubaan dan kemungkinan akan di hadap.

Dia memahami banyak tersirat yang terkandung dalam ayat.
Dia senyum saja dan memberi saya prangsang banyak dengan menyatakan:

Jika tidak mengikut keperluan dan perancangan kita. selama ini pun kita tidak pernah susah banyak. Boleh seperti biasa dan berlaku juga mengikut perancangan walaupun seolahnya lambat.
Jadi katanya jangan berasa susah. Pasti sampai waktu akan berlaku seperti Tuhan mahu atur.

Dan.
Air mata yang tap tap tap tadi hilang. Kena baju dan bahu dia. HAHA.



1 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

moga kita tabah menghadapi setiap dugaaan yang ALLAH beri..... samada dugaan seronok @ dugaan sedih....


iman dan ulam..begitu dasyat kah?